•3•

1.3K 126 5
                                    

Keesokkan paginya.

Omma Taehyung dan Arie ke butik yang dikatakan semalam.

"wahh,besar gila mall ni...memang kerabat orang orang kaya je dapat jejak kaki kat sini...habis aku ni?" bisik hati kecil Arie.

Mereka berdua masuk ke dalam butik dan disambut oleh perempuan semalam.Sujeong.

"Selamat pagi puan,puan datang ni nak bincang tentang baju yang saya cadangkan semalam ye?" kata Sujeong dengan lemah lembut.

"Ye,ni Arie...bakal isteri Taehyung" omma Taehyung memperkenalkan Arie.

Arie dan Sujeong berjabat tangan dan saling bertukar senyuman.

"Hai,saya Sujeong,sorry lah semalam tak sempat berkenalan,saya betul betul kena cepat semalam" kata Sujeong.

"Takpe" senyuman masih terukir di wajah Arie.

"Erm..Jom kita ke dalam?" Sujeong menjemput.

Arie dan omma Taehyung mengikut dari belakang.

"Tolong ambilkan baju yang saya dah asingkan semalam?" Sujeong mengarah pekerjanya.

Belum sempat pun Arie mencuba baju...

"alahh...perut ni pun...masa ni jugak nak buat hal " Arie menepuk nepuk perutnya dengan wajahnya berkerut kerut

Omma Taehyung memandang Arie pelik.

"kenapa ni?" omma Taehyung bertanya.

"omma,Arie sakit perut,tanďas kat mana ye?" Arie masih menekan perutnya.menahan sakit.

"Sujeong,tandas kat mana?Arie sakit perut,tolong tunjukkan dekat mana tandas" pinta omma Taehyung.

"erm puan,saya minta maaf,tandas kat dalam butik ni ada masalah pam,Arie kena pergi tandas dekat tingkat dua,sebelah kedai makanan jepun" kata Sujeong sambil menunduk banyak kali.

Pekerja yang Sujeong arahkan tadi kembali dengan baju yang Sujeong minta diambil.

"omma,omma pilihkan lah baju untuk Arie,Arie nak pergi tandas kejap" kata Arie.

"tak nak omma teman?"

Belum sempat Arie menjawab soalan omma Taehyung,dia dengan pantas pecut keluar dari butik itu.

Dah tak tahan sangat agaknya.

Selesai dia melepaskan hajatnya,barulah lega.Hurm,bukan terus nak balik butik,sempat lagi Arie merayau rayau sekitar tempat beli belah itu.

Dan,dia terjumpa kedai pakaian lelaki,kemeja yang cantik digantung di luar kedai itu membuatkan Arie lebih tertarik untuk masuk dan melihat apa lagi yang ada di dalam kedai itu.

Dia melihat baju baju di dalam kedai itu.

"kan bagus kalau aku dapat hadiahkan Taehyung baju mahal mahal..." Arie mengomel.

Dan sewaktu dia menyelak baju yang digantung,matanya tertumpu kepada sesuatu yang tidak sepatutnya dia lihat.

"wahh,lelaki nih...selamba je bukak baju kat sini tunjuk abs,fitting room ada kenapa tak guna...HAHAH,tak pe janji hot.ouh ya!apa kata aku rakam" Arie mengomel dan dia mengeluarkan handphonenya merakam namja yang sedang tidak berbaju itu.

wah,sebernanya Arie ni dalam diam nakal juga.Biasalah perempuan mana tak suka tengok lelaki hot?

Selesai merakam,Terkekek kekek Arie ketawa melihat video yang baru dirakamnya.

_____

Jimin masuk ke dalam kedai,ingin mencari baju baharu.
Selesai memilih baju yang dia berkenan,dia ingin mencuba tetapi....

"tak payah try dekat fitting room pun tak pe kan?arghh,tak kisahlah,buang masa aku je masuk fitting room" Jimin mengomel.

Dia menanggalkan bajunya.Sewaktu dia hendak menyarungkan baju,terdengar suara perempuan ketawa.Entah dari mana.

Dia segera kembali memakai baju dan mencari gerangan itu.

Dan akhirnya,jumpa!dia mendekati perempuan itu dari belakang secara perlahan lahan dan semakin dekat,semakin jelas,naik angin dibuatnya apabila melihat rupa rupanya perempuan itu ketawa kerana melihat videonya sedang tidak memakai baju.

Jimin merentap handphone perempuan itu atau lebih dikenali.Arie.

"woii!" Arie memusing dan....kecut perut dibuatnya melihat lelaki itu betul betul dihadapannya sekarang.

"Matilah aku" jerit hati kecil Arie.

"hei perempuan,berani ehh kau,rakam orang tengah tak pakai baju?Kau tahu tak kau tengah berhadapan dengan siapa?Haishh!aku tak percaya betul lah,perempuan macam kau ni pun wujud dalam dunia ni" Jimin menengking Arie tanpa belas kasihan.

"mianhae"Arie hanya tertunduk malu.

Jimin memandang Arie atas bawah dan dia tersenyum nakal.

Arie yang sedar dirinya sedang diperhatikan sebegitu.

"kenapa pandang saya macam tu?"

"Aku akan maafkan kau kalau kau bagi aku....." Jimin memandang Arie atas bawah sekali lagi dan dia menggigit sedikit bibir bawahnya.

Arie faham dengan apa yang Jimin maksudkan.Dia menolak dada Jimin dengan perlahan,aksi seperti hendak menggoda.Dan dia merapatkan wajahnya dengan Jimin.

"My body?" Arie bertanya dan dia mengusap wajah Jimin dengan manja.

"yeah,ofc" balas Jimin.

"senang gila pancing perempuan ni?rezeki datang dari langit" kata hati Jimin.

"Jangan mimpi!Namja tak guna!Byuntae !" Arie dengan tiba tiba menampar Jimin dengan kuat dan dirampas handphonenya yang sudah lama di tangan Jimin,dengan pantas dia melarikan diri.

"aisshhhh!tak guna!ni bukan rezeki,ni api datang dari langit!kau salah perempuan,kau dah salah cari pasal dengan orang yang bernama Park Jimin" omel Jimin sambil kakinya sibuk menendang dinding.Geram sangat agaknya.

_____

"tak guna punya namja!ingat semua perempuan dalam dunia ni murah ke?aku tak murah macam yang dia fikirkan,erghh!padan muka" masih terasa panas dihati Arie dengan Jimin.

Mana taknya,kenal pun tidak,tiba tiba Jimin berbuat begitu,memang marah lah dia.

"ouh ya! video tadi" Arie membuka gallery di handphonenya,mencari video yang dirakamnya tadi.

"fuhh,nasib baik dia tak sempat delete" bebelan Arie tidak henti sehinggalah dia masuk kembali ke dalam butik.

omma Taehyung sedar akan kepulangan Arie terus bertanya.

"Arie pergi mana?lama tau orang tunggu "

"mianhae sebab buat omma tunggu lama,tadi lepas keluar tandas,Arie jalan jalan sekejap" balas Arie ringkas.

Tidak mahulah dia ceritakan tentang kejadian tadi,malulah kalau omma Taehyung dapat tahu.

"Arie betul betul minta maaf " timbul sedikit rasa bersalah kerana sudah membuat orang menunggunya.

"Ye lah,lain kali jangan buat lagi ye?dah,cepat,cuba baju " kata omma Taehyung dan sempat dia mencubit manja pipi kiri milik Arie.

_____
TBC

"manusia macam kau memang kerja akan hancurkan hidup orang je"

Vote?

[C]Tears + S2 •Pjm• ✔Where stories live. Discover now