•16•

998 82 0
                                    


Jimin melangkah masuk ke dalam bilik Arie.

Dia menyapa Arie yang sedang asyik menikmati pandangan di luar.

"Arie..."

Arie menoleh memandang Jimin.

"Dalam 2 hari ni saya mungkin tak balik rumah,awak boleh duduk rumah sorang sorang?" Kata Jimin.

"Boleh" Arie mengangguk.

"Tapi saya risau,apa kata awak duduk rumah Hanbin?dia boleh jaga awak" kata Jimin.

Seolah terhenti degupan jantung Arie apabila mendengar cadangan Jimin.

"Hanbin?kenapa pula?saya boleh jaga diri saya sendiri"

"Tapi saya risau,kalau ada apa apa jadi macam mana?,dua hari je... tak lama"

"Awak nak pergi mana ?"

"Saya ada kerja yang perlu diselesaikan" jawab Jimin.

"Saya tak nak duduk dengan dia"

"Kenapa?awak takut?jangan risau,saya janji,dia tak akan apa apakan awak"

"Macam mana awak boleh janji dengan benda yang awak tahu akan terjadi juga nanti" kata Arie.

Jimin terdiam.

Selepas lima saat , dia bersuara .

"Saya janji , kali ni saya pasti ! Dia tak akan apa apakan awak " Jimin membelai lembut rambut Arie.

"Saya tak nak !" Arie menepis tangan Jimin.

"Arie..."

"Saya tak nak !"

Jimin cuba bersabar,tetapi tindakan Arie yang tidak mahu mendengar kata dan degil membuatkan dia naik angin.

"Saya tak kira ! Awak kena tinggal dengan hanbin ! Itu keputusan saya ! Kemas baju baju awak ,esok hanbin dtang ambik " Jimin keluar dari bilik itu sambil menghempas pintu dengan kuat.

Arie mengeluh panjang,rasa nak mencarut pun ada.Macam mana dia boleh biarkan Arie tinggal dengan lelaki macam tu . sejenis macam dia

Nak bantah keputusan Jimin?tidak pernah Arie fikirkan.kerana dia tahu,keputusan Jimin adalah tetap.

Dia hanya berserah dengan hari hari yang dia akan lalui bersama hanbin.Dua hari akan terasa seperti dua tahun.

----

Hanbin tiba,wajah Jimin pula seperti kesal dengan keputusannya. Namun,dia terpaksa demi untuk membanggakan appanya.

Jimin memanggil Arie untuk keluar.selepas beberapa saat,Arie keluar sambil menggalas beg di belakangnya.

"Kau...kau..dah boleh bawa dia pergi" kata Jimin kepada Hanbin tanpa memandang Arie.

Hanbin menarik tangan Arie.

"Jimin..." Arie memanggil tetapi tidak diendahkan.

[C]Tears + S2 •Pjm• ✔Where stories live. Discover now