Chapter 2

7 0 0
                                    

Aku ke perpustakaan pada hari itu untuk menemankan Niana. Dia merupakan naib pengerusi bagi organisasi pusat sumber. Aku kesian dengan dia kerana dia selalu di buli oleh pengerusi organisasi tersebut. Geng Imrhan juga, Khai. Aku mengambil buku lalu duduk di tempat kosong. Suasana yang senyap tiba-tiba bertukar bising Aku tidak dapat tumpukan perhatian pada pembacaan aku bila Khai dan Imrhan masuk ke perpustakaan bersama rakan-rakan mereka. Aku pandang Niana. Niana terkedu. Aku pun ! Demam apa Imrhan datang perpustakaan. Kau nak tahu ? Dia bawak saka dia sekali. Pia ! "Ugh !" Aku menutup buku lalu bangun dan pergi ke rak buku. Aku mematikan perbuatan aku untuk meletakkan buku yang aku ambil tadi ke tempat asalnya bila ternampak Imrhan dan Pia duduk berhadapan di satu meja. Kenapa tak duduk sekali dengan geng diorang yang lain. 'Kau sengaja kan ?' bisik hati aku. Aku terus meletakkan buku yang ku ambil tadi ke tempat asalnya. Ya. Aku cemburu. Menyampah setiap kali tengok diorang duduk sama-sama. Aku terus keluar dari tempat letak buku tanpa melihat kiri dan kanan. Aku terlanggar Hafiz. 'Puk!' buku dia jatuh. Semua mata tertumpu kepada kami. "Wuuuuu !! Wuuuu !! " sorak geng Imrhan. Imrhan pusing ke belakang memandang kami berdua. Aku mengalihkan pandangan ke Hafiz. Mulutku mengucapkan 'Sorry' tanpa suara. Aku menunjukkan sebaris gigi. Hafiz senyum lalu mengatakan 'Tak apa'. Aku lega. Buku yang dari tadi di bawah aku ambil. Sedang aku mahu ambil, Hafiz juga mahu mengambilnya. Tapi, tanganku pantas mengambilnya lalu aku bagi semula ke Hafiz. " Terima kasih," katanya perlahan. Aku masih rasa diperhatikan dalam keadaan aku dan Hafiz berhadapan ini. Aku dan Hafiz tidak menghiraukan mereka semua. Aku balas dengan senyuman dan ucapan, 'sama-sama'. Kami keluar bersama dari perpustakaan. Aku sudah beritahu Niana yang aku, Seya dan Hafiz berada di tempat biasa. Aku tidak mahu beritahu di mana, kerana Khai juga ada di sebelah Niana ketika aku bercakap dengannya. Khai yang ada di sebelah Niana ketika berada di kaunter menyampuk " Niana, kau naib pengerusi. Tolong jangan lupa tugasan kau," kata Khai sambil menyemak rekod pinjaman pelajar. " Aku tahulah. Lepas aku perhatikan diorang nanti, baru aku pergi rehat," kata Niana sambil memandang Khai. Khai masih dengan muka seriusnya. Rambut hadapannya di betulkan sedikit. Khai berdebar.

