Bab 1 : Hari Itu

177 6 1
                                    

Hari Itu, Ahad – 9.6.96

Azlan menghirup sedikit lagi air kopi-o yang masih panas. Pelanggan yang lain silih berganti. Azlan masih setia menanti seseorang. Sudah 7 cawan kopi dia habiskan tapi kelibat yang ditunggu masih belum tiba. Jam menunjukkan pukul 9 malam.

"Sorry kerana mengganggu. Bos, saya rasa, kita gagal." Kata seorang lelaki lengkap berkemeja lengan panjang putih dan bertali leher. Dia adalah orang kanan Azlan, Reza.

Azlan bangun dan terus menggenggam kolar baju Reza. "He will be here! He must be here! Kita hanya akan gagal bila paru-paru yang ada dalam badan aku ni berhenti bernafas. Faham?!"

Reza terkasima.

"Kita dah tunggu sini seharian bos." Balas Reza dengan nada perlahan.

Azlan perlahan-lahan melepaskan kolar baju Reza. "We cannot fail Reza. I've prepare for this thing for 25 years." Dia kembali duduk dengan kepalanya menghadap ke bawah. Dia garu-garu rambut putihnya kerana terlalu runsing.

Melihat kebimbangan majikannya, Reza bangun dari tempat duduk dan membetul-betulkan tali lehernya.

"Bos, biar saya tengok-tengok keadaan kat luar. Mana tahu dia ada."

Azlan mengangkat sedikit kepalanya. Dia pejamkan mata dan menghembus nafas kekesalan kemudian kembali menunduk.

Menganggap Azlan bersetuju, Reza lantas keluar dari kopitiam itu. Dia hidupkan sebatang rokok sambil matanya melilau-lilau meninjau keadaan sekeliling.

Belum sempat rokok Reza habis dihisap, Azlan juga keluar dari kedai kopi itu.

"Those scientists have make a mistake with their machine. I don't know. It should have work!" Kata Azlan.

"Jadi? Patutkah saya hapuskan?"

"Jangan jadi bodoh Reza. Tanpa mereka, projek ini akan gagal."

"Sudah pun gagal bos!"

Sekali lagi Azlan mencekik Reza tapi kali ini dia menolak Reza sekuat hati sehingga terhempas ke dinding.

"How many times I want to tell you? Hah? Aku hanya gagal bila aku sudah mati! Call the others. Suruh diorang standby. Kita tunggu sini sampai jam 12 malam. Then we go to the lab!"

- - -

"Aku dah check semua. Even the machine is working fine. All the temperature, power supply, everything is fine." Kata Profesor Norman. Ketua saintis di Jules Technology.

"Jadi kat mana dia? Aku tunggu dari pukul 6 pagi sampai jam 12 malam for nothing! For what aku bayar korang semua ni sial? Kau yakin biochemical yang kau inject dia tu perfect Man? Aku bayar kau untuk apa?!" Jerit Azlan.

"Azlan, kau tahu, aku bekerja dekat sini bukan sebab duit. Kan?" Balas Norman. Dia perlahan-lahan berjalan membelakangi Azlan. Norman memegang dan mengusap-usap mesin yang dia telah usahakan untuk sekian lama itu. "It's more than that. Kau tahu kan Azlan? Tahu kan? Aku pun nak projek ni berjaya!" Tambahnya.

"Then make it success! Check everything again and again! Aku tak mahu ada single hole dalam machine ni. Or else, you know what will happen Norman."

"Sial kau Azlan. I've work for you for 20 years Lan. 20 freaking years! You know you can't even touch me. Semuanya ada dalam sini." Profesor Norman menunjuk ke arah kepalanya.

"Jadi ke mana dia pergi? Kau terangkan pada aku sekarang Norman. Dia hilang, dan apa?"

"We only test it using non living things. Bola, pen, microscope. Dan kita cuma confirm dengan kejayaan penghantaran ke hadapan. Kita tak pernah confirm penghantaran ke belakang Azlan. Tak siapa boleh confirmkan."

Dunia Antara 2 DuniaWhere stories live. Discover now