chapter 16

2.2K 164 0
                                    

Kakinya terhenti saat mendengar bisikan-bisikan halus di belakang kelab itu. Dia mengintai di sebalik dinding. Kelihatan lelaki itu sedang memegang erat lengan Aira menyebabkan gadis itu memerit kesakitan.

"Lepaskan akulah! Aku tak nak!" Jerit si gadis cuba untuk melepaskan diri. Tapi malangnya, cengkaman lelaki itu lebih kuat darinya.

"Come on baby.. Sekali je.. You know I love you, right?"

"Tak naklah lahanat! Lepaskan aku!!"

"Kau lahanatkan aku?!" Terus pipi mulus gadis itu ditamparnya membuatkan Luthfi tersentak. Terus dia melangkah laju ke arah pergelutan itu lalu bahu si lelaki dicuitnya. Sebaik sahaja lelaki itu berpaling, satu tumbukan padu hinggap di pipinya membuatkan dia terpelanting jatuh ke tanah dengan pipi yang membengkak dan bibir yang berdarah. Hahh! Padan muka kau! Luthfi mendekati lelaki itu lalu melutut di sisinya.

"Hai brader.. Sakit tak? Sorrylah.. Takkanlah brader tak dengar apa awek tu cakap tadi.. Kan dia tak nak.. Kenapa nak paksa-paksa.. Bukan best pun paksa-paksa orang.." Ujarnya sambil tersengih. Lelaki itu bangkit lalu melarikan diri dari situ. Takutlah tu nak lawan. Dengan perempuan boleh laa.. Ni Luthfi okay! Jangan cari pasal. Luthfi mendekati Aira yang sudah terduduk di atas tanah.

"Cik Aira ok tak?" Soal Luthfi.

"Saya ok.. Thanks Luthfi!!" Terus leher lelaki itu dipeluknya erat. Luthfi cuba untuk melepaskan rangkulan tapi bertukar fikiran saat terasa bahunya basah tiba-tiba. Belakang badan gadis itu digosok perlahan.

"Dah jangan nangis.. Tak ada apa-apalah.. Don't worry.." Pujuk Luthfi.

"I was so scared.. He's trying to rape me.." Ujar Aira beserta dengan esakan tangisan.

"You know him?" Aira menggeleng.

"I just met him tonight.. At the club.. He asked me for a dance.."

"Itulah.. Lain kali jangan ikut mana-mana lelaki yang cik Aira tak kenal. Lelaki-lelaki sekarang bukan boleh percaya.." Ujar Luthfi. Aira melepaskan pelukan lalu merenung wajah Luthfi.

"But I can trust you, right?" Luthfi mula berasa serba-salah.

"What.. Emm.. Well.." Dia terpandang pakaian Aira yang hanya menutup bahagian-bahagian penting sahaja.

"And stop wearing something like this! Mata lelaki ni ada X-Vision tau.. Tutup sikit.. Jangan terdedah sangat. Nak tunjuk kat sape semua ni?" Bebel Luthfi sambil menanggalkan kot hitamnya. Kot itu dipakaikan ke badan Aira. Sedikit sebanyak menutup bahagian-bahagian yang terdedah. Aira terdiam. Sebenarnya dia terharu dengan Keprihatinan Luthfi. Rupanya, masih ada lelaki yang baik dalam dunia ni. Dahlah handsome. Tak sia-sia dia jatuh cinta pandang pertama dengan lelaki itu. Aira tersenyum.

"Thanks Luthfi.. I owed you one.." Luthfi hanya tersengih.

"Awak boleh berdiri tak ni?"

"Boleh je.." Walaupun begitu, Luthfi tetap membantu Aira berdiri.

"Eh kejap.. Apa yang awak buat kat sini eh?" Soal Aira. Luthfi tersentak. Oh shit! Dia lupa pulak dekat orang tua tu.

"Jomlah.. Papa awak ada kat dalam.." Aira terdiam lalu membontoti Luthfi masuk ke kelab itu kembali.

"Luthfi! Where have you been? Let's go..." Dato' Zikry terdiam saat terpandang gadis yang berdiri di sisi Luthfi. Gadis itu hanya memandang ke arahnya.

"A.. Aira.. What are you doing here?" Soalnya.

"No dad.. What are 'you' doing here?" Sengaja ditekankan perkataan you itu.

"Well.. I-I can explain.."

"No need.." Aira berpaling sebelum beredar dari situ. Dato' Zikry mengejarnya dari belakang manakala Luthfi hanya menjadi penonton. Jadi, Aira tak tahu apa-apa pasal kerja-kerja haram Dato' Zikry? Dan dia tak tahu yang kelab ni kepunyaan ayahnya sendiri? Wow.. This is a heartbreaking moment for that girl.

Dato' Zikry mengejar sampai ke tempat letak kereta. Aira menyusup masuk ke dalam keretanya tanpa menghiraukan ayahnya yang sedang mengejar dari belakang.

"Aira! Sayang! Dengar dulu papa nak cakap!" Jerit Dato' Zikry. Aira langsung tidak menjawab. Sebaik sahaja enjin dihidupkan, kereta audi itu terus meluncur meninggalkan tempat itu. Luthfi tersenyum melihat situasi itu. Bukan selalu boleh tengok the arrogant Dato' Zikry merayu-rayu dan meroyan macam tu.

"Luth! Ambik kereta! Cepat!" Luthfi mengangguk lalu bergegas ke kereta milik Dato' Zikry. Okay.. Kita sambung tengok drama ni kat rumah pulak. Bisik hati Luthfi.

Revenge Part 2: LUTHWhere stories live. Discover now