Berakhirnya Di Sini😔

297 25 10
                                    

Aku berjalan pantas tanpa arah.langkah aku semakin pantas menuju ke arah yang aku sendiri tidak pasti.

Hye seok! Suara jimin dibelakang sudah tidak aku pedulikkan.

Panggilan keluarga dan rakan-rakan juga tidak mampu memberhentikan langkah aku.Aku mahu sendirian.aku menekap telinga dengan kedua-dua tangan aku.langkah aku yang laju akhirnya membawa aku ke taman hospital.aku memandang kawasan luas dan hijau itu dengan pandangan kosong.Angin yang bertiup nyaman menyentuh pipi aku yang luka  dek ditampar oleh diri sendiri tadi.sakit dan pedihnya tidak sama dengan sakit yang baru aku dapat tadi.

Jimin berhenti di belakang aku.hanya memerhati tidak tanduk aku.dia juga merasa sakit seperti apa yang aku rasakan,cuma mungkin minda aku diminta supaya berfikir dengan waras.

'Jungkook' hati aku berdetik.

Aku berlari sekuat hati di dalam malam yang pekat ini bertemankan hujan renyai-renyai.

Hujan ini seperti merasai apa yang aku rasakan.

Panggilan dari jimin dan lain-lain tidak aku hiraukan.sesekali jimin cuba berlari menyaingi langkah aku dan cuba menarik tangan aku supaya berhenti tetapi aku enggan.

Hampir tersungkur jimin apabila langkah aku yang pantas itu turut sama mengheretnya.Aku tidak mahu berhenti dan tidak mampu menerima hakikat yang Jungkook sudah tiada lagi di dunia ini.aku tidak mampu menerima hakikat yang malam tadi adalah malam terakhir aku bersama jungkook dan aku teringat kata-katanya pada aku.

"Ye,dalam 30 minit jungkook sampai"

Aku tidak sempat untuk berjumpa dengan dia.aku tak sempat nak berborak dengan dia,aku tak sempat nak ungkapkan sayang aku padanya,aku tak sempat nak peluk dia,aku tak sempat untuk bersama dengan dia.

Aku tidak sempat mencipta banyak kenangan manis sebelum jungkook pergi.dan paling sedih,aku lah orang yang tidak sempat berjumpa dengannya di saat-saat terakhir sebelum dia pergi.kalau aku menolak untuk berjumpa dengannya di taman itu,adakah jungkook masih lagi berada di sisi bersama aku sekarang?

"Ya tuhan,aku berharap suara yang memanggilku itu adalah suara jungkook.Aku berharap di hujung sana,dia menyambut aku dan meminta aku berhenti.aku berharap dia ada di sini untuk memelukku lagi"

"Jungkook,awak janji nak bersama dengan saya kan? Awak janji nak datang jumpa saya kan?awak janji nak ada dengan saya time susah senang kan? Awak janji nak bawa saya pergi london bawa saya jumpa kawan-kawan saya.awak janji nak jumpa eomma dan appa saya.Jungkook,di mana awak? Aku terasa ingin menjerit sekuat hati aku.aku mahu satu dunia tahu bahawa aku inginkan jungkook kembali walaupun tidak mungkin.

Dada aku terasa sakit yang teramat.Mungkin kerana kepenatan,kesedihan,kesesalan yang menyesakkan dada,aku akhirnya tersungkur di tempat aku mula berlari tadi.Melihat keadaan aku yang begini,jimin menghampiri dan mengambil tempat di sebelah aku.

"Jimin,bagitau aku,kenapa  orang yang aku selalu sayang pergi dari hidup aku" tanya aku tanpa mengangkat muka.

"Hye seok,dorang bukan pergi dari hidup kau..cum----

"Cuma apa jimin.cuma apa??? Cuma mati dalam hati aku? Hah jimin.jawab lah.jawab lah jimin"kata aku sambil mengoncang badannya supaya bercakap.

"Tak hye seok,dia bukan mati dalam hati kau,tapi dia pergi dari hidup kau.dia pergi ke tempat yang kita akan pergi juga hye seok..kau cakap macam mana pun hye seok..jungkook tetap dah pergi dari hidup kita" jimin bersuara tenang.Namun siapa tahu di dalam hatinya menanggung perasaan yang sangat berat.

Kata-kata jimin membuatkan aku meraung di dalam hati.

Bagaimana  cara untuk aku menjadi setenang jimin?

Langgar-jjk (Bts)Where stories live. Discover now