Ten

169 21 1
                                    

    Namun pada masa yang sama, Legion menggunakan kesempatan yang ada dengan menetak Jungkook dan Yein serentak daripada belakang. Roh Jungkook dan Yein berjaya dicuri. Jimin dan Kei tergamam. Legion memetik jarinya sekali lagi. Keenam-enam mayat hidup tadi tiba-tiba pengsan. "Akhirnya! Misi aku dah berjaya! Sekarang tibalah giliran kau pula RapMonster" Legion menghampiri Namjoon. Mereka semua mula panik. "Untuk lahirkan Ogre, aku perlukan Gate untuk ke Underworldnya dan dalam kes ini, RapMonster adalah Gate dan aku perlu ke Underworldnya" jelas Legion. "Jangan haraplah!" Jimin menembak Legion tanpa henti. Namun tiada kesan. "Korang berdua jangan masuk campur" angin kuat menerjah Jimin dan Kei sehingga terpelanting. Mereka berdua menahan kesakitan. Namjoon tiba-tiba menjadi lumpuh. Dia tidak mampu bergerak. "Sekaranglah masanya" Legion menetak badan Namjoon sehingga satu portal terbuka daripada badannya. Legion terus masuk melalui portal itu.

  Jimin segera mendapatkan Namjoon. Kei pula memeriksa keadaan Yein dan Jungkook yang masih tidak sedarkan diri. "Walau apapun yang terjadi, kau kena kuat! Jangan biarkan kegelapan kuasai diri kau!" jerit Jimin. "Aku....aku....cuba.... arghhh!!!" teriak Namjoon. Badannya mula merekah bagai retak menanti belah. "Namjoon, cuba ingat balik kenangan manis awak bersama kakak awak. Bila awak kenang balik semua kenangan manis awak bersama dia, saya yakin awak mampu hilangkan kegelapan dalam diri awak" kata Kei dengan penuh lemah-lembut. Namjoon memejamkan matanya, mengenang kembali saat manis bersama kakak kesayangannya. Soojung. Semakin lama semakin tenang Namjoon dapat rasakan. Badannya tidak lagi merekah. "Walaupun akak dah takde suatu hari nanti, Namjoon tetap akan jadi adik lelaki yang terbaik yang akak pernah ada" Namjoon terkenang kembali kata-kata kakaknya. "Keluarlah Legion!!!" teriak Namjoon.

  Sebaik sahaja Namjoon menjerit, Legion terus keluar daripada badannya. "Apa yang berlaku?! Kenapa aku tak boleh hidupkan Ogre?!" Legion bingung. "Kegelapan dalam diri Namjoon adalah Ogre tetapi cahaya dalam hidup Namjoon adalah kakaknya sendiri. Cahaya akan selalu mengatasi kegelapan. Kau kena ingat tu" kata Jimin. Namjoon menghulurkan pistolnya kepada Kei. "Jimin, Kei, tembak sabit dia. Hapuskan dia buat selama-lamanya" arah Namjoon. "Baiklahhhh" "Ehhhh?!!" Jimin nampak teruja manakala Kei nampak kelam-kabut. "Jangan haraplah!" Legion ingin menyerang mereka kembali. Namjoon bertindak pantas dengan merempuh Legion ketika Legion ingin mengambil semula sabitnya yang terjatuh. "Sekarang!!!" jerit Namjoon. Jimin terus menembak sabit Legion bertubi-tubi. Namun dia seorang tidak mampu memusnahkan sabit itu. "Kei, awak tembak pemegangnya" arah Jimin. "Tapi...tapi saya tak reti guna pistol" Kei mula menggelabah. "Ok, kalau awak tak tembak sabit ni, saya cium awak" ugut Jimin. "Ehhh?!" Kei terkejut.

  Kei memberanikan diri menggunakan pistol itu dan menembak bahagian pemegang berkali-kali. Dia lakukan semua itu kerana tidak mahu dicium. Namjoon masih sedaya- upaya menghalang Legion. Selepas berkali-kali mencuba, usaha Jimin dan Kei membuahkan hasil. "Tidakkkk!!!!!" jerit Legion sebaik sahaja menyedari yang sabitnya sudah musnah. Badannya pula semakin lemah. Namjoon melepaskan Legion dan berkata "Jimin! Kei! Tembak matanya!". Jimin dan Kei terus menembak mata Legion tanpa teragak-agak. Dua das peluru sudah cukup untuk membunuh Legion. Legion mati ditempat kejadian dan bertukar menjadi manusia semula. Segala-galanya sudah berakhir, Jungkook, Yein dan lain-lain mula sedar. Kei sambil dibantu oleh Jungkook dan Yein menenangkan mangsa-mangsa yang diculik. 

KeiMin: Save Me Hug Me [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now