Ponteng Solat

1.7K 71 3
                                    

Alkisah seorang lelaki Islam ponteng solat Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dgn seekor harimau yg sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua-dua kakinya patah.

Harimau tadi terus menghambatnya, sedangkan dia sudah tidak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng solat Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yg mulia ini..

Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah harimau yg memburu aku, seekor harimau yg beriman .. tolong ya Allah! Aminnn..

Tiba-tiba guruh berdentum! Harimau tersebut tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki itu.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yg beriman dan bersopan santun.harimau itu mngeluarkan kopiah lalu duduk bersila Sambil menadah kedua-dua tgnnya ke langit ...

Harimau tersebut pun berdoa: "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "

Bacalah doa sebelum makan ye..

Lawak Gila Gila Where stories live. Discover now