Galap

407 33 14
                                    

Galap ( Malaysia )

jeng jeng jeng akak ren kambek~

↣↣↣

Solji ( EXID ) mengerling ke arah jam dinding. Jarum jam sudah bergerak ke angka 12. Dia terlalu asyik menghabiskan kerjanya sehingga tidak sedar waktu sudah memasuki fasa tengah malam. Dia bergerak ke dapur untuk membancuh air kopi supaya matanya tidak terlelap dan dia sempat menghabiskan kerjanya sebelum matahari terbit.

Ketika berjalan ke arah dapur dia terlihat kelibat manusia berjalan di bawah rumahnya dari celah papan yang menutupi lantai rumahnya.

"Mungkin perasaan aku saja." gumam hati Solji. Solji meneruskan hasratnya untuk membancuh kopi.

Tidak lama kemudian, Solji terdengar bunyi kanak-kanak menangis. Bunyi itu kedengaran seperti tidak jauh dari rumahnya. Solji segera bergegas ke bilik anak buahnya takut sekiranya kanak-kanak itu mengalami mimpi buruk.

Dia menjengah bilik anak buahnya namun kanak-kanak itu masih tidur dengan nyenyak sekali. Solji mula berasa tidak sedap hati. Seketika kemudian kedengaran bunyi kocakan air dari bawah rumahnya.

Solji segera mengambil lampu suluh dan bergerak ke tingkap. Dia menyuluh ke arah kocakan air dan terkejut apabila melihat dua orang kanak-kanak tanpa wajah berenang di dalam sungai.

Solji yang cemas segera berlari ke bilik dan menyelimuti badannya. Solji terlelap seketika kemudian.

↣↣↣

"Eomoni..eomoni.." panggil kanak-kanak itu sambil menggoncangkan tubuh Solji.

Solji membuka matanya dan terkejut melihat anak buahnya, Solhyun di sisinya. "Eomoni, Solhyun nak kencing.." kata Solhyun sambil mengesat matanya.

"Ok, jom.." kata Solji.

"Aku mimpi ke tadi?" getus hati Solji. "Ah, mungkin aku banyak sangat dengar cerita pasal galap sebab tu sampai termimpi.." bebel Solji sendiri.

Apabila anak buahnya keluar dari tandas, Solji segera menutup pintu bilik air namun langkahnya terhenti apabila melihat kayu terapung-apung di dalam tandas. Solji segera menyuluh ke arah kayu tersebut namun bukan kayu yang dilihatnya.

Tubuh manusia dibaluti kain putih seperti mayat merenung ke arahnya.

Seketika kemudian, persekitaran Solji menjadi gelap-gelita.

↝↝↝

cr: Sekolah Bernama Kehidupan, Asmar Syah.

Cerita ni berlatar tempatkan sebuah perkampungan setinggan dekat Sandakan, Sabah so yeah.

but i love it!

Orang Sabah, mohon pencerahan apa sebenarnya galap?

Urban LegendsWhere stories live. Discover now