" Umi, Abi ! Umai pergi sekolah dulu. Ibu Niana dah sampai," jerit Umairah. Ini merupakan tahun akhir baginya di sekolah menengah. Ya. Dia sekarang di tingkatan 5. ' hari baru. tahun baru. azam baru,' bisik hati Umairah. Umairah menarik pintu kereta. Di bahagian hadapan ada Niana, rakan baiknya semenjak dia masuk ke sekolah menengah. " Assalamualaikum," begitulah rutin Umairah ke sekolah. Umairah pergi ke sekolah dihantar dan diambil oleh ibu rakannya, Niana. Niana dan ibunya menjawab serentak, " Waalaikumusalam," Memandangkan ibu Niana tidak bekerja dan merupakan suri rumah, ibunya mengisi masa lapang dengan mengambil dan menghantar beberapa orang pelajar ke sekolah. Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka di dalam kereta kerana ada pelajar lain juga di dalam kereta tersebut. Jadi, kalau sembang hanya pada hal yang umum seperti, 'buat apa cuti sekolah ? umi abi sihat ?' dan sebagainya. 'Tak nak tanya kucing aku sihat ke .. Niana ni ?' bisik hati Umairah.
Setibanya di sekolah, Umairah terus ke dataran perhimpunan bersama Niana dan meletakkan beg mereka di koridor. Sekolah mereka agak ketat disiplinnya kerana setiap kali ada perhimpunan, mereka tidak dibenarkan ke ke kelas untuk meletakkan beg. Sebaliknya mereka perlu meletakkan beg di koridor atau di kantin atau di mana-mana sahaja. Asalkan, bukan di kelas. Kata Mama Ju, pengetua sekolah kami, " Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang mampu membahagikan masa dengan baik," Sebab itu, dia melarang pelajarnya meletakkan beg di kelas. Kalau letak beg di kelas, nanti dah makan masa, nak turun tangga lagi. Jadi, Mama Ju ambil keputusan supaya setiap kali perhimpunan, tiada seorang pelajar pun yang dibenarkan ke kelas untuk meletakkan beg.
" Ugh ! First day school got me insane," bisik Niana. Umairah pandang ke tepi. " Heh," gelak tak ikhlas. Niana ini boleh kira Partner in Crime juga lah. Banyak benda aku shared dengan dia ni. Kejap lagi kembar Niana ini datanglah sebab aku dah boleh hidu dia punya perfume. Kerja diorang berdua ini tak lain tak bukan menyakat aku. " Umai ! Niana ! Aku rindu kauorang !! " jerit Seya dari belakang. " Dia dah datang, dia dah datang " bisik aku ke Niana. Macam mana aku boleh ada member macam ini. Kau bayang aku tengah beratur dengan Niana dekat dataran dan dia menjerit sambil lari. Ya Allah, malunya. " Mai, member kau tu," bisik Niana. Aku dan Niana tidak menoleh. Malu. Sudahlah musuh ketat aku buat muka kereknya ditepi aku ni. ' mata tu cantik sikit.. cantik sikit.. first day sekolah, kau jangan macem-macem dengan aku. Aku pijak kasut putih kau nanti kang ! Ha !' Aku menjeling balik musuh di tepiku ini. ' Kesah pulak aku dengan kasut putih aku ini, cubalah pijak kalau berani. Aku akan pastikan balik nanti kau tak pakai kain biru tu dah, kain kau tu aku jadikan bendera nanti ! heh ! orang jeling kenalah jeling balik. Kita tak cuit pun dia. Helemek,' bisik aku. Siapa lagi musuh ketat aku kalau bukan diva sekolah. Ya, dia diva di sekolah aku. Perasan. Aku tak faham kenapa setiap sekolah mesti ada satu budak itu yang bajet diva, acah-acah orang ramai syok kat depa. Yang acah diva ini bukan satu, tapi dia buat geng bhai ! Haih ! Sabarlah kau Umairah. " Sampai hati kauorang ! Ini first day sekolah baiklah sikit. Orang panggil tak pusing pun. Kan dah lama tak jumpa," kata Seya sambil menepuk bahu kami berdua. " Semalam kau datang rumah aku minta makan," Niana buat muka. "Itu pun nak kira juga ke ?" soal Seya. "Eh, mestilah, beras yang kau makan itu beli guna duit bukan taik gigi okay ?" Umairah mengeleng. Ada sahaja nak digaduhkan. "Ya, aku mengantuklah nak sandar kat kau boleh ?" soal Umairah. Aku terus menyandar ke belakang tanpa menunggu jawapan Seya. Mengantuk dah ini dengan pengetuanya berucap lama.
