Hero Kampung

4.5K 114 13
                                    

  "Assalamualaikum..." Sara mengetuk pintu rumahnya yang usang berkali-kali berserta sahutan memanggil orang di dalam.

  "Waalaikumussalam... sekejap!" Terkocoh-kocoh seorang wanita tua datang membuka pintu. Bergegar seketika lantai yang beralaskan kayu itu.

  "Sara anak mak!" Sara cepat-cepat memeluk ibunya tercinta. Melepaskan rindu yang bersarang dalam jiwa untuk sekian lama.

  "Sara rindu mak..." Hampir saja Sara menitiskan air mata kerana terlampau rindu mahu melihat wajah ibunya yang menjadi tatapan selama ini.

  "Dah! Jom masuk. Kita sembang di dalam... malu pula kalau jiran tengok." Nek Mah lekas mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya. Sara menanggal kasut dan masuk ke dalam rumah.

  Keadaan rumahnya tidak ubah seperti dahulu. Susanan perabot tidak berubah dan sikit pun tidak terusik. Cuma kelihatan sedikit usang apabila dipandang dari luar. Namun di dalamnya sarat dengan kebahagiaan sesebuah kekelurgaan.

  "Macam mana kerja kat sana? Okey?" Sara dan Nek Mah duduk di ruang tamu sambil berbual mesra.

  "Okey je mak. Tuan Idris layan Sara macam anak dia sendiri." Sara anat bertuah kerana mempunyai majikan yang baik dan menganggap Sara sebagai ahli keluarganya sendiri.

  "Apa nama anak dia tu? Fh...if... eh?" Nek Mah jadi keliru dengan nama anak Tuan Idris. Dia pernah datang ke sini dahulu kerana mengikut ayahnya. Tetapi Fhir hanya duduk di dalam kereta saja.

  "Fhir, mak..." Sara tersenyum kelat.

  "Oh Fhir! Susah betul nak sebut namanya..."

  "Mak, mana adik?" Mata Sara melilau di sekeliling mencari kelibat adiknya di setiap pelosok rumah.  

  "Adik ada buat kerja sekolah dalam bilikPergilah tengok dia. Sejak kebelakangan ni dia asyik sebut nama kamu je. Rindu agaknya."

Sara mengangguk. Kakinya dilengah menuju ke bilik adiknya yang bersebelahan dengan dapur.

"Assalamualaikum... adik... adik. Kak Sara ni. Kak Sara dah balik rumah! Adik tak nak jumpa Kak Sara?" Ketukan di pintu bilik kedengaran bertalu-talu tanpa henti.

Pintu bilik terkuat sedikit. Wajah adiknya tersembul keluar. Riak wajah menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Kak Sara kata Kak Sara balik minggu lepas. Tapi Kak Sara tipu adik!" Si anak kecil itu merengek manja apabila dia mendapati kakaknya menipu.

"Kan Sara kan kerja sebagai orang gaji. Kena ikut kata majikan. Kalau dia bagi Kak Sara balik, Kak Sara boleh balik. Kalau tak bagi?" Sara sengaja menduga.

"Adik tahulah! Tapi..."

Sara segera memeluk erat adik kesayangannya. Adik yang satu-satunya ada di sisinya sehingga kini.

  "Kak Sara minta maaf... nanti Kak Sara takkan tipu adik lagi." Dengan linangan air mata Sara yang mula membasahi pipi, dia berikrar. Tidak mahu adiknya bertanya macam-macam lagi.

  "Adik dah makan? Jom teman Kak Sara! Kak Sara belum makan lagi..." Sara menarik tangan adiknya keluar dari bilik dan duduk di atas kayu beralaskan tikar mengkuang.

  "Mak masak apa hari ni?" Sara cepat-cepat bertanya. Perutnya sudah lama mendendangkan lagu pop balada kerana terlalu lapar.

  "Udang masak lemak dan tempe goreng. Mak tak larat nak masak banyak-banyak." Nek Mah turut duduk bersila bersama anak-anaknya. 

  Sara menyenduk nasi dan meletakkan di dalam setiap pinggan. Selesai membaca doa makan, masing-masing menjamu selera dengan penuh berselera. Sara yang dulunya seringkali makan sekali kini bertambah-tambah pula nafsu makannya pabila duduk dalam satu lingkungan keluarga.

Oh, Gadis Terakhir! (Completed)Where stories live. Discover now