"Wa Kawin Muda Woah!"
2012 © All Rights Reserved
Saya ingin mengucapkan sesangat sorry jika upload lambat. Banyak kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. So, enjoylah cerita saya yang tidak seberapa ini.
Dedicated to supermiera
VOMMENT...!!!
####################
Bab 1
"Felina!!!"
Mataku yang tertutup rapat tiba-tiba terbuka luas. Hah?! Sape yang menjerit tu? Pitching lari betullah. Dan kenapa? Eh, kejap. Hari ni hari.... Oh, man. Isninlah beb! Orang yang berumur 16 tahun seperti aku ni faham-fahamlah kan kenapa kalau hari Isnin. Oh, tidak. Dah pukul berapa ni? What?! 6.45 pagi? Mamposlah aku macam ni. Dah terlambat. Kenapalah pulak alarm aku tak bunyi ni? Huh, patutlah bisu je aku dengar. Rupanya henpon aku dah takde bateri. Aku kureng suka guna jam loceng yang selau bunyi kringgg tu. Pening lalat aku jadinya dek kebisingan tahap melampau. Ahaks, ngengada plak aku ni kan. Nak buat macam mana, dah aku lebih prefer suara artis-artis yang ada kat muka bumi ini. Err, baik aku siap cepat kalau tak, bala-bala.
Aku mandi ala kadar je. Ala, bak kata orang tua-tua, mandi kerbau. Eh, itu orang tua-tua kata ke? Rasanya macam peribahasa sekolah rendah aku je. Ish, aku ni. Dah lambat sempat lagi merepek yang bukan-bukan.
"Tok! Tok! Fel, cepat siap tu. Dah lambat dah ni!" kata ibuku.
"Ya, bu. Kejap lagi Fel siap," kataku sambil menjerit kerana bimbang ibuku tidak dengar suaraku dek bunyi deruan air panjut ni.
Selepas aku mengemas-kini tudung aku, aku berlari ke dapur dengan sepantas kilat. Aku segera mencapai sekeping roti yang ibuku telah menyapu jem di atasnya. Aik, bunyi macam menyapu sampah je. Ish, kau ni Fel asyik merepek yang bukan-bukan je. Entah-entah, disebabkan otak kau terlebih tido malam tadi menyebabkan kau sewel tak. Ah, tengok! Merepek lagi. Argh! Aku terus minum susu yang telah disiap tuang oleh ibuku yang tersayang. Macam tau-tau je yang aku tengah rush ni. Eh, memanglah. Orang yang tak pandai tengok jam jelah yang tak tau kau dah lambat.
"Fel, dah jom cepat"
"Ya, ayah. Oklah bu, Fel pergi sekolah dulu. Dah lambat dah ni. Assalamualaikum," kataku sambil mencium tangan ibuku.
"Hurm, tulah bangun lambat lagi. Wa'alaikummussalam. Hati-hati ya,"
Kakakku yang sudah berada di dalam kereta ku lihat sudah tersengih-sengih kepadaku. Ceh, nak gelakkan orang lambat ar tu. Aku cepuk karang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Apesal lambat?"
"Handphone kong," balasku acuh tak acuh. Ish, orang tengah risau datang lambat, dia boleh tanya macam-macam pulak. Takpe Felina, sabar. Sabar tu kan separuh daripada Iman.
"Owh, lain kali check dulu bateri sebelum tidur,"
"Erm, yelah,"
Suasana di dalam kereta ku rasakan tidak setenang biasa. Sekejap ku pusing ke kiri, sekejap ke kanan. Argh..!!! Bila nak sampai sekolah ni?!
"Ayah, laju sikit boleh tak?"
"Dah laju dah ni. Mana boleh laju lagi. Tulah, bangun lambat lagi. Kan dah tak boleh duduk diam," ayahku membalas.
"Alah, Fel. Kejap lagi kita sampailah ni. Fel tak yah risau sangatlah," kakakku menyampuk.
Ops, kan ayah dah ceramah pepagi buta ni. Eh, pagi buta lagi ke? Hurm, lantaklah. Yang kakak ni bolehlah dia kata okey. Sebab, dia ada latihan bola jaring pagi ni. Jadi, dia dikecualikan daripada masuk ke kelas. Al-maklumlah, coachlah katakan. Senior pulak tu. Argh, tak kesah ar sume tu. Asalkan aku sampai sebelum loceng bunyi. Tak sanggup aku nak mencemarkan rekod bersih aku sebagai pelajar yang tak pernah datang lambat. Ni mesti gara-gara tuisyen golf yang aku baru sertai semalam. Pergh, penat beb wa cakap sama lu!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mama, Daniel tak nak pergi sekolah nilah. Daniel nak sekolah kat KL jugak. Kat JB tak bestlah mama," aku merengek. Aik, kembar siam aku ni. Tolonglah aku sekali. Dia suka agaknya pindak sekolah yang hape-hape ni.