Sedang aku hendak menutup mata, aku terpandang Imrhan. Dia sedang pusing ke belakang ke arah kami. Jantungku berdegup kerana mata kami bertaut. Serta merta aku bangun dari bersandar pada Seya. "Mai ! Mai ! Dia pandang kau !" kata Seya, sambil menggoncang-goncangkan badanku. " Eii ! Seya, aku nampak, aku nampak. Dah lahtu jangan jerit-jerit. Makwe dia ada kat tepi kita ini kut," bisik aku ke telinganya. Dia yang di belakangku terpaksa ke depan sikit. ' Aku dahlah dari tadi tak selesa duduk sebelah minah ini. Eii, Seya ini aku nak je cuit-cuit mulut kau tu.' bisik hati aku. Aku buat muka selamba. " Niana, sembanglah dengan aku. Maggie kat sebelah aku ini dah panas kut. Seya lah ini.." bisik aku sambil menongkat dagu memandang Niana di sebelah kananku ini. Maggie ialah nama gelaran untuk musuh ketat aku, orang panggil dia Pia. Aku tak benci dia pun. Aku rasa dia mungkin rasa terancam dengan aku. Aku pernah ada sejarah dengan Imrhan. Imrhan dan aku dulu, satu sekolah masa sekolah rendah dan dia pernah suka dekat aku dan aku pun suka dekat dia masa itu. Semuanya berubah secara perlahan pada hari-hari terakhir aku di sekolah rendah.Aku sendiri tak faham, kenapa dia berubah.. Aku berharap untuk jumpa dengan Imrhan pada hari terakhir aku dekat sekolah itu. Tapi, dia tak datang. Aku rasa sedih sangat sebab cerita cinta monyet sekolah rendah aku dengan dia tamat macam itu sahaja, tanpa apa-apa ucapan selamat tinggal. Mungkin dia benci untuk ucap selamat tinggal ? Mungkin dia.. entahlah. Aku taktahu. Tapi.. tapi, aku tak putus asa macam itu sahaja tau, sebab aku tahu Allah yang pegang hati manusia ini. Jadi aku berdoa pada Allah, agar hati kami dapat dipertemukan lagi. Jika bukan di dunia, aku berharap untuk dipertemukan hati aku dengan dia di Syurga nanti. Dia.. segala-galanya bagi aku. Aku rasa lain dengan dia. Orang yang jatuh cinta akan tahu rasanya. Kita tak akan pernah rasa perasaan yang sama dengan lelaki lain. Kita hanya akan cari dia sahaja. Walau berjuta lelaki yang datang, rasanya tak akan sama. Kau akan faham suatu hari nanti. Dan, aku rasa jodoh aku dengan dia so far still kuat. Cuma, dia bukan dengan aku sekarang ini. Dia.. dengan Pia. Niana dekat ke telingaku dan bisik " Yee mai, kau abaikan je maggie dah masak itu. Tak lama lagi habislah perhimpunan ini nanti," kata Niana. " Uhm.." aku masih memandang Niana. Rasa tak selesa. Sebab aku tahu, Imrhan bukan pandang aku. Dia pandang.. Pia. Aku menggigit bibirku.
