Oxtail Soup

639 65 16
                                    

Oxtail Soup (China)

Pada suatu masa dahulu di sebuah universiti di China..

Junhui ( Jun svt ) dan teman wanitanya, Chengxiao ( WJSN ) tinggal di asrama blok yang sama tetapi dorm lelaki dan wanita dipisahkan. Dorm lelaki terletak di tingkat bawah blok manakala dorm wanita terletak di tingkat atas blok.

Junhui dan Chengxiao agak jarang berjumpa kerana mereka hanya dibenarkan berjumpa satu sama lain pada hari tertentu. Tambahan pula, pada zaman itu, telefon belum diwujudkan (a/n: kecuali public phone tapi lebih baik jumpa terus dari call guna public phone, dorm tak jauh kut. )

Setiap malam, Junhui akan belajar sehingga larut malam. Chengxiao pula akan menghantar sup ekor seladang ( oxtail soup ) pada Junhui melalui tingkap bilik Junhui. ( a/n: lebih kurang mcm cerita do re mi tu, kau hantar barang guna bakul dari atas, kau sambut dari bawah. )

Selalunya, selepas menghabiskan sup tersebut, Junhui akan tertidur bersama-sama buku yang ditelaahnya.

Seperti biasa, pada malam itu Junhui menyiapkan kerja-kerjanya kemudian dia akan mengulangkaji pelajaran. Seperti biasa juga, bakul berisi sup ekor seladang Chengxiao akan berada di tingkap biliknya.

Junhui berasa amat gembira apabila menerima sup tersebut dan seperti biasa, Junhui tertidur setelah menghabiskan sup ekor seladang Chengxiao.

Pada keesokan harinya, tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Junhui. Dia akhirnya dapat berjumpa semula dengan teman wanitanya, Chengxiao.

Namun, apabila tiba di bilik Chengxiao, Junhui amat terkejut apabila melihat biliknya kosong seolah-olah tidak dihuni lagi.
Junhui yang kehairanan bertanya kepada rakan sebelah bilik Chengxiao, Jieqiong (Pledis Girlz).

Hati Junhui terasa berkecai  apabila mendapat tahu Chengxiao telah meninggal dunia tiga hari yang lalu akibat penyakit misteri. Namun, apa yang lebih menghairankan Junhui ialah, jika Chengxiao telah meninggal dunia tiga hari yang lepas, siapa yang menghantar sup ekor seladang kepadanya semalam?

---

Menurut teori author, pempuan selalu hantar sup ekor seladang tu sebab dia kesian ngan bf dia asyik tidur lewat malam. Tulah sampai ke hujung nyawa dia hantar sup ekor tu kt bf dia.

Peace out.

Urban LegendsWhere stories live. Discover now