Rasa

36 0 0
                                    

Aku mahu tahu bagaimana kau rasa sekarang.

Sakit kan merayu?

Ya, itulah yang aku rasa dulu.
Bagaimana aku beriya msg kau,
Bagaimana aku saja yg sentiasa bertanya makan dan minum kau,
Bagaimana aku saja yg bertanya hari hari kau yg berlalu,
Bagaimana aku saja yg kisahkan penat lelah kau,
Bagaimana aku rela di'bluetick',
Bagaimana aku pujuk hati sendiri,
Bagaimana aku terus menanti walaupun aku tahu kau ada yg lain,
Bagaimana aku terus merayu untuk kembali,
Bagaimana aku rela menunggu walaupun aku tahu kau tetap akan bersama dia,
Bagaimana aku melupakan saja kesalahan kau kerana sayang yang aku rasakan.

Bagiku, memaafkan dan melupakan kesalahan kau pada waktu itu lebih mudah drpd melepaskan kau pergi.

"Dosamu ku anggapkan debu,
Bisa diterbang angin yg lalu,
Ku sedia memaafkanmu,
Biar aku berparut seribu"

Tapi kau tetap pergi. Kau melepaskan aku. Apa lg yang boleh aku lakukan selain merelakan? Hampir gila aku dibuatnya. Makan minum aku tak lalu. Serasa mati jiwa dan raga selepas hampir 3 tahun bersama. Bukan sekejap kita bersama.

Ketika itu kau pun sudah bahagia. Aku hanya mampu tengok dari jauh.

Sekarang, aku bahagia. Dan sudah mampu hidup tanpa kau.
Tapi,
Kenapa kau dtg balik?
Kau kata kau rindu? Menyesal?

Dah tak guna.
Ya, aku ulang.
Sudah tidak berguna.

Segalanya sudah terlambat. Menyesal? Sudah tiada makna.

Pengajaran untuk diri,
Hargai siapa saja yang ada depan mata, yang sentiasa ada dalam suka duka, yg terima kurang lebih kau walaupun kau melukainya. Kerana jika satu masa sudah tawar hatinya, sudah sedar akan beriyanya dia walaupun kau tak kesah. Masa tu dah terlambat.

"Sekali tawar hati,
Tak mungkin kan kembali."

14.48 NAIRL

DamnHeartWhere stories live. Discover now