Imrhan menarik aku duduk di kantin. Aku hanya mendiamkan diri. Kami saling berhadapan. Jantung aku berdebar, tapi aku masih marahkan dia. Jadi aku tak akan bercakap dengan dia. Imrhan juga tidak mempunyai tanda-tanda untuk mengatakan apa-apa. ' tengah tenangkan diri mungkin,' bisik hati aku sambil melihat Imrhan di hadapanku ini. Tangan Imrhan diletakkan di atas meja dan mukanya dia halakan ke tempat lain. Mereka semua memerhatikan aku dan Imrhan dari Dewan Berbumbung. Pia panas hati melihat Imrhan dan Umairah duduk berhadapan di kantin. " Apa yang kauorang tengokkan itu. Cepat beratur," jerit jurulatih. Jurulatih yang ternampak kami di kantin segera mengarahkan kami berdua ke dewan berbumbung. Aku bangun dari duduk. Imrhan pula masih lagi duduk. ' aku tak ada sebab nak marah dekat kau mai. aku cuma tak suka tengok kau dengan mamat itu tadi..' bisik hati Imrhan. Dia yang tadi tunduk, mengangkat kepalanya danmemerhatikan Umairah bangun dari kerusi. Kemudian Imrhan turut bangun. Mereka jalan bersama ke Dewan Berbumbung untuk mendengar tentetif selepas solat Maghrib nanti. Semua pelajar sudah pun duduk di dataran itu dan kami sahaja yang baru sampai. Mata semua menghala ke arah kami. Aku malu. Aku mempercepatkan jalan meninggalkan Imrhan di belakang dan terus masuk ke dalam barisan. Niana menarik tangan aku untuk duduk di sebelahnya. Seya yang berada di hadapan aku berpusing ke arah aku. " Dia cakap apa ?" soalnya. Aku menggeleng kepala. "Tak ada apa," aku senyum sumbing. Aku dah tak ada mood untuk bercakap dengan sesiapa. Kepala pulak macam buat hal. Haih.
" Bagi yang belum Islam nanti kamu semua berkumpul di kantin untuk pendidikan Sivik ketika pelajar muslim sedang solat maghrib dan selepas selesai solat maghrib saya nak kamu semua berkumpul di Dewan Berbumbung pada jam 8 malam. ," semua pelajar mengangguk dan menumpukan perhatian kepada ucapan yang diberikan jurulatih di hadapan. " Malam ini akan diadakan pembahagian kumpulan dan perbincangan untuk malam kebudayaan lusa. Kami jurulatih sepakat untuk tajuk malam kebudayaan nanti bebas dan kamu semua akan mempersembahkannya dalam kumpulan yang malam nanti saya akan berikan.." Jurulatih memandang kami semua. " Ada apa-apa soalan ?" kata jurulatih. Semua pelajar senyap. Tandanya tiadalah itu. " Baiklah, kalau tiada apa-apa soalan pelajar muslim boleh terus ke musolla manakala pelajar yang belum Islam pergi kantin. Saya taknak ada pelajar belum Islam berkeliaran ketika pelajar muslim sedang solat. Kalau saya nampak, siaplah kamu semua," kata jurulatih di hadapan. Mukanya bengis. Dia kelakar sebenarnya, tapi kalau orang buat hal. Matilah kau. Tekan tubi 5 kali, jalan itik 10 pusingan, duduk separa selama 20 minit. Nice. Dah ada yang kena tengahari tadi. Budak lelaki India. Kau nak tahu dia buat apa ? Dia pergi tandas pakai baju. Sampai dalam tandas dia bukak baju terjun dalam kolah. Cuba cakap macam mana budak lelaki nak ambil wudhu. Sudahnya, budak lelaki ambil wudhu di singki kantin. Masing-masing angkat kaki ke atas singki. Kau tak dapat bayang macam mana rupa diorang dengan budak perempuannya yang asyik menoleh ke arah kantin. Menggatal sungguh ! Sebab kolah itu sahaja yang ada air, dan kolah itu di tengah-tengah tandas. Itulah tempat mandi, wudhu. Mujur pelajar perempuan tidak buat hal. Kalau tak, adalah free show yang di buat di kantin nanti..
YOU ARE READING
The Reason
RomanceMalay. Based on true story. All of the characters is real, but I have changed the story line a little bit. 85% is true and 15% I wrote it with my own ideas to make this story more interesting. I wrote this story as a present to my friend, her name U...