Aku dan Hafiz hanya membatu apabila dua orang yang berjawatan tinggi di sekolah bercakap. Serius sungguh ! "Niana, jumpa kau nanti," kata aku apabila keadaan menjadi awkward bila Khai dan Niana senyap sahaja. " Bruh, aku geraklu," kata Hafiz sambil menepuk bahu Khai. Aku berjalan ke bangku bulat di taman bersama Hafiz. Seya ? Tadi aku minta dia beli makanan untuk aku dan Niana. Sekejap lagi dia sampai lah tu dengan perangai ribenanya. Aku ambil tempat berhadapan dengan Hafiz. "Mai, ada sesiapa pernah bagitahu kau lawa tak ?" kata Hafiz memecahkan kesunyian kami berdua. Aku memandangnya. "Uhm.. ummi ?" kata aku. Aku dan Hafiz rapat. Dia pernah bantu aku dan ummi sewaktu tayar kereta ummi bocor. Telefon ummi habis bateri dan telefonku pula tertinggal di rumah. Kebetulan dia lalu di jalan tersebut dan terserempak dengan kami. Sejak itu, ummi dan abi selalu mengajaknya makan di rumah kami. Kadang, dia juga belajar di rumah aku bersama Niana dan Seya. Hafiz masih memandang aku. "Kau cantik," kata Hafiz. Aku terkejut lalu menutup mukaku. Hafiz tergelak. "Hafiz, tak lawaklah. Kau ini," kataku sambil menekup muka menggunakan tangan. Dia masih ketawa. "Benda serius kau lawa. Aku pun tak tahu kau makan Qu Puteh ke apa.. Tapi, serius kau makin cantik lepas cuti sekolah hari itu," kata Hafiz. Aku membuka tangan ku perlahan-lahan. Hafiz menongkat dagunya. Keningnya di angkat. 'Dia mesti nak sakat aku ini. Nanti balik bagitahu kat ummi yang aku suka dia. Oh pelislah Hafiz. Aku tahu perangai kau,' bisik hati aku. Aku juga ikut menongkat dagu dan merenung dia. Lama mata kami bertaut. Aku tahu setiap kali aku dan Hafiz lawan mata, dia pasti akan memandang ke tempat lain. Dia selalu kalah. Ya. Hafiz pandang ke tempat lain seperti jangkaanku. Aku gelak kecil. Dia kembali melihat aku. "Suka kau eh ?" kata Hafiz. Aku mengangguk sambil ketawa.

" Maiyaa ! Hafizz ! " jerit Seya. Kami berdua menoleh ke arah Seya. 'Ya Allah Seya kenapa di angkat-angkat roti tu,' bisik hati aku. Tiba-tiba aku terdengar suara dari atas bangunan. Geng Imrhan. Imrhan memerhatikan aku bersama rakannya yang lain. Khai pun ada. Tapi, mana Niana ? Tak turun lagi ke ? "Woi ! Pis ! Jantan dekat sekolah ini dah pupus ke apa sampai nak rehat dengan budak perempuan," jerit Imrhan dari tingkat atas. Aku dongak. Imrhan, Pia dan gengnya. "Mai, kau tak malu ke asik nak menggatal je ?" jerit Pia. Memang suami isteri bersaka betul. Aku bangun dan tarik tangan Hafiz untuk pergi ke tempat lain. Niana yang baru sampai di taman tiba-tiba menjerit," Maiyaa ! Hafizz !!! " aku pusing ke arah Niana. "Splash !" bunyi air jatuh dari tingkat atas. Aku tergamam. Niana dan Seya menekup mulut mereka. Tak percaya. Aku dan Hafiz basah lencun. Baju aku baju kapas. 'Alamak !' bisik hati aku. Imrhan yang berada di tingkat atas pusing ke tepinya. Haiqal berdiri bersama baldi dan gelaknya. "Qal ! Asal kau simbah. Kan aku kata tunggu arahan dari aku," kata Imrhan memarahi Haiqal, lelaki yang menyimbah Hafiz dan Umairah. " Im, yang kau back up Mai kenapa ?" soal Pia kepada Imrhan. Imrhan hanya membisu,geram. 'makin benci lah mai dengan aku,' bisik hati Imrhan. Imrhan pusing tengok ke bawah. Dia terlihat muka Umairah basah bersama bajunya. Dia merempuh rakannya dan Pia, lalu berlari ke tingkat bawah. Ke taman. "Maiya,okay tak ?" soal Hafiz. Aku menangis kerana terkejut. Hafiz membuka bajunya dan menyarungkan baju nya kepada aku untuk menutup bahagian tertentu. Hafiz, Niana dan Seya membawa aku ke pejabat. Semua mata memandang kami. Aku pasti mereka fikir yang bukan-bukan kerana baju aku dan Hafiz sahaja yang basah ketika itu. Ummi ambil aku di sekolah dan membawa aku pulang. Hafiz pula pulang menaiki motor. Aku tidak nampak kelibat Imrhan. Aku pasti dia dan Pia yang merancang semua ini. Sebab dia seorang sahaja yang taksuka aku dekat dengan mana-mana lelaki. 'Huh,' aku mengeluh.

