Bab 2 : Pertemuan

71 2 0
                                    

Ahad, 9-8-98

Hujan membasahi bumi Kuala Lumpur. Masalah paling biasa yang akan berlaku apabila hujan di Kuala Lumpur ialah banjir kilat. Namun kali ini lebih merisaukan kerana dalam masa sebulan Kuala Lumpur akan menjadi hos kepada kejohanan sukan berprestij, Sukan Komenwel 1998. 

Fenomena La Nina ini telah melanda beberapa negara di utara Asia seperti China dan Korea Selatan dan dijangka fenomena ini akan turun ke Asia Tenggara. Di Kepong, berpuluh buah rumah sudah ditenggelami air setinggi 1.2 meter. 

Para menteri di Jabatan Perdana Menteri nampak tenang, tapi tak siapa tahu apa yang dipikul. Menteri-menteri di Pulau Pinang pula sudah menubuhkan skuad khas untuk menghadapi banjir besar, kemudian diikuti dengan Johor dan Lembah Klang.

Hafiz memperlahankan radio di keretanya. Bunyi wiper kereta Proton Saga milik ayahnya menyulami bait-bait kosong  yang dihasilkan oleh bunyi air hujan. Sara memeluk kaki yang dinaikkan ke atas kerusi, sambil memandang ke arah luar tingkap menahan kesejukan.

Kuala Lumpur di dalam kesedihan.

"Kita balik jalah." Kata Hafiz perlahan.

Sara tidak membalas kata-kata Hafiz. Mukanya nampak sugul. Kecewa mungkin. Matanya tidak berkelip memandang ke luar.

"Dah lewat ni Sara. Dengar radio kata apa tadi. Aku takmau jadi apa-apa dekat hang nanti. Taiping tu bukannya dekat. Pak Long suruh aku jaga hang." Tambah Hafiz.

"Dia tunggu hang tu Fiz. Sikit lagi." Kata Sara perlahan.

"Dia tunggu aku? Dia patut cari aku Sara. Bukan aku yang cari dia. Dia yang biaq aku masa aku kecik dulu. Hang tak dengaq ka apa abah aku cakap?"

Keadaan kembali sunyi. Hafiz menghembus nafas kekesalan. Sara masih mendiamkan diri. Seperti ada sesuatu yang hendak dia mahu Hafiz cari, tapi tak dapat. Sesuatu yang Sara tidak dapat peluk. Sesuatu yang tak mungkin dia kecap. Sesuatu peluang yang mungkin Hafiz mampu miliki. 

 Tangan kiri Sara memegang-megang cermin kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 Tangan kiri Sara memegang-megang cermin kereta. Dia bangunkan sedikit badannya dan menghembus cermin itu, biar berwap, lalu dia lap kembali cermin itu.

"Kau tak mahu jawapan?" Sara berkata perlahan. "Kalaulah aku punya peluang seperti kau."

Hafiz sekali lagi berdengus. Mula menolak masuk kembali tombol gear, menurunkan brek tangan dan menggerakkan semula kereta.

"Sejam lagi. Kalau tak jumpa juga restoran tu, lepas tu kita balik. Kalau bukan sebab hang, aku belah balik dah. Taiping dengan Kuala Lumpur bukannya dekat." Kata Hafiz.

Sara membalas kata-kata Hafiz itu dengan sebuah senyuman.




Hafiz menghabiskan nasi goreng kampung yang dipesannya sehingga ke butiran terakhir. Tiada langsung kesan. Sara pula memandang keluar cermin restoran sambil memegang secawan milo panas. Mengharapkan sesuatu.

Televisyen dan radio sibuk bercerita tentang La Nina dan Sukan Komenwel. Terdapat khabar baik, bahawa La Nina yang akan berlaku di Malaysia, akan cuma berlaku sekitar November 1998. Maksudnya Sukan Komenwel mampu untuk dijalankan tanpa kerisauan cuaca yang tak menentu.

Orang yang paling lega semestinya Dato' Seri Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia. Orang paling berkontroversi 1998.

"Sepatutnya dia ada dekat sini. Laki tu kata, dia tunggu kat restoran ni. Aku yakin betul, ini lah restorannya ni!" Seloroh Hafiz sambil mengelap mulut.

Sara masih tenang menghirup sedikit demi sedikit milo panasnya. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan. Walaupun trip ke Kuala Lumpur ini adalah mengenai Hafiz, namun keterujaan Sara lebih mengatasi segala perasaan Hafiz yang selesa dengan kehidupan yang dimiliki.

