The Letter

505 49 5
                                    

The Letter ( Germany )

Hal ini berlaku setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua di Berlin, Jerman. Keadaan pada masa itu agak teruk kerana penduduk di Berlin menderita kelaparan akibat dari peperangan tersebut.

Di sebalik keriuhan penduduk merintih meminta makanan, Tia (Chocolat) melihat seorang lelaki buta menggunakan cermin mata hitam serta memegang tongkat berjalan ke arah sekumpulan penduduk yang sedang melakukan protes.

Tia mendekati lelaki itu kerana tertarik akan pemakaiannya yang lain daripada yang lain.

Tia dan lelaki buta itu berbual selama berjam-jam. Sebelum meninggalkan Tia, lelaki buta itu menyerahkan surat kepada Tia dan memintanya menghantarkan surat itu kepada alamat yang tertera pada sampulnya.

Sebelum pergi, Tia menoleh sekali lagi ke arah lelaki itu. Apa yang lebih aneh, lelaki itu tidak lagi menggunakan tongkat dan cermin matanya. Tia yang berasa takut terus menuju ke balai polis untuk melaporkan hal tersebut.

°°°
Setelah mendengar laporan dari Tia, pegawai polis tersebut membawa surat itu ke alamat yang tertera di atas sampul surat bersama Tia.

Kedua-dua insan itu terkejut apabila melihat stok mayat bergelimpangan di dalam rumah. Tia membuka surat yang dihantar lelaki buta itu tadi.

"This is the last one I am sending to you today"

Faham?

°°°°

Tia Hwang Cuevas ≧﹏≦

Urban LegendsWhere stories live. Discover now