Aku tidak datang ke sekolah hari ini. Malas mahu berjumpa Pia dan Imrhan. Mujur ummi faham dengan keadaan aku yang sedikit stress. Jadi aku ajak ummi ke mall. Lepaskan stress. ' Yang penting, hari ini aku nak tengok cerita Moana,' aku senyum. Dari jauh Imrhan terkejut dengan kehadiran Umairah di mall itu. " Im, Pia nak gi toilet sekejap," kata Pia. Aku menoleh ke arah Pia. Lalu senyum kepadanya dan mengangguk. Pia membalas senyuman aku. Aku memerhatikan Pia sehingga dia sampai ke tandas. Aku cepat-cepat menoleh mencari Umairah. 'Tak ada. Dia dah balik kut. Baguslah,' bisik hati aku. Aku menggeleng.  Aku malas mahu ke sekolah hari ini kerana aku malas nak tengok drama antara Hafiz dan Umairah. ' Ya, jujur aku still bengang dengan Hafiz dan Umairah. Bagus jugak Haiqal simbah terus je semalam. Hahaha,'  aku tersenyum kecil. Jadi aku ajak Pia ke mall. Pia menegur aku. Aku pusing. " Jom," katanya. "Okay, jom," aku senyum kepada Pia.  Umairah ke kedai makanan yang berhampiran dengan pintu masuk mall itu untuk membeli makanan.  Aku berjalan masuk ke kedai makan untuk makan tengahari. Aku ke mall sendirian. Ummi kata dia ada urusan di tempat lain secara tiba-tiba dan minta aku untuk menghubunginya nanti, jika mahu pulang. Jadi,tak ada pilihan. Terpakasalah aku menonton wayang berseorangan nanti. Seusai aku habis makan aku ke panggung wayang. Tadi, aku sudah ke sana untuk beli tiket filem Moana. Filem itu lambat lagi, jadi aku singgah pergi makan sekejap. Setibanya aku di panggung wayang, aku singgah untuk membeli makanan dan minuman. 'Kudapan sambil menonton filem Moana nanti,' bisik hati aku. Aku mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang menghulurkan makanan dan minuman ini lalu aku berpusing ke belakang. Aku terkejut kerana apabila aku pusing, di belakang aku ada... Imrhan dan Pia. 'What the.. pftt ! Apa dia buat dekat sini ? Ugh ! ' Imrhan dan Pia melihat aku. Pia cepat-cepat memeluk lengan Imrhan. ' Apa tengok-tengok ?! Ini bf aku lah !' bisik hati Pia lalu menjeling Umairah. Imrhan menyambut pelukan lengan Pia sambil melihat ke hadapan. ' Tahu, jealous kan ? Haa.. Macam itulah yang aku rasa semalam,' bisik hati Imrhan lalu mara ke hadapan untuk memesan makanan dan minuman.  Umairah yang sudah habis memesan makanan dan minuman  memberi laluan kepada Imrhan dan Pia sambil membuat mulut dan menjeling mereka berdua lalu berlalu pergi. Aku mengambil tempat di dalam panggung wayang tersebut. ' Macam manalah aku boleh terserempak dengan dua ekor malaun ini. Susahnya hati,' aku menjuihkan bibir. Aku ambil handphone lalu menghidupkan mood 'silent'.  Umairah khusyuk dengan telefon di tangannya tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya. Imrhan mengambil tempat di sebelah seorang gadis yang sedang khusyuk dengan telefonnya. Dia meletakkan makanan dan minuman lalu mengeluarkan handphonenya. Dia kebosanan kerana Pia asyik ke tandas. Katanya dia mungkin salah makan itu yang memerlukan dia untuk ke tandas. Umairah dan Imrhan menekan button off di handphone mereka lalu memalingkan wajah ke arah sebelah untuk melihat sekilas siapa di sebelah mereka. Mata Umairah dan Imrhan membulat..

The ReasonWhere stories live. Discover now