chapter 8

2.4K 193 0
                                    

Seriously? Seludup senjata api? AK-47? Setahunya, senapang tu biasanya digunakan oleh para pemberontak. Kejadahan apakah ini?

"Good.. Keep up the good work.. Buyers akan datang pada pukul 3 petang ni.. Siapkan semuanya.." Arah Dato' Zikry.

"Alright, boss.." Terus senjata itu disimpan kembali.

"Aku nak tengok semua stock yang ada.." Benjamin tersengih sambil mengangguk. Mereka keluar dari bilik itu lalu menuju ke bahagian paling hujung kompleks itu. Banyak tong ikan berwarna merah disusun rapi di tepi dinding.

"Lu! Buka.." Arah Benjamin pada salah seorang pengikutnya yang berpakaian nelayan dan berbadan agak sado. Pengikutnya akur lalu salah satu dari tong-tong ikan itu dibuka. Terdapat banyak ikan kembung yang masih segar di dalamnya. Lelaki itu mengorek-ngorek ikan-ikan itu sehinggalah isi sebenar tong itu kelihatan.

Terdapat pelbagai jenis senjata api di sebalik ikan-ikan kembung yang melimpah di dalam tong merah tersebut. Jumlahnya bukan sedikit. Tapi banyak. Ada lagi berpuluh-puluh buah tong di situ. Oh shit!

"Great.." Dato' Zikry tersengih. Shit! Shit! Shit! This is beyond my expectations! Lansung tak pernah dia bayangkan 'dark side' yang dimaksudkan oleh Zacchary sebesar ni. Iyalah. Penyeludupan senjata api kot! Kalau kena tangkap ni, mahu kena hukuman mati mandatori. Wow! What a big case we have!

……….………………………………………

Cepat betul masa berlalu. Dah pukul 3 dah. Luthfi merenung jam di tangan kirinya. Kini mereka berada di sebuah kilang terbiar tidak jauh dari kompleks ikan tadi. Sedang menunggu 'buyers' yang dikatakan oleh Dato' Zikry. Ramai betul bodyguard Dato' Zikry dan pengikut Benjamin yang berkawal di situ. Luthfi masih setia berdiri di belakang Dato' Zikry. Dan Benjamin pula setia di sisi dato' itu sambil bersiul kecil.

Dari luar kedengaran enjin kenderaan berhenti di luar kilang. Sebuah kereta Honda Civic dan sebuah lori ais. Seorang pengikut Benjamin yang lengkap bersenjata berlari mendapatkan ketuanya.

"Boss.. Diorang dah sampai." Ujarnya. Benjamin hanya mengangguk.

Beberapa orang lelaki memakai kaca mata hitam mengiringi seorang wanita yang berpakaian agak seksi berambut merah menyala melangkah masuk ke dalam kilang dengan megahnya. Luthfi hanya mengamati setiap seorang yang berada di situ. Ceh.. Perempuan pun nak jadi gangster. Don't worry.. Lepas semua ni selesai, korang akan meringkuk dalam penjara.

"Hai Dato' Zikry Danial! A very successful entrepreneur.. I never thought I will meet you today.. I ingatkan I akan berurusan dengan Benjamin je.. Tak sangka boss besar pun turun padang.." Ujar wanita itu dengan gediknya. Tangan dihulurkan ke arah Dato' Zikry.

"How can I miss meeting someone beautiful like you, Lilian.. How are you my dear?" Tangan berkuku pink itu dikucup lembut.

"I'm fine.. No need to be so sweet, Dato'.. You're not my type.." Ujar Lilian membuatkan Dato' Zikry tergelak.

"So.. Where's my babies?" Soalnya lagi. Benjamin mengarahkan salah seorang dari pengikutnya menolak salah sebuah tong berwarna merah mendekati mereka. Lilian mengamati isi tong itu. Salah seorang bodyguardnya menyerahkan sepasang sarung tangan berwarna putih lalu sarung tangan itu disarungkan ke kedua-dua belah tangannya. Salah satu senjata api itu dicapainya. Senjata api itu diteliti lalu diacukan ke dinding.

"Beautiful.. I like it.." Ujarnya sebelum memasukkan kembali senjata itu ke dalam tong.

"So.. We have our deal?" Soal Dato' Zikry.

"Yeah.. Of course.. Put them in the truck.." Benjamin mengangguk.

"Zed! Masukkan semuanya dalam lori kat luar!"

"Okay boss!"

Bodyguard Lilian meletakkan dua buah beg kulit berwarna hitam di atas meja dihadapan mereka.

"This is the payment.. 2 Million.. Tak lebih dan tak kurang.." Ujar Lilian.

Dato' Zikry memberi isyarat kepada Luthfi. Terus lelaki itu membuka zip kedua-dua beg kulit itu. Tersembul lah sejumlah not RM50 yang berikat dengan banyaknya. Luthfi menelan liurnya. Tak pernah dia tengok duit RM50 sebanyak ni. Ya.. Duitnya dalam bank banyak jugak. Tapi tak pernahlah dia keluarkan duit banyak macam ni. 2 juta kau.. Gila ke apa?

Dato' Zikry tersenyum puas hati seraya mengangguk. Beg-beg bimbit itu di serahkan kepada Adam.

"Good to have business with you, Miss Lilian.." Tangan yang dihulurkan ke hadapan disambut wanita itu dengan senyuman.

"Me too.."

Luthfi tersenyum. Tak pernah dia menyaksikan sendiri perniagaan haram macam ni. Mana tak teruja. Yeah.. This game is getting more and more interesting! 😏

Revenge Part 2: LUTHWhere stories live. Discover now