Chapter 13

2.3K 168 7
                                    

"Awaakk!!!" Bahu Luthfi yang masih berada di cafe itu dipeluk kuat dari belakang. Aahh! Datang dah satu lagi bala!

"Cik Aira.. Buat apa kat sini?" Soal Luthfi sambil memandang ke arah Aira yang sedang menarik kerusi di sisinya.

"Buat apa lagi? Jumpa awak la.." Luthfi tersengih kekok. Apa pulak minah ni nak?

"Kenapa Cik Aira cari saya?"

"Awak kena teman saya shopping!" Luthfi tersentak. Apa jadahnya nak teman engko shopping? Aku tak ada masa lah minah!

"Tapi, saya kena pergi jumpa Dato' lepas ni. Dia cakap ada kerja.."

"Tak de! Awak jangan nak menipu! Saya dah tanya papa tadi dia cakap okay.. Dah! Awak kena ikut saya sekarang!!" Terus gadis berdress pink paras lutut itu menarik lengan Luthfi. Luthfi terpaksa menurut sahaja kemahuan gadis itu.

Kereta Audi A5 Cabriolet yang dipandu Luthfi berhenti di parking bawah tanah Blue Lagoon Mall. Sebuah pusat membeli belah yang terbesar di Malaysia.

Luthfi menyapu wajahnya. Apa yang dia buat kat sini? Buang masa je.

"Jom!" Aira menarik lengan Luthfi memasuki pusat membeli belah itu.

Betul kata orang. Ikut perempuan shopping sememangnya satu azab. Ke kiri ke kanan. Ke depan pastu ke belakang balik. Semua kedai dimasukinya. Yang menjadi mangsa, Luthfi lah. Menjadi pembawa barang setia. Penuh kedua-dua belah tangannya. Beberapa jam berlalu. Akhirnya mereka berhenti di sebuah cafe untuk minum petang. Luthfi bersandar di kerusi sambil mengeluh. Penat siot!

"Hehe.. Awak penat ke?" Soal Aira sambil tersenyum memandang Luthfi.

"Haa.. Tak adalah penat sangat pun.." Tipu Luthfi. Hakikatnya, nak tercabut kaki ni dibuatnya.

"Haha oklah.. Awak tunggu sini.. Saya oderkan air.. Awak nak air apa?"

"Hmm Mocha je lah.."

"Okay.. Tunggu kejap ya.."

Luthfi mengekori Aira dengan anak matanya. Langsung dia tak sangka begini rupanya perangai anak kepada Dato' Zikry. Sumpah! Dia dengan ayahnya, bagai langit dengan bumi.

Lagu courtesy call nyanyian Thousand Foot Krutch berkumandang di udara membuatkan Luthfi tersentak. Telefon pintarnya dicapai dari poket. Nama Zali tertera di skrin telefonnya.

"Haa.. Ada apa Zali?" Soal Luthfi.

"Luth! Luth! Abang Zac Luth! Ababg Zac!" Suara Zali kedengaran cemas di hujung talian.

"Cuba kau bawak bertenang. Kenapa dengan Abang Zac?"

"Luth.. Abang Zac dah tak de.. Kitorang jumpa dia kena tembak belakang kedai mamak!" Ujar Zali membuatkan Luthfi berdiri serta-merta.

"Apa!?!?"

………………………………………………

"Luthfi mana?" Soal Inspektor Zahid seraya mengambil tempat di meja makan.

"Katanya, dia nak lawat kawan dia meninggal. Nati dia balik la tu." Zahid hanya mengangguk. Maryam meletakkan sepinggan nasi putih di hadapan Zahid.

Loceng pintu berbunyi berkali-kali membuatkan Zahid dan Maryam berpandangan sesama sendiri.

"Siapa pulak datang masa ni? Ayu ke?" Soal Zahid.

"Eh tak kanlah bang. Sebab Ayu cakap dia tak balik malam ni. Ada kes baru dia cakap."

Zahid berdiri dari kerusi lalu melangkah ke pintu besar.

"Ayah!" Jerit seorang gadis dengan cerianya.

"Zetty! Bila kamu balik?" Soal Zahid sambil tersenyum memandang gadis yang sudah dianggap seperti anaknya itu.

"Dah 2, 3 hari dah.. Ni ayah tak nak jemput saya masuk ke?" Soal Zetty. Zahid ketawa kuat.

"Hahaha lupa pulak ayah.. Jomlah.. Join ayah.. Ayah tengah dinner ni dengan mama kamu."

"Wah! Macam tahu-tahu je saya tengah lapar."

Zetty membontoti Zahid ke meja makan. Maryam tersenyum lalu menjemput Zetty untuk makan bersama mereka.

"Mana kak Ayu dengan Abang Luth?" Soal Zetty.

"Kak Ayu kamu ada kes baru. Abang Luth kamu tu pulak ziarah kawan dia meninggal." Zetty hanya mengangguk perlahan.

"Haa.. Kamu datang sini ada hajat apa?" Soal Maryam.

"Saya nak jumpa ayah.. Nak tanya something.."

"Nak tanya apa?" Zahid memberi tumpuannya kepada Zetty sebaik sahaja gadis itu menyebutnya.

"Emm.. Saya dapat tahu tentang satu sindiket dadah, yah.. And buktinya pun saya ada.."

"Sindiket dadah? Betul ke? Kat mana, Zetty?"

"Dekat..."

"Zetty!!!" Zetty tersentak sebaik namanya dipanggil seseorang dari belakang. Luthfi sedang berdiri di situ sambil merenung tajam ke arahnya.

"L-luth!"

"Aku dah cakapkan.. Jangan bagitahu sesiapa pasal ni! Biar aku cari jalan! Kenapa kau degil sangat?" Zetty memerit. Tak pernah dia tengok Luthfi marah macam tu.

"Sorryla.. Tapi aku still tak leh biarkan semua ni bila aku dah tahu kesan dia! Dadah tu Luth! Kau sanggup ke tengok lagi ramai bangsa kita mati sebab tu?" Luthfi mengeluh berat. Lepas satu, satu masalah yang datang padanya hari ni. Sudahlah dia tak dapat tahu apa sebenarnya yang terjadi pada Zacchary yang dijumpai mati ditembak. Sekarang, Zetty pula merusutkan keadaan dengan memberitahu seorang pegawai polis terhormat tentang sindiket dadah tu. Aduh. Semakin serabut kepalanya.

Revenge Part 2: LUTHWhere stories live. Discover now