•13•

1K 95 11
                                    





1 bulan kemudian,

Malam itu,Jimin pulang ke rumah dalam keadaan yang mabuk.

Arie mengangkatnya masuk ke dalam bilik.Dia membaringkan Jimin ke atas katil,selesai sudah,baru sahaja dia hendak keluar dari bilik itu,Jimin merentap tangannya.

"Tak cukup ke dengan apa yang aku buat?semua yang aku buat semua tak kena!aku dah ikut cakap dia,tapi dia buat aku macam anjing!aku anak dia!aku bukan anjing!" kata Jimin sambil menangis bercampur dengan ketawa.

"Kau...kau mabuk ni,kau tidur dulu okay "

"Tak nak!aku....aku anak dia!aku bukan anjing!"

"Ye" Arie mengambil selimut dan menyelimutkan Jimin.


Belum sempat pun Arie mengangkat satu langkah,Jimin bersuara lagi

"Tidur dengan aku malam ni" kata Jimin sambil matanya masih tertutup.

"Haa?" Arie mengangkat kedua belah keningnya.

"Teman aku tidur,aku janji aku tak akan apa apakan kau "

Boleh percaya ke?Dia ni mabuk ke tak?atau dia sengaja buat buat mabuk?

"Dalam kiraan tiga kau tak ada sebelah aku,aku -- "

Arie masih tercegang.

"1"

"2"

"Ti....."

"Okey!okey!" Dengan segera Arie ke atas katil dan baring di sebelah Jimin.

Dia baring secara mengiring menghadap Jimin.

Dia melambaikan2 tangannya pada muka Jimin.Untuk memastikan Jimin sudah betul betul terlena.

"Dah tidur?" Kata Arie dengan nada suara seperti berbisik.

Tiba tiba Jimin merapatkan tubuhnya dengan Arie dan dipeluknya perempuan itu.

Jarak wajah mereka sangat rapat.Arie terkedu seketika.Jantungnya juga tidak henti berdegup dengan laju.

Rasa takut atau sebaliknya?


----

Pagi menjelang tiba,Arie bangun lebih awal,sempat dia memandang wajah Jimin yang masih terlena sebelum keluar dari bilik untuk menyediakan sarapan.

Selepas beberapa minit,giliran Jimin pula sedar dari lena.Dia meraba raba tempat di sebelahnya.

"Mana dia?" Kata Jimin sambil meramas rambutnya kebelakang.

Dia bangun dan cuba mencari Arie di dapur,seperti yang dijangkanya,Arie memang ada di dapur,sedang menyediakan sarapan.

"Awalnya bangun" tegur Jimin.

[C]Tears + S2 •Pjm• ✔Where stories live. Discover now