Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal dunia pada setiap hari jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.
Kejadian ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut.
Apabila tiba hari jumaat berikutnya, beberapa doktor bersiap-sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Pada ketika itu seorang pesakit lelaki yang masih muda sedang tidur.
Masa terus berlalu. Para doktor sabar menunggu.
Tiba-tiba kelihatan pintu bilik ICU itu dibuka orang. Kemudian masuklah Makcik Bedah. Mak Cik Bedah adalah seorang pekerja pencuci sambilan yang hanya bertugas pada setiap hari jumaat..
Wanita itu masuk dan mendekati katil keramat tersebut. DIA TERUS MENCABUT SOKET ELEKTRIK UNTUK ALAT BANTUAN PERNAFASAN BAGI MENGHIDUPKAN VACUUM CLEANERNYA!!!
YOU ARE READING
Lawak Gila Gila
Humor#HIGHEST RANKING IN HUMOR Yep. Ini adalah himpunan cerita yang maha lawak. Korang boleh gelak, tapi jangan kuat sangat sampai mengganggu jiran ok? Enjoy!