Chapter 4

12 0 0
                                    

Umairah berjalan ke khemah bersama Niana dan Seya. Mujur mereka dapat menetap di khemah yang sama. Kebetulan pula kem ini disertai dengan sekolah lain. Jadi, mungkin tak selesa kalau dapat khemah yang terpaksa tidur dengan orang asing. Mana tahu orang itu ada bad habit like kalau malam kerja dia buang angin ke ? Siapa tahu ? Sudahlah kem ini 3 hari 2 malam. Bayangkan tak ke kau boleh jadi setenang yang mungkin bila tiap-tiap malam hidu kentut strangers ini ? Menurut kajian, kentut boleh menghilangkan stress. Penulis tengah angkat-angkat kening sekarang ini. Jadi, Umairah sangat bersyukur kerana dia tidak perlu tidur bersama orang asing. 

Umairah menukar pakaian yang di pakainya tengahari tadi ke baju sukan warna hijau. Lalu berjalan ke kantin berseorangan. Kerana pada waktu itu ialah waktu membersihkan diri dan makan petang. Seya dan Niana masih belum siap lagi. Aku lapar, jadi aku ke kantin dahulu. Di kantin dia terlihat geng Pia dan geng Imrhan duduk di dalam satu kumpulan. Imrhan dan Pia duduk bersebelahan. 'Eii ! Mana jurulatih kem ini ?' jerit hati aku. Aku memalingkan muka lalu menuju ke ruang makanan. Aku mencapai pinggan. Tiba-tiba Umairah dapat merasakan haba di belakang badannya. Dia rasa begitu dekat dengan orang di belakangnya. Umairah cepat-cepat mengambil pinggan dan menyenduk nasi. Usai Umairah menyenduk nasi tiba-tiba ada tangan menghulurkan pinggan. " Sendukkan," suaranya garau. Umairah berpusing untuk melihat siapakah orang di belakangnya. Mata Umairah membulat. Dia mengusap-usap dadanya. " Niana !! huh huh huh," Umairah mengambil nafas. Dia terkejut dan takut kerana orang yang ada di belakangnya tadi memang betul-betul dekat dan Umairah takut dia diapa-apakan. Ya. Umairah ingat lelaki di belakangnya itu tadi Imrhan. Itu yang jantungnya berdegup bagai nak gila. Niana yang sedang menghadap Umairah terkekeh mengelakkannya. " Sorry, sorry," kata Niana lalu menyenduk nasi. Umairah menjelingnya. Seya yang baru tiba beratur di belakang Niana dan mengambil pinggan. 

Umairah, Seya dan Niana mengambil tempat tidak jauh dari tempat duduk geng Imrhan dan geng Pia. Mereka semua sedang bersembang sambil bergelak ketawa. Lagi-lagi Imrhan dan Pia. Umairah tidak menghiraukan mereka. Umairah menyuakan makanan yang diambilnya tadi selepas membaca doa makan ke dalam mulutnya. Lapar. Dia hanya makan sehingga habis makanan yang diambilnya tadi bersama Seya. Manakala, Niana yang sudah tidak tahan dengan drama Khai dan Qayla, geng Pia.. bangun awal-awal dan kata pada aku dan Seya yang dia hendak ke tandas. Nak muntah katanya. Padahal aku tahu dia sakit hati dengan drama Khai dan Qayla. ' Dahlah pengerusi organisasi perpustakaan. Tak boleh nak behave sikit ke kat sini ? Dahla ramai budak sekolah lain,' bisik hati aku. Aku dan Seya bangun. Aku memandang sekilas meja Imrhan dan Pia yang tidak jauh dari meja aku. Aku berlalu pergi ke singki untuk mencuci pinggan bersama Seya. 

Imrhan datang menghampiri aku dan Seya di singki bersama Pia. Pia berdiri di sebelah aku. Aku terus membasuh pinggan tanpa menhiraukan mereka berdua. " Im.. kenapa you makan comot sangat ini ?" kata Pia sambil membelakangkan aku yang sedang membasuh pinggan. Imrhan yang tadinya sedang mencuci pinggan memalingkan badannya mengahadap Pia. Kedua-dua tangannya yang basah di depangkan berhadapan Pia. Sekaligus boleh nampak Umairah di belakang Pia. " Yeke ? Mana ? " Imrhan membuat muka gatalnya. Sambil menyuruh Pia membersihkan wajahnya. Aku yang sudah siap membasuh pinggan berlalu pergi. Jujur tak sakit hati pun bila tengok orang yang pernah kau cinta, ada dengan orang lain. Serius, tak sakit hati. Aku berjalan meninggalkan ruang kantin bersama Seya. Aku terdengar gelak tawa mereka di singki selepas beberapa langkah aku berjalan. Aku menggigit bibir. Cuba menahan air mata aku. 

