Chapter 3

8 0 0
                                    

Imrhan tersenyum sumbing apabila melihat gadis yang tidak dikenali di sebelahnya itu. ' Bapak ah ! Itu gigi ke tempat sidai kain. Muncungnya gigi awak.. em.. emm.. Alamak ! Alamak ! Dia senyum,' aku hanya terkedip-kedip melihat gadis di sebelahku sambil tersenyum sumbing. Lalu terus melihat ke paparan screen di hadapan. 'Ingatkan lawa,' bisik hati Imrhan. Umairah terkejut kerana di sebelahnya itu ada seorang jejaka hensem yang turut melihatnya. 'Hiks !' aku menghadiahkan senyuman kepada jejaka yang tidak aku kenali itu. Dia turut membalas senyuman aku. Aku kembali pusing ke hadapan. Ke layar screen. Aku menggigit bibirku. 'Hensemnya !!' Aku menutup mata. Lalu aku buka kembali. Tarik nafas.. Hembus.. Dan senyum. ' Inilah salah satu cara nak move on. Kan bagus kalau dia boleh datang sekolah aku. Hurm.. Aku janji atas nama Batman, Superman, Spiderman yang kalau dia datang sekolah aku, aku janji aku akan pikat dia ! Tolonglah datang sekolah aku !! ' bisik hati Umairah. Dia tersenyum lebar dengan akur janji yang baru dia buat sebentar tadi. Filem yang di tonton Imrhan dan Umairah mula di mainkan.

Seminggu selepas pertemuan Umairah dengan Imrhan dan Pia,"Minggu hadapan seperti yang kamu semua tahu, setiap pelajar tingkatan 5 akan menyertai Kem," seluruh rakan kelas Umairah termasuk Hafiz dan Seya mengeluh. " Ughh.. bosannya dah lah kem selalu dekat sekolah. Pishang," kata Hafiz yang duduk di meja hadapan aku sambil meletakkan kedua tangannya di tengkuk. Seya di sebelah aku hanya memandang cikgu di hadapan sambil menongkat dagu. Aku ? Di sebelah Seya turut menongkat dagu. Pastinya nanti kitaorang akan ada jalan malam di hutan. Itulah yang aku dengar dari semua senior aku. Diorang di ganggu dengan pelbagai benda. Takut ? Taklah. Mana ada aku takut. Kalau nampak hantu atau benda pelik, Abi pesan baca Ayat Rukyah  atau Ayat pendinding macam Ayat Kursi atau surah-surah lain. Al-fatihah pun boleh asalkan kita niatkan surah yang kita bacakan itu untuk di jadikan pendinding. Insyallah, dengan izin Allah kita tak akan di ganggu.

 Cikgu di hadapan kelas menyambung kata-katanya yang terputus tadi selepas mendengar keluhan seluruh kelas tadi. " Shh ! Senyap.. Senyap.. Saya tak habis cakap lagi. Tahun ini kita akan adakan kem di Camp DelaRosa di Street Town," seisi kelas saling berpandangan kegembiraan. " What ?" Hafiz di hadapan aku pusing ke belakang berhadapan dengan aku sambil menepuk meja aku. Aku gelak dan senyum kepadanya. " Jangan buat muka itu. Please.. Hahhahahaha," aku mengesat air mataku yang mengalir kerana ketawa berlebihan. Hafiz buat muka. Siapa yang tak gelak. Dia dah lah memang hodoh lepastu buat muka hodoh tak percaya dia itu lagi. Aih. Aku tersenyum sambil gelak kecil. Pada aku dia hodoh, tapi Seya dan Niana kata dia hensem.

 Dan untuk pengetahuan, Niana menaruh hati dengan Hafiz. Hafiz ? Entah, aku tak tahu dia suka Niana ke tak.. yang pasti aku,Niana,Seya dan Hafiz berkawan baik. Aku senyum. " Bestnya, Maiyaa. Tak silap aku Camp DelaRosa itu dekat persisiran pantai kan ? " Seya memandang aku. Aku mengangguk. " Tapi, kawasan itu still ada hutan kan ?" kata Hafiz memandang aku. " Yeke ?" soal Seya sambil memandang aku dan Hafiz. " Matilah kita weh, Serius kat situ ada hutan ke Pis ?" soal aku memandang Hafiz meminta jawapan. Hafiz menjongketkan bahunya. Tidak tahu. " Kalau ada hutan that's mean night walked still tak dimansuhkan lagi lah kan ?" soal aku. Hafiz dan Seya senyap sahaja. " Aku bukan takut tapi kauorang tahu kan ? Kita dah lah kena jalan berdua dan argh ! Kena jalan dengan lelaki pula itu," kata aku memandang Seya. " Yup, Kak Tikah kata dia akan lepaskan dua orang, satu lelaki dan satu perempuan ke hutan, lepas beberapa minit baru dia lepaskan dua orang yang lain. Jadi, akan ada jarak di situ," kata Seya. Aku memintal jari aku. " Time inilah lelaki nak tunjuk kuat,kan ?" kata Hafiz sambil tersenyum kepada aku dan Seya. " Kau kuat ke ?" Seya menjeling ke Hafiz. " Sampai hati you kata I tak kuat. I harap I dapat pair dengan you nanti, auw !" dia membuat suara maknyah. " Dasar sotong kering ! " kata Seya. Aku sudah tergelak-gelak. " Ameen," aku mengaminkan permintaan Hafiz. Aku tergelak-gelak sambil mengeleng-gelengkan kepala.

