Amran (bukan nama sebenar) makan disebuah kedai mamak berhampiran dengan klinik.
Amran ni sebenarnya baru lepas balik dari klinik kerana dia kurang sihat. Demam dan selsema.
Satu hari tu, selepas makan, Amran bangun dan berjalan ke kaunter untuk membayar. Lantas tangan Amran mengambil 2 sudu yang terletak di sebelah meja kaunter.
Tuan kedai tu hairan dengan perbuatan Amran, lantas bertanya; "Kenapa awak ambil sudu ni?"
Amran dengan muka selamba; "Doktor suruh la."
Tuan kedai tu mula hairan. Amran perasan kehairanan tuan kedai lalu mengeluarkan plastik ubat yang diberi oleh doktor tadi.
"Ni, doktor suruh."
Tuan kedai tu pun membaca apa yang tertulis di atas plastik itu.
"Ambil 2 sudu selepas makan"

ANDA SEDANG MEMBACA
Lawak Gila Gila
Humor#HIGHEST RANKING IN HUMOR Yep. Ini adalah himpunan cerita yang maha lawak. Korang boleh gelak, tapi jangan kuat sangat sampai mengganggu jiran ok? Enjoy!