Dia menghalang pisau itu dengan tangan kanannya. Akibatnya, tapak tangan Jimin terluka dan berdarah teruk. "Jimin!!" Kei yang panik mencapai seketul batu yang besar dan membaling batu itu ke arah kepala wanita itu. Kepala wanita itu berdarah. Dia meronta-ronta menahan kesakitan dan kesempatan ini diambil oleh Kei untuk menyelamatkan Jimin. Dia mencapai tangan Jimin lalu terus lari dari situ. Mereka berhenti seketika setelah agak jauh meninggalkan orang gila itu. "Kenapa berhenti?" tanya Jimin yang masih menahan kesakitan. Darah tidak berhenti mengalir daripada tapak tangannya. "Saya kena rawat tangan awak dulu" jawab Kei pantas. Dia mengeluarkan sapu tangan miliknya lalu membalut luka di tangan Jimin. "Terima kasih Kei" lafaz Jimin setelah tangannya selesai dibalut. "Saya memang tak pandai rawat orang tapi saya tak sanggup tengok awak menahan kesakitan" ujar Kei. Pada masa yang sama, wanita itu kembali. Mereka berdua melarikan diri sekali lagi.
Malang tidak berbau apabila Kei pula yang tercedera. Kakinya terseliuh. Jimin tiada pilihan selain mengendong Kei dan terus berlari. Namjoon dan Soojung masih tidak putus asa mencari Jungkook dan Yein, iaitu dua mangsa mereka yang terakhir. Tiba-tiba, "Akak, tengok tu" Namjoon memanggil kakaknya. Soojung terkejut. Namjoon ternampak Jungkook dan Yein sedang bermundar-mandir di satu tempat. Mereka berdua yakin itulah remaja-remaja yang mereka cari. "Ikut Akak" kata Soojung. Mereka pula mengekori Jungkook dan Yein kali ini. Mereka semakin menghampiri mangsa culik mereka yang seterusnya. Namun, segala-galanya gagal apabila mereka terpijak ranting kayu. Jungkook dan Yein ternampak mereka berdua. Mereka terus melarikan diri kerana bimbang diapa-apakan. "Jangan lari!" jerit Namjoon. Namjoon dan Soojung pula terus mengejar mereka. Berlaku babak kejar-mengejar melibatkan Namjoon dan Soojung serta Jungkook dan Yein.
Wanita itu masih mengejar Kei dan Jimin bagai nak gila walaupun kepalanya berdarah teruk. Jimin pula semakin kehabisan tenaga kerana dia mengendong Kei yang agak berat. Tambahan pula, tangannya masih sakit walaupun sudah dibalut. Walau bagaimanapun, Jimin tetap mengagahkan dirinya untuk menyelamatkan gadis yang dicintainya. Sebenarnya Jimin mula jatuh cinta pada Kei sejak kali pertama mereka bertemu. Kei juga begitu. Jungkook dan Yein masih lari sekuat hati dan tiba-tiba mereka terlanggar seseorang. Mereka berempat terjatuh serentak. "Abang!" "Akak!" kata Jungkook dan Yein serentak. "Jungkook!" "Yein!" Jimin dan Kei teruja bertemu semula dengan adik masing-masing. Mereka saling berpelukan. Selang beberapa minit kemudian, Namjoon dan Soojung serta wanita gila itu pun tiba. Mereka dikepung. "Diorang berdua ni penculik!" "Ha'ah, kitorang terjumpa markas rahsia diorang tadi" kata Jungkook dan Yein. Kei dan Jimin terkejut. "Korang berdua dah terperangkap sekarang" Namjoon tersenyum sinis.
Wanita gila itu tiba-tiba menjerit setelah melihat wajah Soojung dan Yein. Kemarahannya semakin meluap-luap. Dia mula menyerang secara rambang. Jimin, Jungkook dan Namjoon bekerjsama melindungi orang yang mereka sayang. Kei dan Yein berkumpul di satu tempat kerana ketakutan. Soojung yang berani mengeluarkan pistol dan bersiap-sedia untuk menembak wanita gila itu. "Jangan tembak! Bahaya!" jerit Yein dari jauh. Dia bimbang tembakan Soojung akan terkena Jungkook mahupun Jimin. Kekuatan Jimin, Jungkook dan Namjoon masih belum kuat untuk mengalahkan wanita itu. Dia mula bertindak ganas. Dia menolak Jimin, Jungkook dan Namjoon dengan mudah. Wanita itu berjalan ke arah Soojung. "Akak!" jerit Namjoon. "Akak?" Jimin dan Jungkook terkejut. Soojung masih teragak-agak untuk menembak wanita gila itu. Tuan L memang memberikan mereka berdua pistol tetapi mereka tidak pernah menggunakannya. Wanita gila itu berlari ke arah Soojung dan terus menikam perut Soojung bertubi-tubi.
YOU ARE READING
KeiMin: Save Me Hug Me [Malay Fanfic]
Hayran Kurgu"Bukalah kotak tu" pinta Jimin. Kei membuka kotak itu. Kei tergamam dan terkejut. "Gari??? Kenapa awak bagi saya gari?" tanya Kei. "Sebab inilah..." Jimin mengambil gari mainan itu dan mengari tangan kanannya bersama tangan kiri Kei. "From now on, y...