Haters!

3.5K 125 6
                                    

    "Sara... awak okey?" Adam bertanya prihatin. Matanya tidak lekang memandang pergelangan tangan Sara yang mungkin merah-merah atau berbekas.

  "Saya okey... awak jangan risau. Saya kuat. Tak mainlah setakat benda kecil macam ni." Sara menyeringai ketawa. Adam pula benar-benar serius. Macam kucing kehilangan anak!

  "Betul?" Adam tidak yakin Sara kuat. Nampak jelas cara Faan mencengkam tangan Sara tadi.

  "Betul!" Sara cuba meyakinkan Adam. Tadi memang ada rasa tapi sekarang sudah kurang sikit rasa itu.

  "Awak nak saya hantar awak balik rumah ke?" Adam menyoal. Hilang sudah mood mahu jelajah kampung akibat kedatangan Faan tadi.

  "Tak. Baru pukul 10... jom jalan-jalan lagi. Kali ni kita guna kaki pula." Adam menggeleng kepala. Memang jenis lasak betul Sara ni. Tak serik!

  "Kita nak ke mana?" Sara membawa Adam duduk di bawah sebatang pokok kelapa. Tidak jauh pun mereka perlu berjalan kaki.

  Kata Sara, kalau ada masa terluang... dia suka habiskan masanya di sini. Yalah, tenang... hilang segala masalah yang membelanggu jiwa. Kadang-kala Sara gemar mengajak adiknya, Umar ke sini. Menikmati udara sesegar ini.

  "Kalau awak suka tengok burung... saya suka tengok langit." Sara membuka bicara setelah agak lama mereka melayan perasaan masing-masing.

  "Memang ada jodoh kan?" Adam melarikan anak matanya memandang apa yang dipandang Sara.

  Sara tidak membalas. "Dasyat juga tendangan awak tadi. Sampai tak bangun-bangun Faan tu."

  Adam mendesah. "Saya buat macam tu sebab dia sentuh awak. Macam mana saya tak naik hantu?"

  Sara memandang wajah Adam. "Sanggup betul awak buat macam tu semata-semata untuk saya."

  "Pembetulan. Awak seorang." Adam tersipu malu. Sara pula ketawa kecil.

  "Bila awak balik KL?" Adam mengubah topik pula.

  "Esok pagi." Sara membalas tenang.

  "Great! Samalah." Adam tersenyum penuh makna. "Tuan ambil awak?"

  Sara mengangguk. "Saya tak selesa bila tuan offer nak hantar saya. Bukan apa, saya seganlah. Saya malu sebab Tuan Idris tu majikan saya."

  "Kalau macam tu... esok naik je dengan saya. Ayah saya okey je." Adam cuba mengawal reaksi wajahnya.

  "Awak gila ke Adam? Malulah saya." Sara meraba pipinya yang sudah merah kepanasan akibat diusik sebegitu rupa.

  "Okey..." Adam menjawab selamba.

*************************************

  "Hah... tu apa yang termenung lagi tu?" Idris menyergah anaknya dari belakang. Terkejut Fhir dibuatnya. Mujur dia bukan dalam golongan mereka yang kuat melatah.

  "Daddy!" Fhir terjerit kecil.

  Idris ketawa lepas. Kemudian dia menyambung kembali kata-katanya. "Cepatlah siap... nanti Sara tertunggu pula."

  "Daddy... Aira ajak duduk rumah dia. Nad pun ada sekali. Kami nak berbincang pasal assignment..." Fhir cuba mencari helah lain supaya tidak terus dipaksa ayahnya ke kampung Sara.

  "Cakap kat Aira... maybe next time. Cepat! Daddy tak boleh lambat." Fhir membentak kaki tanda memprotes. Kalau Sara tu, semua nak didahulukan. Ni anak sendiri ni? Dipulaukan pula!

  Fhir yang hanya mengenakan jeans ketat dan t-shirt berlengan pendek hanya mampu menurut perintah. Dipintal-pintal rambut tocangnya kerana berasa tidak puas hati. Dengan lambat-lambat pintu kereta ditutup juga. Memang kini dia tak boleh mengelak lagi.

Oh, Gadis Terakhir! (Completed)Where stories live. Discover now