Special Chapter

326 44 1
                                    

Special Chapter

*****

6 tahun kemudian...

"Aiden! Hey!" panggilku apabila Aiden berlari meninggalkan aku dengan laju. I pressed my lips into a thin line.

Aku meletakkan pinggan berisi makanan yang aku mahu berikan kepada Aiden di atas meja. Macam mana aku nak kejar budak tu? Badan kecilnya yang berumur lima tahun itu pasti sudah lari jauh, apatah lagi kerana dia mampu menyelit antara orang ramai.

"Kenapa berkerut, sayang?"

Sepasang tangan melingkarkan tangannya pada pinggangku, terus membuat aku mengukir senyuman.

"Aiden lari lagi. Dia selalu lari dari Bella, damn it." bebelku.

"Hey, bahasa. Tak nak bagi baby dengar, okay?" Suga tergelak kecil sambil mengucup leherku dan menggosok perutku yang mula menunjukkan baby bump kerana sudah berusia tiga bulan. Aku menjongket kening.

"Bukannya teruk sangat pun. Eleh, padahal siapa yang selalu mencarut? You know, Aiden mula belajar perkataan-perkataan yang I pasti bukan I yang ajar.."

"Eh, Uncle Rapmon ajar, okay? Bukannya I." nafinya sambil ketawa lagi.

"Dan you ingat I akan percaya?" Aku menjongket kening.

"Eeii tak boleh ke korang berhenti bergaduh? I swear, setiap kali aku berdekatan korang je mesti korang tengah bergaduh." Jin mengetuk kepala aku dengan Suga menggunakan sudunya. Kami berdua serentak mengaduh dan menggosok kepala.

"Lagi-lagi sekarang ni kita dekat majlis yang korang berdua anjurkan untuk announce yang Bella mengandung lagi. I mean, ramai orang memerhati okay? Dan semua ni pertalian darah dengan korang dan orang paling rapat." bebel J-hope pula.

"And damn, baru kahwin 5 tahun dah nak ada dua anak? Sure as hell you can't wait any longer since you got a hot wife." Rapmon mendekati dan mengenyitkan mata kepada Suga. Wajahku memerah.

"And of course, the benefit that he got from an argument is one hell of make-up se--"

"Language!" sergahku dan Suga serentak, memotong percakapan Jimin. Kalau muka aku tadi sudah merah, mungkin sekarang dah nak berasap.

"Eh, relakslah. Macam lah baby tu tahu maksudnya kalau dia sebut pun." Jungkook tergelak.

"Berhenti, okay? Sekarang ni Aiden dah lari. Tau tak dia tak makan dari pagi tadi?" Aku terus mengalihkan topik.

"Malu eh you?" Suga bumped his shoulder with mine playfully. Muka aku terasa pijar kerana malu.

"Aiden kat sini!"

Kami semua menoleh, memandang V yang menghampiri kami dengan tangan yang memimpin Aiden. Aku menghembus nafas lega. Aku melutut, memandang Aiden.

"Aiden, makan eh? Dari pagi lagi Aiden tak makan, mesti lapar kan?" Aku mengemaskan rambut hadapan Aiden. Aiden tersenyum dan menganggukkan kepala.

Aku bangun dan menarik kerusi, memberi Aiden duduk. Kemudian, aku memberikan pinggan berisi makanan itu kepada Aiden.

"Min Aiden, really? Tak de nama lain ke?" soal Rapmon.

"Well, daripada seseorang tu nak letak nama 'Belgi'. Lagi elok nama Aiden, tau. I'm not giving my babies cheesy names." bebelku.

"Belgi? What the fish? Bunyi macam nama makanan." V ketawa.

"Hey." Suga menjelingku. "Tak baik tau."

"Oh, yeke? Macamlah ajar Aiden mencarut lagi baik?"

His Protector (BTS' Suga/Min Yoongi)Where stories live. Discover now