•7•

1K 111 2
                                    

"Tuan Choi akan 'lelongkan' project bangunan 15 juta,appa nak Jimin dapatkan project tu,jangan sampai lepas dekat tangan orang lain "

"Hal kecil je,Jimin boleh uruskan"

"Bagus" diramasnya rambut anak kesayangan nya itu.

-----

Arie tidak mampu berhenti berfikir sepanjang dalam perjalanan ke lapangan terbang.Hatinya mula gusar,mula memikirkan yang bukan bukan.Ya,fikiranya negative,tetapi mungkin fikiran nya yang 'negative' itu juga kan menjadi kenyataan.

Incheon Airport,

"Tae,Tae pasti Tae tak nak jumpa Arie sebelum kita pergi?Tae tak menyesal ke nanti?" katanya kepada anaknya yang kelihatan muram sahaja sepanjang hari.

"Buat apa?Tae takut,Tae takut kalau Tae jumpa dia,Tae tak dapat tinggalkan dia,biarlah dia,semalam masa Tae cakap dengan dia,dia pun macam tak kisah je bila Tae nak tinggalkan dia,dia sibuk pertahankan keputusan dia untuk jaga,tinggal dekat rumah dia tu " balas Taehyung tanpa memandang ommanya,sengaja Taehyung tekankan perkataan 'rumah'.

"Jungkook?"

"kejap lagi dia sampai" balas Taehyung ringkas.

Selepas beberapa minit,Jungkook muncul.

Pada mulanya,senyuman sudah pun terukir di wajah Taehyung semasa melihat sahabat baiknya itu tiba,tetapi selepas dia melihat Arie juga ada.Reaksi wajahnya mula berubah.

Jungkook memeluk Taehyung dan sempat dia berjabat tangan dengan omma Taehyung.

Arie menghampirinya dengan perlahan.

Taehyung berpaling,tidak mahu dia memandang wajah Arie.Bukan apa,dia tidak sanggup.

Omma Taehyung dan Jungkook beredar seketika,memberi mereka berdua ruang.

Arie menyentuh bahu Taehyung.

"Awak betul nak tinggalkan saya?" suaranya sayu.

Taehyung masih enggan menghadap Arie.

"Awak yang pilih,awak tak nak ikut saya,jadi,bukan saya yang tinggalkan awak,awak yang tinggalkan saya" balas Taehyung.

"Taehyung,awak akan balik kan?awak akan balik untuk dapatkan saya balik kan?saya janji,saya akan tunggu awak" kata Arie.

"Tak,saya takkan balik sini,awak tak payah tunggu saya,jangan buang masa awak"

"Sanggup awak--"

"Mianhae,tapi keluarga saya lagi penting" balas Taehyung.

"macam tu jugalah saya,saya kena jaga amanah yang omma appa saya bagi,saya tak boleh abaikan,saya---"

"Arie,dah!saya dah muak dengan alasan awak,sekarang awak dah buat keputusan untuk tinggalkan saya,Jadi pergi!" mata Taehyung mula berkaca.

"Taehyung.."

"Stop calling my name!Just go!"

"Takkan awak benci sangat sampai sikit pun awak tak nak pandang saya?" Arie tidak dapat lagi menahan air matanya.

[C]Tears + S2 •Pjm• ✔Where stories live. Discover now