Namun, sebagai lelaki, dia harus berani mempertahankan seorang gadis yang mungkin dalam bahaya. "Awak ikut belakang saya. I'll protect you" arah Jimin. Kei menurut sahaja arahan Jimin. Sementara itu, "Akak, Tuan L mintak kita pulang ke markas kejap" maklum Namjoon. "Ok jom, nanti kita sambung cari" ujar Soojung. Mereka berdua pulang semula ke markas. Pada masa yang sama, Jungkook ternampak mereka berdua. Dia segera memanggil Yein. "Yein, tu kan dua penculik yang paling dikehendaki pihak polis?" tanya Jungkook. "Ha'ahlah!" Yein terkejut. "Apa kita nak buat sekarang?" tanya Yein pula. "Kita ikut diorang. Mana tahu diorang boleh bawak kita ke jalan keluar" cadang Jungkook. Yein mengangguk tanda setuju. Mereka terus mengekori adik-beradik penculik itu perlahan-lahan. Namjoon dan Soojung masuk ke dalam markas rahsia. Jungkook dan Yein hanya memerhatikan mereka disebalik semak-samun. "Kenapa Tuan panggil kami berdua?" tanya BabySoul.
"Aku tak tahu apa yang korang berdua buat tapi korang dah banyak buang masa dalam hutan ni. Bagitahu aku, korang berdua sedang cari apa?" tanya Tuan L pula. BabySoul dan RapMonster terkejut. BabySoul mendedahkan perkara sebenar kepada Tuan L. "Menarik. Tangkap budak-budak itu dengan segera. Rezeki di depan mata jangan lepaskan" arah Tuan L. "Baik Tuan!" kata RapMonster dan BabySoul serentak. Mereka berdua terus keluar dari markas rahsia a.k.a kabin buruk itu. "Diorang dah keluar. Jom kita siasat kabin buruk tu" kata Jungkook. "Tapi Jungkook, macam mana kalau diorang patah balik nanti?" Yein bimbang. "Jangan risau ah. Diorang dah blah jauh tu. Jom" gesa Jungkook. Mereka berdua berjalan ke kabin buruk itu dengan berhati-hati. Mereka mengintai dalaman kabin itu daripada luar. Mereka yakin kabin buruk itu dijadikan sebagai markas rahsia penculik-penculik itu. Namun, mereka tidak tahu dimana mangsa-mangsa culik disembunyikan.
Sedang mereka berdua asyik mengintai dalaman kabin buruk itu, mereka ternampak lelaki berpakaian serba putih sedang memerhatikan mereka. Matanya merah. Mereka berdua terkejut lalu terus melarikan diri. Kei dan Jimin masih berjalan dengan penuh hati-hati. Mereka sedar mereka sedang diekori seseorang atau sesuatu. "Mati..... mati.... mati......" suara itu muncul kembali. "Keluar walau siapa pun kau!" gertak Jimin. "Mati..... mati.... mati......" ayat itu diulang kembali. Pada masa yang sama, muncul seorang gadis berusia 30-an. Wajahnya agak hodoh kerana penuh dengan kudis dan kesan jahitan. Pakaiannya juga lusuh. Tangan kanannya memegang sebilah pisau. Jimin dan Kei yakin wanita itu adalah manusia biasa tetapi mereka berdua tetap perlu berhati-hati memandangkan wanita itu tidak nampak seperti wanita normal. "Dia kejar kita tak?" tanya Jungkook dalam keadaan tercungap-cungap. "Dia nampak kita tapi dia tak kejar kita" jawab Yein selamba. Mereka berdua lari lintang-pukang setelah lelaki berbaju serba putih itu ternampak mereka.
"Apa kita nak buat?" "Kita kena cari jalan keluar cepat dan bagitahu polis pasal benda nii" pantas Jungkook menjawab soalan Yein. Mereka mencari jalan keluar semula. Sementara itu, "Kei, awak menyorok belakang pokok tu. Biar saya uruskan dia ni" arah Jimin. "Tapi Jimin, dia akan serang awak. Ada pisau dekat tangan dia" Kei mula risau. "It's okay, sebagai lelaki, saya akan lindungi awak sehabis mungkin. Pergi menyorok cepat" arah Jimin sekali lagi. Kei terpaksa mendengar arahan Jimin. "Aku tak tahu kau siapa, aku tak tahu macam mana kau boleh sesat sampai sini, tapi aku takkan biarkan kau cederakan kitorang berdua!" jerit Jimin. Wanita itu tidak bercakap banyak, dia terus menyerang Jimin. "Lari Kei Lari!" jerit Jimin. Kei pula tidak mampu bergerak. Dia tidak sanggup meninggalkan Jimin. Jimin bergelut dengan wanita itu. Wanita itu cuba mencederakan Jimin tetapi Jimin sempat menghalangnya.

YOU ARE READING
KeiMin: Save Me Hug Me [Malay Fanfic]
Fanfiction"Bukalah kotak tu" pinta Jimin. Kei membuka kotak itu. Kei tergamam dan terkejut. "Gari??? Kenapa awak bagi saya gari?" tanya Kei. "Sebab inilah..." Jimin mengambil gari mainan itu dan mengari tangan kanannya bersama tangan kiri Kei. "From now on, y...