Aku pergi mengambil beg bersama Niana dan Seya lalu terus ke kelasku bersama rakanku. Semasa di tangga, aku.. hampir terlanggar Imrhan. Mujur Niana sempat memaut pinggang aku. Aku dah naik setapak dekat tangga dan di sebelahku ketika itu Hafiz. Aku dan dia sedang bersembang dan kami saling bertanya khabar. Lalu tanpa semena-mena bahuku di tarik di sebelah kanan. Niana yang di belakangku sempat memaut pinggang aku. " Apa yang tak kena dengan kau ini Im ! " jerit aku apabila dia dan rakan-rakannya terus menaiki tangga tanpa mempedulikan aku yang hampir terjatuh di tangga. Hafiz pula sudah di tolak naik bersamanya. Pia yang ada di belakangnya menjeling aku. "Tepi, tepi," kata Pia. Aku membuat muka. Pia terus naik membontoti mereka semua. " Heish," aku merungut. Aku terus naik ke kelas dengan sebelnya. Aku memang anti gila dengan Imrhan sejak masuk sekolah menengah. Sebab inilah. Dia macam nak bunuh aku . Aku masih ingat masa aku di tingkatan tiga. Masa itu dekat dalam bas dan macam biasa aku kena berdiri. Hampir setiap hari dia ada dekat belakang aku. Setiap kali bas brek mengejut aku pasti akan ke depan. Dan kalau budak lelaki yang ada dekat depan aku dia akan tarik beg aku ke belakang. Bila aku pusing, dia buat muka toya sambil pandang ke tempat lain. " Kau fikir macho ke nak selamatkan perempuan dari terpeluk orang depan dengan cara macam ini ? " aku pusing ke belakang dan mendongak kepadanya. Dia tidak mengendahkan aku dan pandang ke tempat lain. Aku yang geram kerana tudung aku senget, aku pijak kasutnya. " Padan muka ! " aku pusing ke depan semula. Sudahlah aku bengang sebab sempit. Maklumlah sudah habis waktu sekolah dan kami semua berhimpit seperti sardin tin. Dia pula suka-suki tarik beg kita. Nak tarik beg dah okay. Yang pergi kacau tudung sekali kenapa. Dah senget. Dapatlah cap kasut aku. Herh ! Aku terus berhenti naik bas itu, dan minta ibuku yang menghantar dan mengambil dengan alasan bas sudah penuh pada tahun berikutnya. Jadi, semasa aku di tingkatan empat.. aku tidak lagi menaiki bas yang sama dengannya. Di tingkatan 5 baru ibu Niana yang mengambilku.
Bagi aku, setiap kali pertemuan aku dengan dia pasti berakhir dengan kebencian. Aku tak nak benci dia. Sebab dia.. cinta pertama aku. Kenapa dia tak boleh biarkan aku move on ! Aku cuba rapat dengan lelaki lain supaya aku dapat lupakan dia memandangkan dia sudah pun couple dengan Pia dari tingkatan 1. Dan aku rasa dia pun dah move on dari aku. Jadi, apa alasan kau Imrhan ? Kau kenapa ?
Aku berjalan longlai ke mesin air. Dahaga. Lapar. "Dup" bunyi air jatuh dari mesin gedegang. Tiba-tiba ada tangan yang mengambil dari tempat keluar mesin itu. Aku pandang ke tepi. ' Im ?' aku terbalikkan mata sambil menyengetkan mulutku. " Huh, tak percaya betul aku dengan kau ini ? Nak apa ini ?" aku bercekak pingang. " Nak kau," dia pandang aku lalu buka tin air itu. Yes ! Air itu sudah pun diteguknya. " Aku nak isi perut aku dengan air itu dan kau nak tahu tak ?! Aku dah tak ada duit dan kau dah teguk pun air aku tu !" aku pijak kasutnya. " Aww ! " Dia mengibas-ngibas kakinya. Kesakitan mungkin. Nampak macam aku kesah ? Aku berjalan meninggalkan dia. Hari pertama sekolah yang teruk. "Ugh" . Aku pulang ke rumah dengan geram pada hari itu. Aku termenung di bilik selepas habis buat kerja sekolah yang diberikan Cikgu Vithiya. Tak perlu pelik kerana kami sudah tingkatan 5 dan sudah semestinya kerja sekolah mesti ada. Nak SPM kan ?
Aku capai handphoneku. Buka whatsapp. 'Bie-awak' . Aku dapat notification dari "biawak" tahu kan siapa ? Ya, Imrhan. Walaupun dia dah berubah dan pergi ke perempuan lain. Kadang-kadang dia whatsapp atau call aku.
"Sorry"
"Demam ?"
Tiada balasan.
Aku bengang. Minta maaf tak ikhlas. Blah lah kau. Tak ada effort ! Aku campak handphoneku. Lalu aku tidur. Aku selalu termimpikan dia. Aku selalu cerita pada Niana dan Seya. "Kenapa aku selalu mimpi pasal dia. Kau nampak kan apa usaha aku untuk lupakan dia. Aku tak nak lah jadi orang yang bertepuk sebelah tangan," aku mengadu pada Niana dan Seya. Ketika itu, aku termimpi akan Imrhan selama 3 hari berturut-turut. Aku bengang bila kawan aku kata aku tidak berusaha untuk melupakan dia. Macam mana aku nak lupakan kalau dia selalu ada bila aku nak move on. Susah tahu tak..
YOU ARE READING
The Reason
RomanceMalay. Based on true story. All of the characters is real, but I have changed the story line a little bit. 85% is true and 15% I wrote it with my own ideas to make this story more interesting. I wrote this story as a present to my friend, her name U...