CHAPTER | 17

872 68 13
                                    

Steve memerhati dari jauh melihat bebola gergasi dari serangan naga kegelapan Drake menyerang sebentar tadi. 

Pelindung sihir jelas kelihatan selepas serangan tersebut menghentam dinding itu.  Senyum sinis terpapar diwajah sambil tangannya mengusap rambut Lady Teressa yang berada disebelahnya itu.

"Kau mahu beraksi? " tanya Steve kepada wanita itu.

Lady Teressa tersenyum menggoda dengan pertanyaan itu.

"Sudah tentu aku mahu.  Dendam aku akan terbalas jika anak mereka berdua mati. " ujar Lady Teresse dengan penuh dendam.

Steve menunggang semula kudanya.  Bilah pedang diangkat lalu dijulang kehadapan. 

The Fallen Army mula maju kehadapan bersama raksasa-raksasa lain. Ngauman mereka menggegarkan seluruh kawasan itu.

Aurora dan yang lain-lain masih lagi berdiri memerhati melihat kehadiran The Fallen Army dan raksasa-raksasa yang sedang bergerak itu. 

Satu bulatan cahaya mula terbuka lalu tangan dimasukkan. Sebuah pedang silver ditarik keluar.

Sebuah pedang berwarna silver dan mempunyai batu permata berwarna biru.  Terdapat garisan emas pada pedang itu.

King Zalvarich terkejut melihat pedang lagenda masih wujud tatkala dia masih memikirkan pedang itu lenyap ketika kemangkatan mendiang ibu gadis itu.

Lux Machaera digenggam kemas oleh Aurora.  Melihat The Fallen Army yang cuba memasukki kawasan mereka, kerisauan semakin merajai di hatinya.

Pelindung sihir sudah mula terhakis akibat serangan daripada raksasa-raksasa dan yang lain.

Para tentera sudah mula bersedia. Bila-bila mereka perlu menghunus pedang mereka untuk melawan kegelapan.

Pelindung sihir sudah kelihatan retak. Retakannya semakin besar. 

KRAKKK!!!

KRAKKKK!!!

Retakkannya mula menghancurkan seluruh pelindung.  Bagaikan hujan yang turun.  Aurora mula bersuara.

"ATTACK!!!! "

Para tentera berkuda mula bergerak kehadapan. Situasi itu cukup tegang.  Melihat kekuatan The Fallen Army membuatkan kerisauan pada Aurora semakin menjadi-jadi.

Lady Teressa sudah terbang mencari gadis itu. 

Herlaine dan Gabriel, menahan serangan daripada seekor raksasa air. 

Gabriel memecut kehadapan membelah makhluk-makhluk yang muncul dari dalam air. 

Arthur pula menangkis serangan daripada Atlas yang semakin menggila. 

Tumbukan Atlas ditahan kemas oleh Arthur.  Riaknya masih tenang walaupun diasak ganas oleh Atlas. 

"Wah,  kau mampu menahan serangan aku. " sinis sahaja suara Atlas. 

"Serangan kau terlalu lembik. " tenang sahaja dia membalas.  Atlas pula, bengang dengan kata-kata jejaka itu. 

Auranya dilepaskan. 

Tangannya bercahaya malap lalu menyerang Arthur dengan satu tumbukan.

"MEG FIST."

Tumbukan disertakan aura warna biru gelap menghentam tumbukan Arthur.

Arthur mula meningkatkan kekuatannya menahan tumbukan tersebut.  Tanah sedikit hancur menahan akibat impak daripada tumbukan itu.

"TSUNAMI ATTACK!! "

AURORA: ANGEL & DEVILS(BOOK 1)Where stories live. Discover now