34; Lebuhraya Karak

15 0 0
                                    

Lebuhraya Karak (E8) atau nama rasminya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah lebuhraya capaian separa sejauh 60 km menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal di Malaysia iaitu Genting Highlands. Lebuhraya ini pada asalnya merupakan lebuhraya dua lorong bertol sebelum dinaiktaraf kepada lebuhraya ekspres penuh pada tahun 1997.

Lebuhraya persekutuan 2 lorong

 Lebuhraya Karak pada asalnya dibina pada tahun-tahun 1970an oleh kerajaan Malaysia sebagai alternatif kepada Jalan Gombak - Bentong (Laluan Persekutuan ) yang sempit dan bengkang-bengkok. Lebuhraya ini juga adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan 2 (jangan terkeliru dengan Lebuhraya Persekutuan). Lebuhraya tersebut mempunyai sebuah terowong sepanjang 900 m di Genting Sempah yang merupakan terowong jalan raya pertama dibina di Malaysia.
Walau bagaimanapun, kos pembinaan lebuhraya tersebut adalah agak mahal bagi Malaysia pada masa itu memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara pertanian pada masa tersebut. Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menjadikan Lebuhraya Karak sebagai jalan raya tol bagi membantu mendapat pulangan bagi kos pembinaan. Hasilnya, 2 plaza tol dibina di Gombak dan Bentong dan lebuhraya tersebut diletakkan di bawah pentadbiran Lembaga Lebuhraya Malaysia. Lebuhraya ini dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1977.

Lebuhraya ekspres berbilang lorong
Kepentingan Lebuhraya Karak sebagai laluan utama dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri pantai timur menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk menaik taraf jalan raya 2 lorong tersebut kepada lebuhraya ekspres penuh berbilang lorong dengan membina satu lagi laluan tambahan bersebelahan dengan laluan asal. Dengan itu, lebuhraya tunggal 2 lorong tersebut dinaiktaraf menjadi sebuah lebuhraya berkembar dengan 6 lorong (3 lorong pada setiap hala) di bahagian antara Kuala Lumpur dan Persimpangan Genting Highlands dan 4 lorong (2 lorong di setiap hala) pada bahagian selebihnya.
Kerja-kerja menaik taraf termasuk pembinaan terowong kedua di sebelah terowong asal bagi membolehkan tambahan 2 lorong bagi lalu lintas arah timur, pembesaran plaza tol Gombak dan Bentong serta pembinaan persimpangan bertingkat bagi menggantikan simpang biasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa simpang yang tidak dapat dinaik taraf kepada persimpangan bertingkat disebabkan faktor geografi, maka beberapa pusingan-U dibina bagi membolehkan kenderaan dari arah bertentangan dapat keluar masuk ke simpang tersebut. Kerja-kerja menaik taraf selesai pada tahun 1997.
MTD Prime memegang konsesi Lebuhraya Karak serta Lebuhraya Pantai Timur. Lebuhraya Karak diberi kod setelah kerja naik taraf selesai, menyebabkan lebuhraya ini mempunyai 2 kod laluan. Akibatnya, sesetengah peta melabelkan Lebuhraya Karak sebagai manakala sesetengah peta yang lain pula melabelkannya sebagai Laluan Persekutuan . Walau apa pun kod laluan yang digunakan, kedua-duanya boleh digunakan bagi mewakili Lebuhraya Karak memandangkan lebuhraya itu sendiri adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan

KESELAMATAN

Sebagaimana jalan raya pergunungan yang lain, Lebuhraya Karak juga menghadapi risiko tanah runtuh terutamanya pada musim hujan. Oleh itu, pemandu dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan pergunungan termasuklah Lebuhraya Karak pada musim hujan bagi mengelakkan risiko tanah runtuh selain jalan penglihatan yang terhad. Had laju lebuhraya ini adalah 90 km/j. Bukan 110 km/j ye. Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak :-
Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)
Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).

MAKA TERSEBUTLAH KISAH….

1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

CR££PYP∆ST∆ || M∆L∆YWhere stories live. Discover now