CHAPTER | 6

1.1K 88 0
                                    

Derap tapak kaki kedengaran ditelinga Andra. Si harimau kumbang itu mendengus perlahan. Elayne disisi sudah mula mengeluarkan tombak kecil.

Ekornya meliuk lentuk mendengar setiap bunyi yang terhasil. Andra mula bergerak perlahan melihat apa yang berlaku.

Seekor makhluk penghisap darah sedang rakus menghirup darah segar dari seekor haiwan yang telah dibunuh olehnya. Kelihatan mayat manusia disisinya.

Makhluk itu menyeringai dan mula menyerang si harimau kumbang itu.

Elayne mula menyerang makhluk itu dari arah kiri. Tombak dihayunkan. Makhluk itu menepis menyebabkan mereka berdua tergolek ditanah.

Makhluk itu pantas bangun menerkam Elayne.

Elayne menahan dengan tombaknya. Andra segera merempuh makhluk ke batang pokok besar di kanan itu. Bunyi jeritan terhasil apabila duri-duri pokok itu menyucuk tubuhnya.

Darah hitam membuak-buak keluar dari tubuhnya. Matahari pula memancarkan cahaya lalu terbakar hangus badannya.

Andra mula bercahaya. Dirinya mula bertukar kepada manusia.

Rambut hitamnya digosok perlahan. Peluh mengalir disekitar wajahnya. Hawa panas dirasai sedikit apabila terkena cahaya matahari.

Dirinya mendekati Elayne yang kepenatan berlawan dengan makhluk penghisap darah tadi.

"Bila kita akan kembali? " Andra bertanya.

"Aku rasa, kita perlu pulang dengan segera. Tuanku pasti ada sesuatu yang perlu diberitahu nanti. " Elayne berbicara.

Sejujurnya, perubahan diseluruh Rynvania telah mula dirasai olehnya. Tetapi perubahan itu masih belum dikhabarkan oleh Raja-raja yang memerintah setiap kerajaan.

Apa pun yang berlaku, setiap pahlawan yang diminta untuk bertugas menyiasat apa yang berlaku di seluruh Rynvania akan membawa pulang maklumat yang dikumpul untuk membuat perancangan supaya rakyat jelata selamat dihindari dari ancaman puak devil.

Andra dan Elayne mula membuka pintu teleportasi. Mereka berdua menghilang bersama mayat yang dijumpai oleh mereka berdua.

Pintu istana diraja Avile dibuka apabila pengawal pintu menyedari kehadiran seseorang. Pedang tersisip kemas dipinggang.

Mantel putih bercorak burung falcon berkibaran apabila bayu angin meluncur masuk kedalam istana. Dayang-dayang istana terpegun melihat dirinya memasukki istana.

Raven dan Allen yang berada dibilik bacaan fokus terhadap papan yang berada dihadapannya. Manakala Black dan Xane pula sedang berdengkur kuat.

Allen langsung tidak rasa terganggu dengan dengkuran kuat oleh dua ekor makhluk tersebut.

Raven memerhati sahaja strategi yang ingin dilakukan oleh Allen sehingga tidak sedar anak buahnya memasukki kedalam bilik bacaan.

Arthur sudah menepuk dahinya melihat ayahnya tekun sehingga tidak menyedarinya.

"Ayah,? "

Allen yang menggerakkan salah satu bidak terganggu dek panggilan dari anaknya lalu berpaling melihat anaknya berdiri dibelakang.

"Ohhh Arthur, bila sampai? Sekejap, ayah nak main catur?"

Apabila berpaling semula kehadapan, bidak yang ingin digerakkan sudah pun bergerak ke petak hadapan. Matanya mencerlung kearah Raven yang sedang menilik kukunya sambil bersiul.

"Rav? "

Raven mengangkat keningnya.

"Apa? "

AURORA: ANGEL & DEVILS(BOOK 1)Where stories live. Discover now