Prologue

5.4K 289 6
                                    

"Merah... Biru... Kuning... Hijau.." Warna-warna pensel warna miliknya disebut satu-persatu sebelum warna merah diambil. Lukisan yang dilukisnya sebentar tadi diwarnakan cantik. Sangat cantik untuk seorang budak yang berusia 6 tahun. Sememangnya dia mempunyai bakat dalam lukisan. Sejak usianya 5 tahun lagi. Selesai mewarna, dia berlari keluar dari bilik dengan kedua-dua belah tangannya memegang kertas lukisan. Sampai di ruang tamu, langkahnya terhenti. Lukisan di tangan terlepas dari genggaman.

Lantai jubin yang sepatutnya berwarna biru, dipenuhi cecair pekat berwarna merah. Masih ada lagi cecair yang menitik dari atas meja. Cecair yang berbau hanyir. Cecair yang datangnya dari dua susuk tubuh terbaring di atas meja dan lantai. Terbaring tidak bergerak. Terbaring tidak bernyawa.

Dia berjalan mendekat. Perlahan-lahan dan terketar-ketar. Dia melutut di sisi jasad seorang lelaki di atas lantai. Jasad itu digerak-gerakkan. Air matanya sudah merembes keluar bersama hingus.

"Pa.. Papa... Papa.. Bangunlaah.. Papa.." Semakin kuat tangannya menggoncang. Dia beralih pula pada jasad di atas meja. Lengan wanita itu dipaut dan digoncang kuat.

"Mama... Mama.. Kenapa mama tak nak bangun ni? Mama!" Goncangan terakhir membuatkan jasad wanita itu terjatuh dari meja ke lantai. Matanya terbutang luas. Darah memenuhi wajah. Dia tersentak seraya berundur ke belakang.

Dia bersandar ke dinding sambil memeluk lutut. Budak lelaki itu meraung sekuat hati.

"Keseorangan... Kau keseorangan... Kau sudah tidak ada sesiapa lagi dalam dunia ni!" Dia meraung kuat sambil menutup kedua belah telinganya. Cuba menghilangkan suara yang entah datang dari mana.

"Tak!!! Mama!! Papa!!!" Tiba-tiba terasa sepasang tangan kasar menariknya ke dalam pelukan. Dia tidak tahu siapa tapi pelukan itu dibalasnya erat. Dia takut.

Sekejap sahaja rumah banglo 2 tingkat itu dipenuhi pegawai polis dan orang ramai. Lelaki yang memeluknya ialah pegawai yang ditugaskan untuk mengambil alih kes itu. Dimana sepasang suami isteri telah mati ditikam di rumah mereka sendiri. Meninggalkan seorang anak lelaki berusia 6 tahun dalam keadaan trauma. Inspektor Zahid memandang budak lelaki di dalam pelukannya. Kepala budak itu digosok-gosok perlahan. Cuba untuk menenangkannya.

"Jangan risau.. Jangan risau.. Uncle ada.. Uncle ada kat sini.. Jangan takut.." Ujarnya perlahan.

.........................................................

Dia hanya memandang saat jenazah kedua-dua ibu bapanya dimasukkan ke dalam liang lahad. Dia hanya memandang saat orang ramai menimbuskan tanah merah menanam kedua-dua ibu bapanya. Dia hanya memandang tanpa suara. Apa yang dia boleh buat? Dia hanya seorang budak lelaki 6 tahun. Apa yang dia mampu lakukan selain menangis?

Selesai pengkebumian, Inspektor Zahid memimpinnya masuk ke dalam kereta berwarna hitam. Kereta itu meluncur laju meninggalkan tanah perkuburan Islam Taman Kemboja. Mereka sampai di hadapan sebuah rumah teres 2 tingkat. Dia hanya memandang tanpa suara. Tangannya dipimpin lagi oleh Inspektor Zahid masuk ke dalam rumah itu.

"Luth.. Ni rumah uncle.. Mulai hari ni.. Luth tinggal dengan uncle ya.." Ujar Inspektor Zahid sambil memegang kedua-dua bahu Luthfi.

"Kenapa Luth kena tinggal kat sini? Luth kan ada rumah? Dengan papa dengan mama.." Ujar Luthfi perlahan. Inspektor Zahid tersenyum.

"Luth kena tinggal kat sini dulu.. Jangan risau.. Kat sini Luth ada kawan. Ayu! Sini kejap!" Terkocoh-kocoh seorang budak perempuan sebaya Luthfi berlari menuruni anak tangga satu-persatu. Dia berlari mendapatkan ayahnya.

"Ni Ayu.. Ayu akan jadi adik Luth mulai hari ni.." Ujar Inspektor Zahid. Ayu tersenyum memandang Luthfi.

"Jom.. Mama dah siapkan bilik untuk abang Luth.." Ayu menarik tangan Luthfi lalu mereka berlari menaiki tangga ke tingkat 2. Inspektor Zahid mengeluh berat.

Masih tiada apa-apa perkembangan tentang suspek yang membunuh ibu bapa Luthfi. Inspektor Zahid membuat keputusan untuk mengambil Luthfi sebagai anak angkatnya. Sekurang-kurangnya bolehlah dia berkawan dengan anaknya, Ayu. Inspektor Zahid mengambil tempat di atas sofa. Sekeping gambar ditangannya ditatap dengan perasaan sayu. Gambar dia, dengan bapa Luth. Kawan baiknya yang merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat kaya.

"Maafkan aku, Zarul.. Jangan risau.. Aku akan jaga anak kau baik-baik.. Dan aku janji.. Aku akan cari pembunuh kau sampai ke lubang cacing!"

…………...........................................

Ohoi!🙋 Haha.. Bertemu lagi kita ya.. Sis nak cuba nasib sekali lagi lam genre action ni.. Tak tahulah menarik ke idok yaa.. Serius sis xjanji.. Yang pasti sis nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih kat korang sebab support story Revenge sampai dah berpuluh-puluh k view dah. And still counting lagi tu.. Thanks banyak-banyak.. 🙇🙇Sis tak tahu nak cakap ape dah.. So sekarang ni sis nak tengoklah story ni mampu tak lawan Revenge? Haha.. That's for you guys to decide la.. Actually.. Cite ni and cite Revenge xde kaitan pun.. Tapi watak dari Revenge akan tolong Luthfi dalam cite ni.. Hahahha Wokeh!! Jangan lupa vote and comment.. Good day lads.. Muah ciked 😘😘

Revenge Part 2: LUTHWhere stories live. Discover now