2.13 Ghost Child

262 33 32
                                    

Ghost Child

a/n: siapa cakap golden child aku baling guna selipar tat seng

( NCT x Wanna One requested by Mayuni03 ❤ )

Daniel ( Wanna be my baby~ ) merupakan seorang penggemar paranormal. Daniel sentiasa mendedikasikan setiap jam, minit, saat dan detik untuk mencari cerita yang seram agar dapat dimuatnaik ke dalam blognya. Daniel tekad untuk menjadi seperti idolanya, Sky ( atau nama komersial, langit. ) iaitu penulis e-buku Urban Legends (malay/k-idol version)

"Weh, Jungwoo (NCT) kau tau tak tempat yang seram-seram dekat sini? Aku tengah cari idea ni. Semalam aku cuba keluar masuk tandas tak jumpa pun benda seram." jelas Daniel.

"Yang kau pergi cari dekat tandas tu kenapa? Yang ada bau-bauan je. Syaitan pun tak hairan nak masuk." kata Jungwoo di hujung talian.

"Habis tu? Dah aku tak tau nak cari kat mana." ujar Daniel lagi.

"Kau dekat Amerika sekarang kan? Ingat tak tanah perkuburan yang paling terkenal dan seram dekat Georgia tu?" soal Jungwoo.

Daniel cuba mengingat kembali tanah perkuburan di Georgia. Setelah lima minit berfikir akhirnya Daniel teringat akan tanah perkuburan yang paling seram di Amerika Syarikat itu.

"Oh okay! Aku dah ingat!" jawab Daniel.

Dia segera meletakkan panggilan dan mengemaskan barangannya. Dia ingin bertolak ke Georgia pada hari ini juga!

---
6:15 pm

Daniel meletakkan travelling bag-nya ke atas tanah. Dia memandang ke sekeliling. Perfect! Tanah perkuburan sememangnya seram. Pasti ramai yang akan membaca blognya nanti.

Daniel merakam kawasan sekitar dengan menggunakan kamera DSLR-nya. Matahari perlahan-lahan terbenam di sebelah barat. Namun, Daniel masih tidak dapat berjumpa dengan entiti aneh.

6:45pm

Daniel terlihat kelibat putih di hadapannya. Figuranya seolah-olah seorang kanak-kanak lelaki. Ia berlari ke arah suatu pokok dan melompat kemudian menghilangkan diri.

Hati Daniel berdegup dengan cepat namun dia tetap gembira kerana dapat merakam detik-detik aneh ini.

Daniel melihat skrin kameranya. Kameranya masih merakam suasana di tanah perkuburan ini. Dia menekan butang zoom.

Oh kanak-kanak itu berada 10m jauh darinya. Semakin dekat, dekat dan dekat sehingga wajahnya jelas di hadapan lens kamera.

"Tapi, aku tak tekan butang zoom pun." bisik hati Daniel.

----

maafkan beta kerana tidak update selama hampir lima hari. beta memang dah lama nak update chapter ni tapi asyik lupa.

OK, aku rasa macam nak buat contest lah. "Horror Story Contest." tapi hadiah yang dapat aku sediakan hanyalah shoutout dan cerita korang akan diletakkan dalam buku ni. How bout dat? Kalau ada yang nak join sila comment~

Flop. HAHAHA.

EDIT : AKU TAK PERASAN AKU TULIS DANIEL ZOOM LENS CAMERA YAAMPUUUNNNNNN 😂 SILA KECAM BERJEMAAH.

so aku baca balik sebab ada org komen yg "kau zoom bro." so aku pelik lah kan takkan lah aku nak cakap daniel zoom sedangkan ending dia nak cakap daniel tak zoom. in the end, aku jumpa part tu and i was facepalming HAHAHAH.

ok aku takkan tukar sebab benda dah jadi. yang lepas lepas okbai.

Urban LegendsWhere stories live. Discover now