"Aku nak tanya Sara. Kenapa hang yang lebih-lebih nak paksa aku jumpa lelaki ni?"

"Semua orang perlukan jawapan Hafiz."

"Tak untuk aku. Jawapan yang diberi tak langsung boleh merubah apa-apa. Aku yakin."

"Apa kau yakin?"

"Yes. Aku punya sebuah keluarga yang aman. Bapak ada kedai. Emak meniaga kuih. Abang-abang ada kebun, belajar di universiti. Semua orang sayang aku."

"Tak sama Fiz."

"Apa yang tak sama?"

Sara menjawab persoalan itu dengan hirupan air milo panas miliknya. Keadaan di luar semakin gelap. Hujan yang turun menambah kegelapan langit yang ada. 

Sara ialah seorang anak perempuan tunggal yang selalu inginkan jawapan. Hidupnya hanya dikelilingi dengan 1001 soalan. Ayahnya tinggalkan dia bersama ibunya tanpa mempunyai alasan yang kukuh. Ketika itu umurnya baru mencecah 5 tahun. Itulah kali terakhir dia melihat senyuman ayahnya.

"Imah, jaga Sariah baik-baik. Tunggu abang pulang."

Ayahnya seorang pegawai kerajaan. Adakalanya dia memakai baju tentera. Adakalanya lengkap berbaju barat. Ada orang kampung berkata yang ayahnya itu dari Kor Risik DiRaja. Tapi tak ada siapa pun yang mempu mengiyakan kenyataan itu.

Selepas 3 tahun menyepi tanpa sebarang berita, orang-orang kampung telah mengisytiharkan yang ayahnya itu telah gugur di medan perang. Kata mereka, mereka telah mendapat khabaran dari kerajaan. Ibunya tidak mahu menerima berita itu. Tidak ada perang yang besar berlaku ketika itu melainkan peristiwa Mamali 1985. Dan ayahnya bukanlah polis mahupun tentera. Jika gugur mana mayatnya? Jika gugur apakah sebabnya?

Hidup dalam persoalan menjadikan ibunya murung. Lalu dia meninggalkan Sara kepada Pak Long, bapa saudara Sara. Akhirnya dia berhijrah ke Kuala Lumpur seorang diri. Usia yang muda telah memakan dirinya. Ibunya mati 2 tahun selepas itu akibat HIV.

"Kau masih mahukan jawapan?" Tanya seorang lelaki dalam lingkungan 30 an lengkap bertopi, berjaket hitam, berbaju putih dan berseluar jeans. Semuanya basah akibat hujan lebat di luar. Hafiz yang asyik menonton televisyen di kedai kopi itu tersentak. "Maaf. Boleh aku duduk di sini?"

Tanpa mendapat apa-apa jawapan, lelaki itu langsung duduk di antara Hafiz dan Sara. Mata Hafiz terus memandang ke arah Sara. Sara membalas pandangan itu dengan persoalan yang sama.

"Pertamanya, aku bukan lelaki yang korang dua tunggu. Kalau itu yang korang fikirkan. Kau boleh panggil aku Yusuf." Sambung lelaki itu sambil membuka topi basahnya. "Bos, bagi aku kopi panas. Err, kurang manis."

"Macam ni lah. Sara kan? Okay Sara, aku ialah orang yang kau tunggu untuk memberikan semua jawapan. Itu kalau kau nak. Aku ada semua jawapan kepada semua persoalan kau. Dan kau mat. Sorry, aku bukan orang yang kau tunggu. Tapi aku boleh tolong kau untuk jumpa orang yang kau tunggu. Terima kasih." Ucap Yusuf berterima kasih kepada pelayan restoran itu.

Sejak kehadiran Yusuf, Hafiz dan Sara hanya diam seribu bahasa. Degupan jantung Hafiz dan Sara kedua-duanya laju namun mempunya irama yang berbeza. Jawapan kepada jawapan. Sara langsung tidak bersedia atau menjangkakan di dalam menerima apa-apa jawapan mengenai keluarganya ketika ini. Hafiz pula mempunyai jangkaan berbeza. Jangkaanya, lelaki yang dia jumpa beberapa tahun lalu yang memberikan nama restoran dan tarikh ini ialah sebagai orang gila. Dan langsung tidak menjangka realitinya akan ada orang muncul di restoran ini beberapa tahun kemudian.

"Jadi macam ni lah Mat. Ni semua, kau patut ada dekat sini dua tahun lepas, bukan tahun ni." Kata Yusuf sambil menghirup kopi panas pesanannya.

Dunia Antara 2 DuniaWhere stories live. Discover now