•11•

1K 94 3
                                    

------

Tiba di hospital,Hanbin cuba kuatkan diri untuk menghadap keluarganya yang bertahun dia tinggalkan.

Dia sendiri tidak tahu sama ada dia bersedia atau tidak,peristiwa yang lepas masih segar dalam ingatannya.

Setiap kali dia menatap wajah bapanya,pasti wajah Yumi juga akan muncul dalam fikirannya.

Dia menolak pintu wad itu dan kelihatan ommanya sedang tidur di sisi appanya.

Perlahan lahan dia mendekati,dia menyentuh lembut tangan ommanya itu.Tangan yang membesarkan dia dari kecil hingga besar.

Air matanya mula bertakung,appanya yang bersalah tetapi omma dan Taehyung pula terkena tempias.

Ommanya membuka mata,adakah ini mimpi?dia betul betul tidak percaya yang anak sulungnya itu kini berada di depan matanya.

Tuhan sahaja tahu bagaimana rasa gembiranya pada saat itu.Terus dia memeluk anaknya itu dengan erat.

"lama hanbin tak balik,hanbin tak rindu omma ke?" kata ommanya.

"Rinduu...."

"Hanbin jangan tinggalkan omma lagi?"

Hanbin mencium lembut dahi ommanya.

Pintu wad ditolak,omma dan hanbin memandang ke arah pintu dan hanbin memandang Taehyung tanpa berkelip,tak sangka,adiknya sudah begitu dewasa.

------

Mereka berdua ke rooftop,supaya mendapat sedikit privacy untuk berbual.

"Hai,lama tak jumpa...adik"
senyuman sinis menghiasi wajahnya.

"Lama hyung tak balik,hyung memang dah tak nak bersatu dengan keluarga ni balik ke?" kata Taehyung.

Hanbin memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya dan merenung kosong ke arah langit.

"Bukan tak nak,hyung cuma tak bersedia" balas Hanbin.

"Hyung,tolonglah,appa sakit,takkan hyung masih nak berdendam?lupakan lah hal yang lepas" kata Taehyung.

"Tae tahu tak yang Yumi mati dalam keadaan teraniaya!dan hyung masih rasa bersalah dekat dia!hidup hyung tak tenang!Hyung tak dpt lindungi dia,itu perkara yang paling hyung kesal" kata Hanbin.

"Tapi,appa dah tak macam dulu!Tae faham perasaan hyung"

"Tae jangan nak berlagak yang Tae faham!Tae tak faham!"

"Tae pun dah rasa apa yang hyung rasa,meninggalkan sesuatu untuk kebaikan adalah yang terbaik,kalau Tae boleh tinggalkan yeochin Tae demi appa,kenapa hyung tak boleh tinggalkan semua kenangan tu demi keluarga kita?tolonglah hyung..." Taehyung meñyentuh lembut bahu hyung nya itu.

"See?Tae tak nampak lagi ke?Tae kata tadi Tae tinggalkan yeochin Tae sebab appa!kenapa Tae bodoh sangat pergi buat macam tu?Tae nampak tak yang appa tengah cuba musnahkan hidup Tae?"

"Tak!appa tak macam tu!hyung cuba lah buka fikiran hyung tu!mungkin Tae dah kehilangan dia tapi Tae masih ada omma,appa dan hyung,hyung tak sedar lagi ke yang tuhan tengah cuba satukan balik keluarga kita?hyung cuba lah terima perlahan lahan,Tae tahu hyung boleh,kalau lah Yumi noona ada lagi,mesti dia tak suka tengok hyung macam ni,berubahlah,demi kebahagiaan keluarga kita"

[C]Tears + S2 •Pjm• ✔Where stories live. Discover now