chapter 11

2.4K 188 3
                                    

"Hah? Kenapa nak ambik bodyguard papa pulak?" Aira bangkit dari sofa lalu mendekati Luthfi yang masih tercengang di tepi pintu. Gadis itu berjalan mengelilingi Luthfi sambil matanya melirik dari atas ke bawah.

"He's cute! I like him!" Ucap gadis itu seraya memeluk lengan Luthfi. Luthfi terus menggelabah. Again! Kejadahan apakah ini? Tolonglah Dato' Zikry jangan biarkan anak engko ni rosakkan plan aku!

"Hahaha.. Sorry my dear.. But Luthfi orang kanan papa. He can't be yours.." Aira mencebik sementara Luthfi mengeluh lega.

"Hey! kenapa awak macam lega pulak? Awak tak suka saya ea? Ke awak ada affair dengan papa saya?!" Aira merenung tajam lelaki itu. Mahu tersedak Luthfi mendengar kata-kata gadis itu. Muka aku ni jambu sangat ke? Aku straight lagi lah! Dia hanya tersengih kekok.

"Jangan nak mengarut Aira.. I like Luthfi's work performance.." Sekali lagi Aira mencebik.

"But I like him.."

"Dah.. Papa tahu Aira tengah penat sekarang. Aira balik dulu. Kalau tak larat nak drive, suruh Azman drivekan.." Dato' Zikry menolak bahu anaknya ke pintu. Sempat Aira memandang Luthfi.

"Don't think that I'll give up on you!" Jeritnya. Luthfi mengeluh sekali lagi. Dia perhati je cara Dato' Zikry melayan anak gadisnya tadi. Langsung tak sama macam Dato' Zikry yang dia kenal. Seorang yang tegas dan pengusaha bisnes haram seMalaysia. Siapa sangka. Orang tua itu talam dua muka.

"Luthfi.. Come with me.. Ada stock baru, baru sampai.." Luthfi mengangguk. Stock apa dia tak pasti. Banyak sangat bisnes orang tua tu.

Kereta mewah milik Dato' Zikry memasuki sebuah jalan kecil yang dikelilingi hutan belantara. Bunyi hutan kedengaran kuat di luar kereta. Luthfi juga tidak tahu ke mana dia memandu. Dia hanya mengikut arah yang telah diberikan oleh Dato' Zikry sendiri.

Kereta hitam itu berhenti di hadapan sebuah pintu pagar besi di tengah-tengah hutan. Luthfi melangkah keluar lalu pintu belakang dibuka. Dato' Zikry keluar sambil membetulkan kotnya. Sebaik melihat mereka, dua orang lelaki bersenjata yang menjaga pintu pagar itu terus membuka tanpa banyak bicara. Seakan-akan mereka sudah mengenali Dato' Zikry.

"Boss.." Sapa seorang lelaki berjaket biru. Lelaki itu botak dan berkumis tebal. Selaras senapang digalas di belakang badannya. Memang rupa gangster.

"Karim! Mana stock baru yang kau cakap tu?" Soal Dato' Zikry.

"Ada.. Tapi, siapa tu bos? Boleh percaya ke?" Karim menjeling ke arah Luthfi. Muka baru. Mestilah dia curiga. Biasanya, Dato' Zikry akan bawa Zacchary bersama.

"Jangan risau.. I trust him with my life.." Ujar Dato' Zikry. Luthfi tersenyum. Haih.. Confident betul orang tua ni.

"Oklah kalau macam tu.. Masuklah boss.." Dato' Zikry mengangguk lalu membontoti Karim. Mereka masuk ke dalam sebuah rumah pondok yang diperbuat daripada buluh kuning. Tempat tu agak tertutup dan dikawal rapi.

Karim membawa mereka ke sebuah bilik yang dipenuhi guni-guni berwarna putih. Dari luar, guni itu kelihatan seperti guni beras. Tapi di dalam..

Karim mencapai sebilah pisau yang diikat kemas di pinggangnya lalu mengoyak salah satu daripada guni 'beras' itu. Di dalamnya terdapat berpuluh-puluh bungkusan lut sinar bersaiz kecil yang mengandungi serbuk berwarna perang. Luthfi terkedu.

"Bes Morfin." Ujarnya mengejutkan Dato' Zikry dan yang lain-lain.

"You know about drugs too?" Soal Dato' Zikry.

"S-sikit je.. Saya ada belajar dalam chemistry.." Luthfi menggigit lidahnya. Haih kau mulut. Tak reti nak duduk diam.

Karim membuka sebuah lagi guni. Dan didalamnya terdapat bungkusan-bungkusan yang sama. Cuma kali ini, serbuknya berwarna putih. Agak sukar untuk Luthfi mengecamnya kerana kebanyakan dadah memang berwarna putih. Salah satunya diambil oleh Karim lalu diangkat ke udara.

"Ni amfetamin bos.." Bungkusan itu diserahkan pada Dato' Zikry.

"Belum diproses jadi pil lagi.." Jelas Karim lagi.

Oh Tuhan! Amfetamin? Dadah perangsang yang sangat berbahaya! Dia perlu hentikan semua ni! Luthfi menyentuh butang kot hitamnya lalu dipusing mengikut arah jam. Dan semua yang berlaku di depan matanya dirakam melalui kamera kecil yang dilekatkan di situ. Thanks Zetty. Berguna betul kamera ni.

…………………………………………

Orait gais! Sebab chap 10 cam boring sket, sis up lagi satu chap.. Hehe.. Sis nak kabo siket ni.. Apa yang sis tulis kat atas tu sis main hentam je 😂 ntah betul ntah salah. Semuanya sis tanya pak cik google. Dia lagi tahu bab2 ni.. Eheh! 😂😂😂 oklah.. See you tomorrow lads. Muahh 😘😘

Revenge Part 2: LUTHWhere stories live. Discover now