Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..
sedang berlangsung ujian berkaitan serangga..Ujian kali ini susah susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari hanya dari potongan-potongan kaki serangga yang diberikan oleh Pensyarah...
Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian.
Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!"
Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata..
"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau???!!!"
Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata...
"Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"
YOU ARE READING
Lawak Gila Gila
Humor#HIGHEST RANKING IN HUMOR Yep. Ini adalah himpunan cerita yang maha lawak. Korang boleh gelak, tapi jangan kuat sangat sampai mengganggu jiran ok? Enjoy!