Chapter 14

2.3K 174 2
                                    

"Ada apa ni Luthfi?" Soal Zahid. Mereka sudah berkumpul di ruang tamu. Luthfi memegang kepalanya.

"Semua ni ada kena-mengena dengan kes pembunuhan arwah ibu bapa kamu kamu ke?" Soalnya lagi. Luthfi meraup wajahnya sebelum mengangguk perlahan.

"Kamu dah jumpa pembunuhnya?" Luthfi menggeleng pula.

"Saya tak pasti lagi apa yang sebenarnya jadi pada parents saya. Tapi saya yakin semua ni ada kena-mengena dengan Dato' Zikry.."

"Dato' Zikry? Dato' Zikry Danial?" Soal Zahid. Luthfi mengangguk lemah.

"Dan sindiket tu pulak?" Sekali lagi Luthfi mengangguk.

"Please ayah.. Kalau Dato' Zikry ditangkap sekarang.. Saya takkan tahu kebenarannya. Tolong saya.. Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni.. Tambahan pulak.." Luthfi berhenti seketika.

"Tambahan pulak?"

"Suspek yang saya syak dah bunuh parents saya... Dah mati kena bunuh siang tadi. Kena tembak. Sebelum sempat dia ceritakan apa-apa.. Dan saya still tak tahu siapa yang tembak dia.. Dan kenapa.." Luthfi tertunduk.

"Hmm.. Tapi betul apa yang Zetty cakapkan tu Luth.. Kalau dibiarkan sindiket tu terus beroperasi.. Bangsa kita yang akan hancur."

"Apa yang patut saya buat sekarang ayah?"

"Macam nilah.. Sindiket tu masih boleh dibanteras.. Tanpa melibatkan Dato' Zikry.." Luthfi mengangkat wajahnya.

"Dalam bukti tu, ada menyatakan yang Dato' Zikry betul-betul terlibat?" Zahid memandang Zetty yang berdiam diri sejak tadi. Zetty menggeleng laju.

"Apa yang saya nampak, just lelaki botak dengan beberapa orang suruhan dia. Dato' Zikry membelakangkan kamera. So, tak nampak jelas pun muka dia." Jelas Zetty. Zahid mengangguk faham.

"Okay.. Ayah boleh uruskannya.. Bagi bukti tu dan maklumat tentang tempat operasi tu.. Dan semuanya akan selesai.. Percayakan ayah.." Zahid tersenyum memandang Luthfi. Terus Luthfi mengurut dada lega. Sekurang-kurangnya kekusutan yang dia rasakan sejak siang tadi, sedikit berkurang.

Zahid merenung wajah anak angkatnya itu. Jujur dia juga inginkan keadilan buat arwah sahabatnya yang juga merupakan ayah kandung Luthfi. Jadi, dia akan membantu semampunya. Dan dia tahu, Luthfi pun hanya tinggal beberapa langkah saja lagi untuk mengetahui kebenaran. Kebenaran yang sememangnya dia juga ingin tahu.

………………………………………………

"Zacchary kena tembak semalam? Macammana dia sekarang?" Soal Dato' Zikry, kelihatan agak terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Luthfi itu.

"Dia dah meninggal dunia, Dato'. Kat tempat kejadian.." Dato' Zikry tertunduk. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kau tahu siapa yang tembak dia?" Luthfi menggeleng.

"Belum, Dato'. Dato' nak saya siasat perkara ni?"

"Tak.. Tak perlu.. Sekarang ni, banyak lagi kerja yang kau perlu buat.." Luthfi hanya akur walhal hatinya menyumpah seranah lelaki tua itu. Dia syak yang kematian Zacchary pasti ada kena-mengena dengan Dato' Zikry. Firasatnya lebih ke arah itu.

"Panggilkan Ghazi dari bahagian marketing ke sini." Luthfi mengangguk sebelum berjalan keluar dari bilik itu.

Beberapa minit kemudian, Luthfi kembali bersama seorang lelaki yang kelihatan kusut-masai memakai cermin mata berbingkai tebal.

"Dato' panggil saya?" Soal lelaki itu.

"Haa Ghazi.. Come.. Sit.." Ghazi akur lalu mengambil tempat duduk di atas kerusi bertentangan dengan meja kerja Dato' Zikry.

"I heard your son is sick, am I right, Ghazi?" Soal Dato' Zikry. Luthfi hanya memerhatikan perbualan mereka.

"Hmm.. Betul Dato'. Heart disease.. Sepatutnya dia dah operate minggu lepas tapi..."

"Tapi awak tak cukup duit untuk bayar operation tu kan?" Ghazi mengangguk perlahan.

"Hmm.. Oklah.. Saya boleh tolong.." Kata-kata Dato' Zikry membuatkan Luthfi tersentak. Seriouslah? Kalau diikutkan kata-kata clientnya Puan Farah, Dato' Zikry sememangnya suka ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Ni siap offer nak tolong. What the heck?

"Tapi.. Dengan satu syarat.." Sambung Dato' Zikry lagi. Luthfi tersenyum sinis. Nope! I spoke too soon!

"Syarat? Apa syaratnya Dato'. Saya cuba penuhkan.. Demi anak saya.." Dato' Zikry tersenyum jahat. That evil grin. Luthfi merenung tajam.

"You need to deliver something to my client at Singapore.. Don't worry.. I will support all of the expenses. Awak just pergi and berikan barang tu pada client saya yang dah tunggu awak kat air port. Lepas barang tu dah sampai kat tangan dia, awak boleh balik ke sini.."

"Barang? Barang apa, Dato'?"

"Jangan risau.. Semuanya produk-produk company ni saje. Client tu tak percayakan mana-mana agensi penghantaran kat Malaysia ni.. Awak boleh buat?" Soal Dato' Zikry. Ghazi tersenyum seraya mengangguk laju.

"Ya! Boleh Dato'! Saya boleh lakukannya!"

"Great.. Reschedule your son's operation and I will pay for all the expenses.. We have a deal, En.Ghazi." Ghazi berdiri lalu menyambut huluran tangan Dato' Zikry. Luthfi hanya menggeleng perlahan. Tak guna! Gunakan pekerja sendiri sebagai keldai dadah! Melampau!

Revenge Part 2: LUTHWhere stories live. Discover now