Lepas habis membasuh pinggan aku ke Dewan berbumbung bersama Seya. Dari kejauhan aku ternampak Niana sedang berbual dengan seorang jejaka. ' Em, macam kenal ?' aku terus berjalan ke arah mereka. " Niana.." sapa aku. Jejaka itu memandang aku. " Maiya, Seya.." Niana memandang aku dan Seya. Aku menghadiahkan senyuman kepada jejaka tersebut dan Niana. 'Budak sekolah lain kut,' bisik hati aku. Hafiz datang dari belakang jejaka itu lalu menepuk bahunya. " Maiya, Seya ini cousin aku dari SMK Pandan Mewah. Tadi aku nak kenalkan kauorang dengan dia tapi, aku nampak Niana je. Tu aku kenalkan dia dengan Niana dulu," kata Hafiz sambil memaut bahu jejaka di hadapan aku ini. Aku senyum. Begitu juga Seya. "Jay ini Maiya, Seya," kata Hafiz sambil menunjukkan tangannya kepada kami. Jay menghulurkan tangan. Seya menyambutnya. " Seya," katanya sambil menunjukkan sebaris gigi putihnya. ' Eh Seya.. Seya. Jangan cakap kau nak suka dia..' aku menjeling Seya di sebelah aku yang tersenyum kepada Jay seperti kerang busuk. Aku mengibas-ngibaskan tanganku di hadapan mukanya. " Seya," kata aku. Merah tangan Jay. Seya baru melepaskan genggaman tangannya. Hafiz yang di sebelah Jay hanya mengelengkan kepala. Niana hanya memerhatikan Seya kawan baiknya itu. 'Ada sahajalah budak mudah jatuh cinta ini,' bisik hati Niana sambil mengelengkan kepalanya. Niana yang berdiri di sebelah Hafiz tertolak ke bahu Hafiz apabila Qayla, geng Pia datang merapati mereka. " Sesi perkenalan ke ini," kata Qayla sambil menyilangkan tangannya. Imrhan, Khai, Pia, dan Qayla berdiri memandang kami semua. Imrhan dan Khai berdiri sambil memasukkan tangan mereka ke dalam poket mereka manakala Pia dan Qayla masing-masing menyilangkan tangan mereka. ' Minah dengan semua Mamat ini memang tak reti nak tengok orang aman ke apa,' bisik hati Niana. Kami semua mengundur sedikit ke belakang. Sekarang aku, Niana, Seya , Hafiz dan Jay saling berhadapan dengan Imrhan, Pia, Khai dan Qayla. 

Tiba-tiba Jay menarik aku rapat bersamanya. Tangan aku digenggam. Aku memandang Jay. Mendongak sedikit. Dia tidaklah tinggi sangat kerana aku hampir dengan dagunya. Aku sambut genggaman Jay lalu aku menghadiahkan senyuman kepadanya. Jay pandang aku. Dia membalas senyuman aku. Kami berbalas pandangan lama. Imrhan memerhatikan aku dan Jay. Aku masih tidak diperkenalkan lagi dengan Jay. Tapi, aku seolah-olah sudah lama mengenalinya. Imrhan datang menghampiri aku dan Jay. Tangan aku di rentap. Pia menjerit. Aku mengaduh kesakitan. " Ouch," Aku memandang Imrhan. " Apa ini, bruh ?! Dia girlfriend aku lah !" Jay menarik bahu Imrhan yang menyebabkan Imrhan terdorong ke belakang. Imrhan masih memegang pergelangan tangan aku.  Hafiz cuba menenangkan Jay. Hafiz sudah cukup mengenali Imrhan. Dia juga bengang dengan Imrhan. Kalau ikutkan dia mahu membelasahnya dari dulu bagi sikit pengajaran. Apakan daya dia tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan kedua ibu bapanya dengan ibu bapa Imrhan. " Jay.. Tak apa. Give us some space to discuss about US," aku sengaja menekan ayat "US" sambil menjeling Imrhan yang masih memegang tangan aku. Imrhan menepis tangan Jay di bahunya lalu berjalan meninggalkan mereka semua. Pia menarik tangan Imrhan, akan tetapi tangannya turut di tepis.. 

The ReasonWhere stories live. Discover now