" Uih ! " bisik Khai dari tingkat atas berhampiran dengan tangga. Niana tidak menyedari kehadiran Khai di tingkat atas bangunan. " Uih," Khai memanggil Niana lagi sekali dari tingkat atas. Niana yang terdengar bisikkan itu mencari dari mana datangnya bunyi itu. Dia ternampak Khai di tingkat atas berhampiran tangga.Niana mendongakkan kepalanya dan terlihat Khai sedang meletakkan kedua-dua tangannya di atas susur palang besi di tangga itu. Matanya memandang Niana.  Mata Niana di sepetkan kerana silau, tangannya pula melindungi matanya dari terkena cahaya matahari. " Apa ?" kata Niana. Khai tidak menjawab. Dia menuruni tangga. Khai menghampiri Niana yang berdiri di hujung tangga. " Buat apa datang sekolah hari Sabtu macam ini ?" soal Khai. Dia berjalan terus tanpa menunggu Niana. Niana bengkek. 'Ingat aku ini ada kuasa ke ? Dahla tak dengar suara kau yang pelan itu. Sayup-sayup kedengaran tahu tak ?' Dia buat mulut. Matanya masih disepetkan kerana silau. "Haa ?" Niana tidak dengar. Dia berjalan menghampiri Khai. Tiba-tiba Khai menoleh, di sebelahnya Niana. Mereka berhadapan antara satu sama lain sekarang. " Buat apa datang sekolah hari Sabtu macam ini ? " soal Khai dengan nada yang lembut. Khai memandang ke bawah melihat Niana. Maklumlah Khai sedikit tinggi. Tak ! Tak ! Dia tinggi gila. Bila aku berdiri sebelah dia, aku paras lengan dia. Tak percaya ? Tak kisah. Sebab tak mendatangkan apa-apa kesan pun dekat aku. Niana mendongak sambil matanya di sepetkan. " Ouh, ada sikit kerja. Nak proses buku," kata Niana. "Ouh," jawabnya. Aku dan dia berjalan menuju ke perpustakaan bersama. " Seorang je ke ?" dia memandang aku di sebelah sambil berjalan. Aku memandang nya semula. 

" Taklah, ada orang lain," kata Niana lalu kembali memandang ke hadapan. Khai masih melihat Niana di tepi. Khai berkerut. Khai yang curiga berjalan laju sedikit meninggalkan Niana di belakang. Niana hanya mengikutinya dari belakang. Khai masuk ke dalam perpustakaan. Tadi dia ternampak sepasang kasut sahaja di hadapan. Masuk sahaja ke dalam perpustakaan, dari jauh terlihat seorang budak perempuan sedang memproses buku. Khai hanya melihat gadis itu memproses buku sekilas lalu berpusing. Lega. Khai yang tidak menyedari kehadiran Niana di belakangnya , mengundur sedikit apabila dia mendapati Niana berada begitu dekat dengannya. Terkejut dengan kehadiran Niana di belakangnya. "Ehem," Khai berdehem.

Niana hanya mendongak berhadapan dengan Khai dengan pandangan kosong. " Kau pulak buat apa datang sekolah hari ini ?" soal Niana. Khai berjalan melepasi Niana. Khai berjalan keluar dari perpustakaan. " Aku ada hal sikit," kata Khai sambil memakai kasut. Niana menyandarkan bahunya di pintu sambil melihat Khai yang sedang mencangkung memakai kasut. Niana hanya senyap. " Nanti, kalau aku dah siap kerja. Aku datang sini," kata Khai memandang Niana yang bersandar di tepi pintu. Niana senyum kecil sambil mengangguk. Khai membalas senyuman Niana lalu berjalan pergi. Niana memerhatikan Khai dari belakang. 'Huh,' Niana mengeluh. Niana pusing dan berjalan ke arah juniornya. " Dah siap ?" Niana menepuk lembut bahu juniornya. Juniornya memandang Niana dan menghadiahkannya senyuman. Lalu dia menggelengkan kepalanya. "Tak apa, biar akak tolong," kata Niana lalu mengambil tempat bersebelahan dengan juniornya itu. 

The ReasonWhere stories live. Discover now