Chapter 21 : It's Really The End

302 45 6
                                    

Chapter 21 : It's Really the End

*****

Keesokan harinya...

Di Airport..

"Omma, Bella pergi tandas sekejap ya?" ujarku perlahan.

"Okay honey, nanti datang balik. Jangan nak buat macam dalam drama, lari tinggalkan flight untuk kekasih." pesan omma dengan nada bergurau.

Aku memandang omma dengan perasaan bersalah.

"Jangan cakap Bella terfikir eh! Fikir sikit perasaan omma dan appa kalau Bella buat macam tu. Omma mintak beberapa tahun je sayang, kalau dia tunggu, then he's worth it." ujar omma dengan tegas.

"Gurau je lah. Omma tahu kan Bella lebih pentingkan keluarga berbanding cinta?" Aku hanya tersenyum lemah sebelum bangun dari tempat duduk dan berjalan ke tandas.

Aku nervous, tak tau nak buat apa sebenarnya. Lagi sejam sahaja tinggal masa aku di Korea ini. Perlu ke aku call Yoongi untuk dengar suara dia buat kali yang terakhir? Tapi aku dah tinggalkan dia.

Ataupun perlu ke aku call Jimin? Aku tak bagitau dia lagi yang aku akan pe--

"Ouch!" Aku terdorong ke belakang apabila berlanggar dengan seseorang.

"Mianhae mianhae. Saya--"

Aku mendongak apabila mendengar suara tersebut. Suara yang aku takkan lupa sampai aku mati. My breath hitched when I saw him.

"Kangmin? How the fck are you here? Bukan ke kau kena tangkap?" I stared at him wide eyed. Darahku mula mendidih melihat orang yang hampir meragut maruahku.

"Tak." Kangmin tried to avoid any eye contacts, and even tried to walk off, but I held him.

"Macam mana pulak kau boleh terlepas?" soalku.

"I just did. Aku keluar sebelum polis sampai. Puas hati?" Kangmin cuba beredar sekali lagi. Aku menguatkan peganganku pada tangannya. Kemudian, aku mula tersedar sesuatu.

Macam mana Kangmin boleh lari sebelum polis sampai? Mana dia tahu polis akan sampai pada waktu itu? Unless...

"It was you, isn't it?" Aku cuba memandang matanya, tetapi dia masih cuba mengelak.

"Kangmin! It was you, isn't it?!" I cupped his face and forced him to look into my eyes.

"Aku tak tau apa-apa yang kau cakap ni." Kangmin cuba menepis tanganku.

"Kau kan? Kau yang telefon polis kan?" Aku cuba menyerkap jarang. Tekaanku ternyata benar apabila Kangmin berhenti memberontak dan cuba mengelak mataku dengan menundukkan kepala.

"Kenapa? Kenapa kau telefon polis?" soalku lagi. Aku melepaskan peganganku apabila menyedari dia tidak lagi memberontak.

"Sukahati aku la nak telefon ke tak." He mumbled.

Eh dia ni, memang nak mati kena tumbuk dengan aku ke apa?

"How..?" Aku mengerutkan dahi.

Kangmin mendongak dan memandangku. "Masa kau menangis, I came into my senses. Aku nak selamatkan kau tapi aku tak boleh nak keluarkan kau dengan selamat, jadi aku telefon polis. Okay, settle?"

Senyap. Aku memandangnya dengan mulut yang terlopong sedikit. Kemudian, pandangan mataku melorot ke tangannya.

"Kau nak pergi mana?" soalku apabila nampak dia memegang pasport dan sekeping tiket.

His Protector (BTS' Suga/Min Yoongi)Where stories live. Discover now