Kumbang?

919 30 0
                                    

Satu hari, aku dan anakku pergi sebuah rumah terbuka rakanku. Aku, anakku, dan rakan-rakan duduk semeja. Semasa sedang makan, anakku menanyakan aku soalan yang pelik dan jijik.

"Papa, is bug good to eat?" Soalnya. Aku geleng laju-laju tanda tak berkenan dengan soalannya.

"Diam. Kan tengah makan ni." Ujarku tegas, tapi bernada lembut.

Open house tamat, aku dan anakku pulang ke rumah. Sampai ke rumah, aku sedia untuk mendengar soalannya.

"Kenapa tanya macam tu tadi?" Sebaliknya aku yang menyoal dulu.

"Nothing. Cuma tadi ada kumbang dalam sup papa. Papa dah makan dah pun. Papa suruh diam jadi adik diam la."

Tiba-tiba aku muntah hijau.

Lawak Gila Gila Where stories live. Discover now