Namjoon memberikan telefon bimbitnya kepada Jimin. "Call polis. Bagitahu pihak polis yang kau dah jumpa mangsa-mangsa yang diculik" kata Namjoon. "Tapi kalau aku buat macam tu, kau pun akan ditangkap. Aku tahu kau yang culik diorang semua tapi bukan atas kerelaan hati" Jimin membantah. "Biarlah aku dipenjara bertahun-tahun daripada dihantui perasaan bersalah seumur hidup. Kalau kakak aku masih hidup, dia mesti akan lakukan perkara yang sama" jelas Namjoon. "Seperkara lagi, pihak polis takkan percaya kalau kau bagitahu kisah yang sebenar, jadi kau bagitahu diorang yang kami culik budak2 ni untuk pemerdagangan manusia. Itu je aku nak" tambah Namjoon. "Baiklah. Aku akan ikut cakap kau" Jimin terus menghubungi pihak polis. Diringkaskan cerita, Namjoon ditahan atas tuduhan menculik remaja untuk kegiatan pemerdagangan manusia. Segala-galanya kembali normal.
Hanya Jimin, Jungkook, Kei dan Yein mengetahui kisah sebenar disebalik kes penculikan yang berlaku. Hanya mereka juga termasuk Namjoon mengetahui identiti sebenar Tuan L. Namjoon pula tidak mendedahkan identiti sebenar Tuan L kepada pihak polis. Dia cuma memberitahu pihak polis yang Tuan L adalah bos mereka. Namjoon, bagi pihak kakaknya juga, berasa gembira kerana berjaya menembus kesalahannya terhadap keluarga mangsa-mangsa culik. Dia tidak kisah menanggung derita ini berseorangan kerana yang penting baginya, kakaknya, Soojung dapat bersemadi dengan aman. Seminggu kemudian, Jungkook dan Jimin menunggu Yein dan Kei di sebuah taman. Hari ini genap seminggu sejak peristiwa mereka sesat di dalam hutan itu. Hari ini juga Jimin akan melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Dia nampak cemas dan gementar. Adiknya, Jungkook cuba menenangkannya.
"Jungkook rasa apa yang abang ni buat betul ke?" tanya Jimin. "Relaks ah bang. Abang kan suka Kak Kei dan hari ini adalah harinya. Be a man bro" tegas Jungkook. "Cepatlah jalan akak" "Janganlah tolak Akak" kedengaran suara Yein dan Kei daripada jauh. Akhirnya mereka berempat bertemu. Jungkook dan Yein meninggalkan abang dan kakak masing-masing dan bersembunyi di satu sudut. Mereka berdua tersipu malu. "Emmm kenapa awak nak jumpa saya ni? Rindu ke?" usik Kei. "Ma....mana ada" Jimin menahan malu. Kei hanya tersenyum. Tiba-tiba, Jimin melutut di hadapan Kei. "Would you be mine?" Jimin melamar Kei untuk menjadi buah hatinya. Dia menghulurkan sebuah kotak kepada Kei. Kei tidak mampu berkata apa-apa. Dia berasa sangat malu dan terlalu seronok ketika itu. "Saya sudi" akhirnya Kei memberikan jawapan yang ditunggu-tunggu. Kei terus memeluk Jimin secara spontan kerana terlalu gembira. Jungkook dan Yein pula yang teruja.
"Bukalah kotak tu" pinta Jimin. Kei membuka kotak itu. Kei tergamam dan terkejut. "Gari??? Kenapa awak bagi saya gari?" tanya Kei. "Sebab inilah..." Jimin mengambil gari mainan itu dan mengari tangan kanannya bersama tangan kiri Kei. "From now on, you are mine" Jimin tersengih. "Ehhhhh?!!" Kei bertambah terkejut. "Diorang dah official. Kita bila lagi?" sakat Jungkook. "Jangan merepek ahh. Siapa nak jadi Girlfriend kau" Yein terus meninggalkan Jungkook. "Alaaaaaa" Jungkook mencebikkan mukanya. Mereka berdua menuju ke Jimin dan Kei untuk mengucapkan tahniah. "Tahniah wahai abangku Jimin dan kakak iparku Kei" usik Jungkook. Kei terus menumbuk bahu Jungkook. "Bolehlah Abang Jimin ajar Kak Kei menari lepas ni" Yein ketawa kecil. "Boleh je tapi dia kena bayarlah" gurau Jimin. Kei menumbuk bahu Jimin pula. "Bukak gari ini cepat" arah Kei. "Kejap eh.. Jungkook mana kunci gari ni?" tanya Jimin. "Kunci emmm tertinggal kat rumah" kata Jungkook lalu melarikan diri. "Apa!!!!" Jimin dan Kei terus mengejarnya. Yein hanya ketawa melihat gelagat mereka semua.
YOU ARE READING
KeiMin: Save Me Hug Me [Malay Fanfic]
Fanfiction"Bukalah kotak tu" pinta Jimin. Kei membuka kotak itu. Kei tergamam dan terkejut. "Gari??? Kenapa awak bagi saya gari?" tanya Kei. "Sebab inilah..." Jimin mengambil gari mainan itu dan mengari tangan kanannya bersama tangan kiri Kei. "From now on, y...