Bab 3 : Pengembara

64 1 0
                                    

Yusuf menggerak-gerakkan tangannya. Kepalanya berat. Inilah yang sering kali berlaku kepadanya setiap kali ia berlaku - sesuatu yang tak dipintanya. Dia angkat kepalanya dan memerhati sekeliling sebelum berlari menyorokkan dirinya dibelakang kotak-kotak yang tersusun tinggi.

"Kali ni di mana pulak ni? Kilang? Tahun..hmm..apa-apa pun baju dulu, aku perlukan baju."

Dengan bertelanjang bogel, Yusuf mengoyakkan sebuah kotak, mengeluarkan barang-barang di dalam kotak itu dan jadikan ia alas badannya buat sementara. Dia kemudiannya berlari mencari pakaian. Merompak dari jalanan, mencuri dari ampaian dan bermacam-macam lagi helah yang Yusuf telah gunakan untuk mendapatkan pakaian. Asalkan tertutup!

Hari semakin gelap. Kilang tempat Yusuf berada kini sunyi pada hari itu. Ahad atau cuti umum mungkin? Terdengar bunyi tapak kaki yang datang arah sana. Tanpa banyak fikir, Yusuf menyerang lelaki itu. Seorang sekuriti yang sedang membuat rondaan. Dia ambil kunci loker sekuriti itu dan mengambil apa yang dia perlukan - pakaian dan sedikit wang.

Seperti selalu, selesai sahaja mendapatkan pakaian, dia akan mencari sesuatu yang boleh memberikan dia idea pada tahun bilakah dia kini berada. Kalendar, televisyen, surat khabar atau apa-apa sahaja. Kemudian dia akan tarik garis-garis masa itu untuk dia jadikan panduan nanti.

"1998. Pertama kali." Ujar Yusuf selepas melihat kalendar kuda di pondok sekuriti. "Eh, 1998? Kalau betul kira-kira aku, dia patut muncul pada tahun ini! Aku tak banyak masa!" Sambung Yusuf lalu terus keluar dari pondok sekuriti itu.



Tarikh tiba, Ahad, 31-5-98

Dia menahan sebuah teksi beberapa meter dari kilang itu dan menuju terus ke sebuah kawasan di hulu Ampang, atau lebih tepat kawasan berhampiran Hulu Langat.

Teksi itu berhenti di sebuah persimpangan lama yang penuh lalang. Yusuf hulurkan wang tambang dan terus keluar dari teksi itu.

"Ambil wang lebih ni bang. Gerak terus. Kawan saya akan datang ambil saya dekat sini." Kata Yusuf kepada pemandu teksi itu.

"Betul ke bang? Dah lah bagi lebih. Err, nak saya tunggu sampai kawan abang sampai ke? Sunyi ni. Lagipun dah nak gelap."

"Takpe bang. Kalau dia lambat sampai, saya jalan ke simpang sana. Ada restoran mamak."

Tanpa lebih banyak soal, pemandu teksi itu meninggalkan Yusuf di situ.

Selepas meninjau-ninjau keadaan sekeliling, dia langsung berjalan menyusuri jalan yang penuh semak lalang. Tidak sampai 100 meter, kakinya tersepak sesuatu. Sebuah papan tanda - Jules Technology Sdn Bhd.

"Ia dah berlaku." Yusuf bermonolog.

Dia berada tepat dihadapan sebuah bekas tapak kilang elektronik, Jules Technology Sdn Bhd, yang telah hangus. Yang tinggal hanya tiang-tiang lama. Yusuf cuba masuk ke dalam kawasan pagar kilang itu. Langkahnya terhenti apabila melihat papan keselamatan larangan masuk dan garisan polis. Terdapat juga beberapa papan tanda yang menunjukkan kawasan sekitar itu beradiasi. 

"Jadi, Jules dah terbakar, dan hari ini ialah tahun 1998. What is next. Come on Yusuf. What is next. Oh shit! Yes! Yes! Restoran Kopi Rimba! He must be there this year! 9 haribulan Jun! 9 hari dari sekarang!"




Ahad, 9-8-98 // Restoran Kopi Rimba, Kuala Lumpur.

Ahad, 9-8-98 // Restoran Kopi Rimba, Kuala Lumpur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dunia Antara 2 DuniaWhere stories live. Discover now