[SPECIAL CHAPTER]

199 29 0
                                    

Malaysia's 61st Independence Day Special. (+ 10K views )

Yuqi merupakan seorang kanak-kanak yang sangat suka akan cabaran dan treasure hunt. Kadang-kadang ibu bapanya akan mencipta permainan pencarian harta karun untuk Yuqi memandangkan dia anak tunggal dan sangat suka akan permainan itu.

Pada suatu hari, ibu bapa Yuqi terpaksa pulang ke kampung halamannya kerana terdapat kematian saudara ibunya. Mereka bercadang untuk meninggalkan Yuqi bersama sepasang suami isteri tua yang tinggal di seberang rumah mereka memandangkan mereka berdua pulang dalam masa dua hari lagi.

Pada mulanya Yuqi menolak namun apabila dipujuk oleh ayahnya akhirnya Yuqi akur dengan keputusan ibu bapanya. Sebelum bertolak, ayah Yuqi menghantar Yuqi ke rumah tersebut. Sejujurnya, Yuqi tidak gemar akan rumah itu kerana ia kelihatan seram.

****

"Atuk dengar Yuqi suka main cari harta karun, ya?" tanya si suami kepada Yuqi.

Yuqi sekadar mengangguk.

"Atuk ada peta harta karun, Yuqi nak tak?"

Wajah Yuqi bercahaya apabila terdengar perkataan 'harta karun'.

"Nak!" kata Yuqi teruja.

"Nah, cari dengan ikhlas, kalau tak Yuqi sesat." terang lelaki tua itu sambil memberikan kertas lama kepada Yuqi.

****

Yuqi mula mencari harta karun mengikut peta yang diberikan. Naik, turun, belok kiri, belok kanan, buat u-turn, selekoh ( eh? ).

"YESSS! dah jumpa!" kata Yuqi apabila melihat dua batang pokok seperti yang dilukis dalam peta.

"Tapi, harta karunnya mana?" tanya Yuqi.

Yuqi berlegar-legar di kawasan itu untuk mencari peti seperti yang dikatakan dalam peta. Yuqi menyelongkar semak-samun di sekelilingnya namun  hampa.

"Biasanya, harta karun ditanam dalam tanah. Gali tanah lah!" kata Yuqi lalu mula menggali tanah.

Ketika menggali, Yuqi tersentuh sesuatu benda yang keras dan berbunyi 'clang' apabila dipukul. Yuqi menggali kawasan tersebut dengan lebih dalam dan terjumpa sebuah peti lama.

"Yess!" jerit Yuqi gembira.

Yuqi membuka peti kecil itu untuk melihat isinya. Di dalamnya terdapat sehelai kertas yang dilipat-lipat. Yuqi membuka lipatan kertas itu dan membaca perlahan-lahan.

"Tahniah, anda telah menjumpai buku warisan nenek moyang Edith yang diturunkan sejak turun temurun. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekarang anda perlu cari buku kedua yang akan di-publish oleh cicit Edith yang bernama Cittaskye suatu hari nanti. Jangan lupa!"

Yang benar,
nenek Skye yang tua dan kerepot mereput.

p/s: jangan carut. Selamat Hari Kebangsaan!"

** jangan carut.

** NOTE: Beberapa chapter akan di unprivate atas arahan Wattpad *cough*

*** AKU RINDU NAK TYPE.

Urban LegendsWhere stories live. Discover now