"Wa Kawin Muda Woah!"
2012 © All Rights Reserved
Okey, saya memang sengaja upload lambat sebab kamu-kamu yang baca cerita ni terdiri daripada 'silent reader'. Vommentlah... K, finee. Sebenarnya, saya sibuk sebab tiap-tiap petang ada je latihan sukan. Malam pulak ada banyak homework. So, tak sempat. Ni pun buat cepat-cepat... That's all, thank you for reading...
Dedicated to imperfectdreamer
VOMMENT...!!!
####################
Bab 2
Huh! Hensem giler siot! Siapa eh budak berdua tu?! Aku rasa aku tak pernah nampak muka diorang berdua tu. Rasa-rasanya diorang tu kembar kalau tengok dari segi muka diorang. Kalau tak pun, mesti adik-beradik tu. Parents mereka pun aku tengok macam orang berada je. Siapalah agaknya mereka tu. Untunglah aku satu sekolah dengan budak-budak hensem. Hurm...
"Pelajar!".
Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang aku rasa macam selalu dengar je. Suara siapa eh? Eh, alamak! Puan Marina lah! A.k.a guru disiplin sekolah aku! Gulp, mamposlah aku macam ni! Macam mana aku boleh lupa pulak yang aku dah lambat ni?! Budak hensem tadi punya pasallah ni.
"Pelajar!" Alamak, cikgu tu dah ulang suara!
"Y... ya ... yaa, cikgu," kataku menggigil-gigil. Ish, takut tahap melampau ni! Tak pernah lagi aku rasa gerun sampai macam ni sekali. Kenapalah banyak benda-benda pelik berlaku pada aku hari ni?
"Awak ada kelas kan?" cikgu itu bertanya sambil mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain gitu. Yelah, cikgu. Kening cikgu tu hebat giler!
"Ada, cikgu. Saya tengah on the way nak ke kelaslah ni. Bye, cikgu. Assalamualaikum," kataku sambil mengerdipkan mata. Ala-ala comel gitu. Hah, cikgu! Saya pun boleh buat 'ala-ala'lah, cikgu. Hahaha! Okey, fine. Aku dah biul pagi ni.
"Tapi, ingat! Kalau saya jumpa muka awak berlegar-legar kat sini lagi, awak jumpalah nama awak dalam rekod salah laku pelajar. Oh ya, wa'alaikumussalam," cikgu itu bergerak ke tempat lain untuk meronda. Sempat lagi tu tersenyum sinis. Cet, cikgu! Garangnya!!!
Alamak, mana budak-budak hensem tadi?! Argh! Cikgu disiplin tadi ar kacau aku dok usha budak-budak hensem tu. Tengok, diorang dah hilang! Aku balik kelas dululah. Eh, dah pukul berapa ni? Apa lagi, pecut ar beb! Aku dah lambat ni!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Danish, Daniel. Awak berdua akan saya tempatkan di dalam kelas 6 Rendah Sains 1. Awak berdua okey je kan?" Puan Hana berkata sambil meneliti maklumat peribadi kami. Aku dapat tahu nama cikgu ni pun setelah aku dilanda kebosanan dan terpandang name tag cikgu ni. Tadi, aku rasa cikgu ni macam ada perkenalkan diri dia. Tapi, aku apa lagi, tak dengarlah.
"Saya tak kesah, cikgu. Mana-mana kelas pun boleh. Asalkan saya dapat belajar," ujar Danish tersenyum.
"Saya pun tak kesah, cikgu. Tak payah masuk kelas pun boleh," balasku acuh tak acuh.
"Daniel, kenapa cakap macam tu kat cikgu Daniel sendiri! Papa tak ajar Daniel supaya jadi kurang ajar macam ni!" papa dah mula naik angin. So what?! Aku dah kata awal-awal lagi yang aku tak nak pindah, kan?
"Sabar, Dato'. Budak-budak remaja zaman sekarang kalau pindah sekolah baru memang macam ni. Saya dah biasa dah. Takpe," Puan Hana sedang cuba meredakan kemarahan papa.
"Tidak mengapa. Mari, saya tunjukkan kelas kamu berdua." Puan Hana sudah berdiri sambil mengemas barangnya.
Setelah kami mengucapkan 'bye bye-mama-papa' kat parents kitaorang, kami pun ikutlah Puan Hana ke kelas baru kami yang cikgu maksudkan itu. Sebelum tiba, kitaorang ada lalu satu kelas form four ni. Ada seorang pelajar perempuan kena marah dengan guru kelas dia. Aku rasa ar kan, mesti budak tu datang lambat sebab aku tengok dia masih galas beg sekolah dia. Kelakar pulak aku tengok muka budak tu. Selalunya kalau budak perempuan kena marah ar kan, muka macam nak nangis. Ni tak, ekspresi muka dia macam orang buat tak tahu pulak. Brutal ar budak ni! Aku apa lagi, ketawalah! Okey, aku admit. Ni first time aku ketawa sejak aku jejak kaki kat sekolah ni. And aku nak admit, budak tadi tu giler cool beb!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tok! Tok!
