Buah Dadu

1.2K 91 8
                                    

       Aku merupakan seorang pelajar tingkatan 4. Aku ni suka bawak permainan dadu ke sekolah cuma dadu aku bukan dadu yang bernombor. Tapi, dadu huruf. Aku bawak 7 dadu setiap hari pergi sekolah supaya aku dan kawan-kawan dapat main batu seremban. Ya. Pellikkan. Kami tak main batu seremban dengan batu...tapi dengan dadu sebab dadu aku ni lebih besar sikit dan tak sakit kalau main.

     Hari tu aku main dengan kawan aku Hadi dekat belakang bangunan sekolah. Tempat tu dekat dengan tandas. Dekat situ sunyi sebab tak ada orang yang berani sangat nak lalu situ. Maklumlah...kawasan larangan sekolah. Entah la asal dilarang. Tapi buat apa aku nak takut. Tak namanya la lelaki.

       Kami pun duduk di lantai simen dekat tandas guru lelaki yang dah tak pakai. Dekat sini, kalau kami ponteng kelas pun tak ada sesiapa nampak. Hadi jalan dulu. Dia melambung dadu tu ke udara lebih tinggi dari biasa. Waktu dia nak sambut balik dadu-dadu tu, salah sebuah dadu terpelanting terus ke dalam tandas guru lelaki yang tak terpakai. Kami berpandangan sesama sendiri.

     Kami bertelagah seketika kerana masing-masing tidak mahu mengambi dadu itu. Namun, hakikatnya Hadi yang membuatkan dadu tersebut terpelanting. Jadi...dia pun akur lalu masu ke dalam tandas guru lelaki yang gelap itu.

     Lama juga aku menunggunya namun tak keluar. Tak boleh jadi ni...aku kena masuk. Namun, belum sempat aku berdiri, Hadi sudah keluar dengan dadu yang terpelanting itu.

    Kami sambung bermain.

   Kali ini giliran aku. Dadu-dadu tersebut ku baling.
   Aku melihat dadu-dadu yang telah dibaling itu. Yang peliknya, ianya tersusun menjadi perkataan

   X DEPAN K

     Aku tersentak.  Ejaan tengah menunjukkan perkataan 'depan'. Terkejut seketika. Mataku fokus memandang dadu itu. Aku cuba baling lagi sekali.

   A W A K    ITU

    Kali ini dua perkataan...
Aku lambung sekali lagi.

   F A R I D . Kali ini lima dadu disusun panjang. Farid? Cikgu Farid!!!

     Aku baru teringat semula kisah Cikgu Farid yang tergelincir di dalam tandas guru lelaki. Kejap. Tandas inikah?

    Aku menyusun kembali ayat-ayat itu.

    DEPAN AWAK ITU FARID

  Aku memandang Hadi yang berada di hadapan. Aku terkejut hampir terjatuh ke belakang. Itu bukan Hadi!!!! Seorang lelaki yang tersenyum sinis memandang ku. Matanya merah dan badannya seperti terbakar. Darah mengalir dari kepala..mengalir ke kepalanya. Baju kemejanya terkoyak rabak menampakkan perutnya yang terburai!

    Tiba-tiba.....POMMMMMMM!!!!!! Pintu tandas lelaki ditutup dengan keras. Aku terdengar jeritan Hadi dari dalam tandas.

     "OMAR!!!!!!!! BUKAK PINTU NI OMAR!!!!BUKAK!!!!!!.

   Pintu itu diketuk-ketuk Hadi dengan kencang. Namun...aku yang panik dengan jelmaan di hadapan terus berlari meninggalkan tempat itu. Meninggalkan Hadi
 

      Esoknya, apabila aku datang ke sekolah. Aku melihat kereta polis diparkir di hadapan bangunan. Beberapa orang polis sedang memasuki tandas semalam. Aku terus berlari ke situ dan mendepati mereka sedang mengusung mayat keluar dari tandas.

    Ramai orang menangis termasuk guru-guru. Cikgu Amirah yang baru sedar akan kehadiranku mengusap-usap bahuku.

    "Maaf Omar. Hadi dah tak ada",ujarnya tersedu-sedu.

    Aku melutut. Tidak percaya apa yang berlaku. Tidak tahan...aku pun menangis.

     "Maafkan aku Hadi".

  

   

   

   

   

Tak Boleh Tidur?Where stories live. Discover now