Kawan Sempurna

4.4K 130 11
                                    

  "Dah bersiap?" Tuan Idris mengetuk pintu bilik Sara berkali-kali. Sudah lebih 20 minit Sara bersiap. Siapkan barang atau diri entah apa yang lama sangat.

  Di dalam bilik, Sara sememangnya sudah lama bersiap. Dia memandang ke arah kotak yang diberikan Adam tempoh hari. Rasa berbelah-bahagi mahu membukanya atau tidak.

  Sara membukanya. Alangkah terujanya Sara kerana ada patung beruang yang begitu comel dan kecil hingga boleh dimuatkan dalam kotak yang begini kecil. Sara memeluk patung itu. Tetapi... mana Adam tahu Sara gemar mengumpul koleksi anak patung? Eh pelik betul dia ni!

  Ah, biarlah! Yang penting... dia gembira lagi hari ini! Hooray!

  "Dah siap." Sara akhirnya membuka pintu bilik setelah sekian lama. Sara nampak begitu cantik mengenakan jubah labuh berona merah jambu. Tudung shawl yang dipakai memang mengikut arus trend terkini. Sungguh ayu!

  "Tuan tak pergi pejabat?" Sara membetulkan muncung tudungnya yang tidak mahu memberi kerjamasa dari tadi. Dibelek-belek pula kerongsang yang tersemat kemas di kiri dan kanan bahu. Perfect!

  "Jom... saya hantarkan awak balik ke Perak." Tuan Idris mencapai kunci di atas meja lalu menghidupkan enjin kereta.

  "Kenapa tuan hantar saya? Sebelum ni saya kan balik baik bas?" Sara rasa segan pula dipelawa majikan hantar ke kampung halamannya.

  "Saya ambil cuti hari ni. Ingat lepas hantar awak... saya nak luangkan masa dengan Fhir." Tuan Idris tersenyum seorang diri.

  Sara kini mengerti niat majikannya. "Baiklah, mari kita gerak." Tuan Idris membantu Sara mengangkat barangnya masuk ke dalam bagasi kereta. 2 beg saja. Bukannya Sara mahu duduk sana bertahun-tahun.

  Kereta Tuan Idris mula meluncur laju membelah perut jalan. Awal pagi begini kurang sedikit bilangan kereta di  atas jalan. Jadi, risiko untuk berdepan dengan kesesakan lalu lintas masih boleh dielakkan.

  "Eh, tuan nak bawa saya ke mana pula? Bukan tadi kita nak ke Perak?" Sara jadi bingung apabila melihat Tuan Idris mengubah haluan jalan ke Perak. Padahal, tidak sampai 10 minit Sara berada di dalam perut kereta.

  "Saya nak singgah ke rumah Datuk Khalid sekejap. Ada urusan penting yang kami perlu bincangkan. Jangan risau, tak lama.." Tuan Idris memarkir kereta mewahnya di depan pagar milik Tuan Khalid. Sara memerhati di sekelilingnya.

  "Sara, saya rasa baik awak turun sekali. Kawasan sini agak suram. Saya takut pula apa-apa kemungkinan akan berlaku." Tuan Idris dan Sara berjalan menuju ke rumah Tuan Khalid. Punat loceng ditekan berkali-kali. Akhirnya, seorang wanita Indonesia membuka pintu pagar dan menyuruh mereka masuk.

  "Tuan Khalid ada?" Ramah Tuan Idris bertanya. Orang gaji itu naik ke tingkat atas kerana diberitahu majikannya sedang membuat kerja di pejabat.

  Sebaik ternampak kelibat Khalid menuruni anak tangga, tangan dijabat erat. Senyuman terukir di wajah.

  "Ni bukan orang gaji kau ke?" Khalid bertanya. Tuan Idris mengangguk.

  "Aku nak hantar dia balik ke Perak. Ni, Sara. Saya nak bincang dengan Datuk Khalid sekejap. Tunggu." Sara terangguk-angguk kepalanya seperti burung belatuk.

  Sara melihat di sekelilingnya. Wah, memang boleh termasuk dalam kelas A rumah Datuk Khalid ni! Rumah yang bertemakan unsur moden memang menambat hati. Pandangan Sara tertancap pada sebuah foto keluarga Datuk Khalid.

Oh, Gadis Terakhir! (Completed)Where stories live. Discover now