"Assalamualaikum!" laungku sambil tercungap-cungap di depan pintu kelas. Oh, ok. Baru aku tahu yang kelas aku ni jauh juga eh dari pagar depan tu. Semput juga aku kalau macam ni selalu. Nasib baiklah kat tingkat bawah je. Kalau tak, mahu satu kerja aku nak panjat tangga.
"Wa'alaikumussalam. Cik Felina Fendi, awal awak datang sekolah hari ini." Dah mula dah. Encik Azmi yang merupakan guru kelas aku dan juga merangkap guru cemerlang Bahasa Melayu kat Johor Bahru ni (fake only) dah mula soal-siasat dah.
"Oh, terima kasih ya, cikgu," kataku tersenyum manis. Wuahaha!!! Muka cikgu ni dah merah. Jahatnya aku.
"Okey, cikgu. Jangan marah. Saya gurau je tadi. Cikgu dah puji saya. Jadi, saya ucaplah terima kasih. Berbudi bahasa amalan mulia, cikgu. Okey, saya minta maaf!" Encik Azmi kulihat telah menjeling tajam.
"Sebenarnya, tadi ada pelajar baru terlanggar saya. Waktu tu dia tengah cari di mana terletaknya bilik guru. Jadi, saya yang baik hati dan cute ni pun tolong dia cari di mana beradanya bilik guru kita yang tercantik di dunia tu." Hehehe, sekali sekala kelentong cikgu takpe kan?
"Eh, pelajar tersebut tiada ibu bapa ke yang temankan sampai boleh sesat di dalam sekolah kita yang tak berapa nak besar ni?" Encik Azmi kehairanan.
"Budak tu kata ibu bapa dia tengah cari tempat letak kereta." Alang-alang dah kelentong cikgu tadi, sambung jelah.
"Hurm, tidak mengapalah. Hari ni saya lepaskan awak. Selepas ini, saya tak nak awak datang kelas saya lambat lagi," Encik Azmi akhirnya membuat keputusan yang membahagiakan daku pagi ini. Yes! Cet, over je aku ni.
"Baik, cikgu. As you wish," aku tersenyum dengan senyuman paling menawan yang pernah aku buat hari ini.
"Tiada Bahasa Inggeris di dalam kelas saya," tegur Encik Azmi.
"Ops, ma... af... kan... sa... ya... cik... gu... ," sengaja aku sebut satu-satu suku kata. Saje, nak nyakat cikgu di pagi yang agak cukup indah ini.
Seperti biasa, aku mengambil tempat di sebelah Diyana yang merupakan antara salah seorang geng kepala gila macam aku.
"Psst, apesal kau lambat? Aku tak percaya ar kau kata kau tolong pelajar sesat. Setahu aku ar kan, Felina Fendi yang aku kenal tak berapa nak baik kalau tolong budak-budak baru ni," Diyana tiba-tiba bertanya.
"Ha'alah, wey. Aku pun tak percaya alasan kau kat cikgu Azmi tadi. Kau kelentong cikgu, kan?" tiba-tiba Anis menyampuk.
Hish, budak berdua ni. Tak sabar-sabar nak tanya aku. Aku nak tarik nafas pun tak sempat lagi. Okey, ayat aku over tadi. Takde ar sampai tarik nafas pun tak sempat lagi. Hehehe...
"Cik adik yang comel berdua, boleh tunggu lain masa dan tempat tak? Nampak tak Encik Azmi kita yang hensem tu macam dah tertoleh-toleh ke sini. Aku tak nak ada problem lagi pagi ni," aku tersenyum.
"Kfinee...," serentak diorang jawab. Memang padan ar diorang ni.
Apesal aku rasa macam ada orang ketawa kat luar kelas aku je tadi waktu aku 'berbual mesra' dengan cikgu. And aku rasa macam pernah nampak budak lelaki tu. Sapelah agaknya budak tak cukup wayar tu. Ketawa tak tentu pasal. Depan kelas aku pulak tu! Entah-entah, dia ketawakan aku sebab 'perbualan mesra' aku dengan Encik Azmi tu tak? Oh, tidak! Mesti dia ingat aku kena marah dengan cikgu. Jatuhlah saham aku macam ni! Takpe, akan ku korek-korek sampai ke lubang kuman untuk mencari siapa gerangan yang baik sangat hati dia ketawakan aku tadi. Ini untuk memastikan saham Nurfelina Binti Fendi sentiasa terpelihara!
Eh, rasa-rasanya salah seorang budak baru tu! Sebab tu aku rasa macam pernah nampak je. Okey, takpe. Tunggulah budak baru... Wuahaha!!!
####################
Di sini, saya ingin memohon tolong doakan Persatuan Silat Seni Sunda Cimande SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor ( ala... sekolah Najwa Latif tu... ) menang pertandingan kawad kaki bahagian B, eh... Para pembaca saya baikkan? Please... Doakan eh... Luv U, all. Muuaahhh!!! 8D
YOU ARE READING
Wa Kawin Muda Woah! (ON HOLD)
RomansaFelina dan juga Daniel yang masih bersekolah telah dipaksa berkahwin oleh keluarga masing-masing untuk merapatkan lagi persahabatan antara ibu bapa Felina dan ibu bapa Daniel. Pelbagai cara telah mereka lakukan untuk membatalkan perkahwinan tersebut...