Buat Hal Lagi!

5.6K 140 7
                                    

  "Beb, what about the plan? Menjadi ke tak?" Nad terkedek-kedek berlari cuba berjalan bersebelahan dengan Fhir bagi mengetahui perkembangan  rancangan mereka kelmarin.

  "Tak. Time aku nak mintak nombor time tu jugak dia sakit perut." Fhir jadi kecewa apabila teringatkan peristiwa yang sama berulang. Bagaikan pemain cakera padat, asyik berputar berkali-kali di kotak ingatannya.

  "What?! Ish! Beb, takkan kau tak faham? Dia nak elak bagi nombor kat kaulah agaknya." Hampir tersembul kedua biji mata Fhir mendengar kenyataan Aira. Terkejut beruk sungguh!

  "Really? How dare him! Sebelum ni tak pernah mana-mana lelaki pun yang berani tolak apa yang aku tawarkan. Aku cuma mintak nombor... maybe you right, Aira. Dia nak mengelak."

  "Aku rasa dengan lelaki macam itu kau kena kasi ajar sikit, beb! Main kasar, jangan bagi muka!" Nad memberi pendapat peribadi. Dia tahu betapa popularnya Fhir di sekolah. Barisan lelaki beratur menunggu peluang bercinta. Tetapi Adam.. That guy is so weird!

  "Susah, beb! Part dia senyum tu memang cair habis! Aku berani gerenti kau orang pun sama." Fhir teringat bagaimana dia boleh sukakan lelaki itu hanya kerana rupa parasnya. Dia hanya menilai Adam luaran saja. Senyuman yang berjaya membakar hati!

  "Cuba dapatkan nombor dia. Guna apa cari sekalipun... jangan sekali-kali angkat bendera putih!"

  Fhir tersenyum penuh misteri tahap nusantara! Dia kink tidak perlu risau lagi kerana otak sudah merangka plan yang baru. Tiada apa yang mampu menghalang Fhir!

  Fhir, Aira dan Nad berjalan sambil ketawa berdekah-dekah. Entah gosip apa yang menjadi isu... itu bukan satu urusan.

*************************************

  "...Alhamdulillah, mak! Sara sihat je kat sini. Mak apa khabar? Kaki adik sudah okey?"

  "Sihat.. alhamdulillah! Kaki adik kamu ni macam biasalah.. belum ada berita baik lagi. Tapi nanti dia akan buat terapi. Tengok macam mana."

  "Mak jangan risau... kita doa yang terbaik saja biar kaki adik cepat baik."

  "Yalah. Haa ni, Semalam Faan ada datang rumah hantar lepat pisang yang mak dia buat.  Dia kirim salam kat kamu. Katanya, jaga diri elok-elok."

  "Faan? Dia dah balik Malaysia? Bila?Kenapa Sara tak tahu?" 

  "Mak lupa nak beritahu. Orang tua kan cepat lupa.."

  "Kalau macam tu, kirim salam semula dengan dia ya, mak? Okeylah, Sara pun ada banyak kerja lagi nak buat. Nanti ada masa terluang Sara telefon balik. Assalamualaikum.."

  "Jaga diri, nak... waalaikumussalam."

  Sara meletakkan gagang telefon di tempat asalnya. Dia menghembus nafas lega. Tapi cuma untuk seketika. Dia masih tidak percaya Faan sudah menjejakkan kaki ke Malaysia. Rasa seperti dia baru ke Kanada beberapa minggu yang lalu.

  Ingatan Sara masih kuat, dia ingat lagi  betapa marahnya dia kepada Faan kerana mahu sambung belajar di luar negara. Padahal itu untuk kebaikannya juga. Sara sendiri tidak pasti mengapa dia begitu. Mungkin itu dirinya zaman 'kanak-kanak ribena'.

Oh, Gadis Terakhir! (Completed)Where stories live. Discover now