Rancangan Terakhir

3.4K 89 4
                                    

"Hei, Sara! Mana pancake saya? Kenapa hari ni goreng bihun? Buang tabiat? Saya nak pancake jugak!" Fhir memukul meja makan dengan tapak tangannya. Walau rasa sakit dan pedih teramat, semua itu harus ditahan. Fhir membulatkan anak matanya memandang wajah Sara yang ketakutan.

"Cik Fhir... tuan minta saya goreng bihun. Minta maaf." Sara membongkok badan berkali-kali.

"Sejak bila awak dengar cakap? Dengar sini... lepas ni, menu makan pagi mesti pancake! Dan mesti dibawa naik ke bilik. Faham?" Fhir memberi jelingan maut.

Munculnya entah dari mana... Tuan Idris laju mempertahankan Sara. "Kamu yang bayar gaji dia atau daddy?"

"Tak daddy... I mean that she just too much. I can't stand anymore." Fhir merengek manja persis kanak-kanak yang masih mentah. Sara di sebelah hanya mampu menelan bulat-bulat setiap kata kejian dan cacian.

"Naik atas sekarang. Hari ni Im not letting you to go out. Duduk dalam bilik." Idris laju membuat keputusan. Mata Fhir terkebil-kebil.

"No, daddy! You can't do this to me! Hari ni Fhir nak keluar dengan Aira dengan Nad. Please daddy..." Fhir melutut di hadapan ayahnya. Air mata palsu mula bergenang membasahi pipi putihnya.

"Kamu nak keluar?"

Fhir mengangguk.

"Then show some respect." Idris melangkah pergi meninggalkan Sara dan Fhir. Wajah Fhir merah padam. Barangkali malu ditegur sebegitu rupa di hadapan orang luar.

Tubuh Sara digoncang kuat. Bergegar otaknya seketika. "Stop acting, Sara! Tolonglah... sanggup awak rampas kasih sayang ayah saya? Awak tahu tak dia asyik menangkan awak? Saya ni satu-satu anak gadisnya... kenapa awak dapat lebih? This is unfair!"

"Do you want to know something? Honestly... I really hate stranger who came to my house and act to be like a maid! Dan dia dalam rumah ni cuma menagih kasih sayang daddy saya. Adam, daddy dan Faan? Awak ni manusia atau apa, Sara?"

Telinga Sara sudah merah mendengar kata Fhir itu. Ibarat seperti kereta api yang mengeluarkan kepulan asap pada serombong asap, itulah juga yang terjadi pada telinga Sara. Makin lama makin banyak kepulan asapnya.

"Kadang-kadang saya kesian pada awak, Sara..." Gadis tinggi lampai itu kemudiannya berjalan merapati Sara. Ditolak bahu Sara dengan kasar hanya menggunakan jari telunjuk saja. Sara bukanlah lemah, dia cuma tidak mahu mencari masalah.

".... mungkin awak jadi macam ni sebab... ayah awak didik anak dia macam ni? Memang menyusahkan hidup orang lain. We called it, useless!" Tajam sekali kata Fhir bersulam kata perli yang cukup memalukan diri. Sara mendongak memandang Fhir. Apabila isu keluarga dibangkitkan, Sara jadi tidak dapat menahan diri. Dia perlu buktikan kehadirannya di sini bukanlah mengemis simpati.

"Saya rasa awak dah melampau..." Sara mengetap bibir. Badannya menggigil. Mungkin kerana terlalu marah.

"See! Mana gelaran 'Cik Fhir' macam selalu? Awak memang saja cari pasal!" Fhir pantas menarik tudung Sara hingga tersenget-benget jadinya.

Cuba melawan, Sara mencapai bahagian rambut Fhir yang diikat satu. Lalu ditarik sekuat hati sehingga Fhir mengerang kesakitan.

"Sakitlah!" Fhir menjeling. Masih tidak berpuas hati. "Ini rupanya perangai awak yang sebenar. I don't believe it!"

"Cukuplah Cik Fhir... cik sebenarnya menyakiti diri cik sendiri. Orang lain pula adalah mangsanya. Berhentilah."

Fhir terdiam. Kehilangan kata-kata. Dia hanya menjeling tajam sebelum berlari menaiki anak tangga menuju ke kamarnya.

Oh, Gadis Terakhir! (Completed)Where stories live. Discover now