Langit mendung bagaikan mahu air yang dikandung turun melimpah di bumi Avila. Mantel putih berkibaran apabila ditiup sang bayu. Bendera lambang diraja Avila di julang tinggi.
Aurora melangkah kehadapan melihat kesemua penduduk.
Kesuluruhan penduduk di kerajaan Avila bersedih atas kemangkatan King Willson.
Cahaya lilin dihidupkan bagi menerangi disetiap jalanan.
Potret milik mendiang Willson dipegang oleh Aurora lalu dibawa ke makam bondanya serta ditemani Louis yang baru sahaja pulang dari Lotus City.
Air mata mengalir perlahan diwajah mulus Aurora apabila meletakkan potret ayahandanya disebelah potret bonda.
Louis memeluk tubuh gadis itu. Tangisan hiba kedengaran kuat.
Gladio dan Frylyn yang berada disitu hanya menunduk hormat atas pemergian seorang pahlawan yang berjuang untuk keselamatan dunia dari ancaman kegelapan.
King Ralyndine, King Aelyn, King Xarvon dan King Finnick yang juga berada dibelakang turut menunduk hormat atas pemergian sahabat perjuangannya.
Allen yang berada disitu memandang sayu apabila melihat anak saudaranya menangis sebegitu didalam pelukan louis. Raven hanya mampu mengusap bahu sahabatnya.
"Musnahkan Barvaryn City. "
Dengan tiga patah perkataan, angkatan tentera puak devils melangkah pergi ke destinasi yang telah ditetapkan.
Drake yang mengetuai terus maju ke Barvaryn City dengan senyuman bermakna.
"Lets play, everyone. "
Pokok-pokok yang tumbuh menghijau, tumbang begitu sahaja. Bangunan purba yang masih kukuh berdiri hancur begitu sahaja.
Para ilmuan yang tinggal disitu tidak sempat melarikan diri dibunuh tanpa belas kasihan.
Wyelvyn yang turut berada disitu turut membantu walaupun keadaan diri sudah parah.
Ketawa sinis dibelakang Wyelvyn kedengaran. Serigala putih itu termengah-mengah kepenatan menahan segala serangan yang dilakukan oleh puak devils serta Drake yang berterusan menyerang Barvaryn City.
"Tiada guna kau pertahankan Barvaryn City, Wyelvyn."
Sinis sahaja bicara Drake. Wyelvyn hanya tersenyum.
"Aku tetap akan pertahankan tempat ini walau apa cara sekali pun. "
Wyelvyn mula melakukan lolongan serigala.
Drake ketawa sinis.
Telinga Andra bergerak-gerak apabila terdengar lolongan serigala.
"Elayne! "
Gadis itu mengangguk apabila dirinya turut sama mendengarnya.
Gelas yang dipegang oleh Emma jatuh berderai. Rymes yang sedang membaca terkejut dengan apa yang terjadi.
Mata biru Emma bercahaya. Tubuhnya dikelilingi aura biru cerah dan terapung bagaikan berada didalam air lalu terjatuh.
YOU ARE READING
AURORA: ANGEL & DEVILS(BOOK 1)
FantasíaKewujudan kuasa baru telah menggugat kedudukan Raja Demon setelah empayarnya yang dibina beribu-ribu tahun dahulu menyebabkan beberapa puak musnah termasuklah kaum manusia yang wujud didunia itu.. Keselamatan puak lain-lain diancam oleh puak Devils...