Ish, aku kena pujuk mama ngan papa jugak. Tak nak ar aku sekolah kat sini. Memanglah orang kata JB dengan KL tak jauh beza. Alahai, kawan-kawan aku macam mana. Dahlah susah nak cari besfwen sekarang ni. Tapi, kesian pulak aku tengok mama ngan papa beria-ia suruh kitaorang satu family pindah JB. Takkan aku nak hampakan diorang pulak. Derhaka aku nanti. Argh, tension betullah!
"Daniel tu dah besar. Dah boleh berfikir mana yang betul, mana yang salah. Jadi, salah ke kalau kami suruh kamu berdua pindah JB? Mama ngan papa buat semua ni untuk kebaikan korang berdua jugak. Papa ada hal yang kena diselesaikan kat sini. This is for temporary. Kalau dah beres, kita balik KL lah ya," papaku pula memujuk.
"Kan urusan papa. Kenapa kita semua pun kena ikut sekali?"
"Hal ni ada sangkut-paut dengan Daniel jugak. Takpe, nanti korang pun akan tahu jugak. Dah-dah, cuba Daniel jadi macam Danish ni. Takde nak protest apa-apa pun. Now, kita settlekan pendaftaran sekolah kamu berdua dulu. Okey, honey?" Datin Aisyah berkata sambil buat muka kesian.
"Yes, mom,". Huh! Asyik-asyik nama si Danish je yang disebutnya. Danish yang baik lah. Danish yang itu. Danish yang ini. Semuanya positif. Aku juga yang degilnya.
"Oh ya, by the way. Nanti kat sekolah tu, mama nak korang berdua kena sentiasa senyum kat kawan-kawan baru tau. Mama tak nak diorang fikir yang Daniel ngan Danish ni sombong pulak,"
"Orait, mom," Danish berkata sambil tersenyum.
"Huh! Hurm, tengoklah,". Senyum?! Yelah tu, tak kuasa aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku berlari ke dalam kawasan sekolah. Aku dah tak hiraukan orang lain yang tertoleh-toleh melihat atlet manalah yang sesat sedang berlari ke arah pintu utama SMK Ayer Dalam pagi ni. Cewah, ahaks! Kakak aku yang tercinta tu pun aku dah tak tau mana dia blah. Umur kitaorang bezanya cuma setahun. Tetapi, sungguh ketara dari segi sikap dan perwatakan. Dia agak tegas tetapi aktif bersukan. Hurm, maybe sebab tu kot dia sesuai jadi coach. Al-maklumlah, dia mempunyai aura yang boleh membuatkan orang kecut perut. Apa yang dia nak, dia mesti akan cuba dapatkannya. Tapi, ada aku kesah? Hehe, sengal betullah aku ni. Aku ni pulak seorang yang happy-go-lucky girl. Lebih pandai dan cantik serta comel daripada dia. Bukan perasan eh... Tapi kenyataan. Result PMR aku lebih hebat daripada dia. Yang comel dan cantik tu memang ramai yang mengakuinya. Wuahaha...!!! Blah ar kau, Fel. Geli pulak aku dengar aku puji diri aku sendiri lebih-lebih ni.
Oh, ya, ya, ya. ya... Lagi sikit aku nak sampai ke garisan penamat. Fuh, sempat aku... Ahamdulillah, Ya Allah...!!! Huhu, pengawas yang tengah diri kat tepi gate tu dah buat muka pelik dia dah tu. Chill lah, tak pernah tengok gaya orang hampir terlambat masuk sekolah ke..?!
Nasib baik minggu ni perhimpunan waktu balik nanti. Kalau tak, habislah aku kena berdiri di kelompok pelajar yang datang lewat. Sekolah aku punya sistem perhimpunan gilir-gilir setiap minggu. Antara sebelum belajar ataupun sebelum balik sekolah. Eh, kejap. Aku kan datang-cepat-sambil-buat-muka-poyo. So, tak kena lorh...
Sedang aku bernyanyi-nyanyi dengan riangnya kerana sempat datang sekolah sebelum loceng berbunyi, aku terperasan sesuatu. Huh!
####################
P.S : Guys, di sini saya ingin menyatakan bahawa gaps saya upload cerita ni maybe agak jauh sedikit sebab otak saya sudah semakin kering idea serta seperti yang saya nyatakan di atas, saya memang ada banyak sangat kerja. So, jangan marah eh kalau lambat upload. That's all, thank you...
YOU ARE READING
Wa Kawin Muda Woah! (ON HOLD)
RomanceFelina dan juga Daniel yang masih bersekolah telah dipaksa berkahwin oleh keluarga masing-masing untuk merapatkan lagi persahabatan antara ibu bapa Felina dan ibu bapa Daniel. Pelbagai cara telah mereka lakukan untuk membatalkan perkahwinan tersebut...