Two

216 24 0
                                    

  Sementara itu, "Kerja yang bagus. Aku cuma perlukan dua lagi mangsa untuk aku laksanakan misi rahsia aku" puji Tuan L, ketua RapMonster dan BabySoul. "Bila Tuan mahukan lagi dua mangsa? Kami boleh dapatkan mereka dengan segera" tanya BabySoul atau nama sebenarnya Soojung. "Tidak mengapa. Korang berdua berehat dulu. Esok baru korang berdua cari dua mangsa terakhir" ujar Tuan L. "Baik Tuan" kata RapMonster dan BabySoul serentak. Mereka mengundur diri. Tuan L membawa mangsa ke-24 ke dalam bilik rahsia. Walaupun RapMonster dan BabySoul sudah lama berkhidmat untuk Tuan L, mereka masih tidak tahu apa tujuan dan niat Tuan L menyuruh mereka menculik remaja berusia 16-18 tahun. Mereka juga tidak tahu identiti sebenar Tuan L. "Sampai bila kita kena buat kerja ni akak? Namjoon rasa tak selesa dan bersalah sangat2lah. Kita sendiri tak tahu apa niat dia suruh kita culik budak2 tu" lafaz Namjoon.

  "Akak pun tak suka buat kerja ni tapi akak terpaksa. Kalau akak ingkar arahan dia, dia akan jadikan Namjoon sebagai mangsanya jugak" jelas Soojung. Soojung dan Namjoon merupakan adik-beradik. Gelaran BabySoul dan RapMonster pula diberikan oleh Tuan L kepada mereka supaya identiti mereka tidak terbongkar. Mereka dipaksa oleh Tuan L untuk berkhidmat dengannya. Tuan L mengarahkan mereka untuk menculik 26 remaja berusia 16-18 tahun. Motifnya masih belum diketahui. Pukul 9:05 pm, Jimin menghubungi Kei. Dia meminta alamat rumah Kei. 10 minit kemudian dia pun tiba. Ibu bapa Kei , Jimin dan Kei sendiri berkumpul di ruang tamu. "Sebenarnya Kei, Saya rasa saya tahu adik kita ada dekat mana" Jimin membuka bicara. "Diorang ada kat mana?" tanya Kei pantas. "Kawan saya yang kaki pancing tu ada ternampak motor adik saya dekat sungai hujung bandar ini. Saya yakin adik saya dan Yein ada dalam hutan tu" jelas Jimin. Kei dan ibu bapanya terkejut.

  Diringkaskan cerita, ibu bapa Kei menghubungi pihak polis dan berharap hanya pihak polis sahaja mampu menyelamatkan Jungkook dan Yein yang dikhuatiri sesat. Setelah sekian lama menunggu, Kei dan Jimin membawa ibu bapa masing-masing ke tempat kejadian. Sementara itu, Namjoon dan Soojung mula gelisah apabila pihak polis tiba ke hutan tersebut. Mereka bimbang lokasi markas rahsia mereka akan terbongkar dan mereka akan ditangkap. Mujurlah Namjoon sempat menutup keretanya dengan kain hitam. Pihak polis langsung tak perasan akan kereta hitam tersebut. "Polis buat apa dekat sini ha?! Takkan diorang dah tahu markas rahsia kita" Namjoon pula panik. "Akak rasa semua yang berlaku ada kena mengena dengan motor tu" kata Soojung sebaik sahaja ternampak motosikal milik Jungkook. "Motosikal ni! Namjoon tahu motosikal ni milik siapa" Namjoon terperanjat. Soojung hairan. "Petang tadi, Namjoon ternampak seorang budak lelaki a.k.a pemilik motor dan seorang budak perempuan, mungkin awek dia masuk ke kedai serbaneka 24 jam"

  "Diorang berdua betul-betul naik motor ni. Jadi tak salah lagi ni motor diorang" jelas Namjoon. "Tapi apa diorang buat dekat sini? Macam mana motor tu ada dekat sini?" tanya Soojung. Namjoon mengangkat bahu tanda tidak tahu. Pada masa yang sama, keluarga Kei dan Jimin pun tiba. Mereka bertanyakan perkembangan operasi SAR mereka. "Saya rasa mereka berdua telah masuk ke hutan ni kerana mengekori sesuatu. Detektif kami dapat kesan beberapa kesan tapak kasut sebelum kesan tu hilang" jelas pengawai polis yang bertugas. "Saya yakin mereka telah sesat dan tidak menemui jalan keluar tetapi tuan dan puan tak perlu bimbang, pihak kami akan cuba cari mereka secepat mungkin" tambah pengawai polis itu. Namjoon dan Soojung terkejut mendengarnya. "Boleh saya tahu serba sedikit maklumat berkaitan mangsa" tanya Detektif berkenaan. "Kim Yein, adik perempuan saya berusia 18 tahun, masih belum berkerja" jawab Kei. 

KeiMin: Save Me Hug Me [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now